by on 15/01/2024 16311
Artikel ini telah dikemaskini pada 13 Februari 2024.
Bukit Jalil merupakan pinggiran bandar yang terkenal dengan kemudahannya terutama untuk penggemar sukan. Berkembang pesat dengan pelbagai Kawasan perumahan baru, Bukit Jalil menawarkan peluang pendidikan awal kanak-kanak yang luar biasa untuk anak-anak kecil, dan kami ingin mengetengahkan beberapa tadika dan pusat jagaan kanak-kanak terbaik di sini dalam artikel pendek ini.
Nota: Prasekolah dan tadika disenaraikan mengikut abjad. Urutan di mana ia muncul tidak mencerminkan kedudukan prasekolah atau tadika.
Joyous Preschool ditubuhkan pada tahun 2015 sebagai pusat terapi untuk kanak-kanak keperluan khas. Dalam masa dua tahun sahaja, berkat buah mulut, ditambah pula dengan kualiti pendidikan awal mereka, ia telah menjadi tadika inklusif pada tahun 2017, di mana kanak-kanak dari pelbagai lapisan masyarakat dan tahap pembelajaran boleh mendapatkan pendidikan penting dalam hidup mereka. Melalui tema mingguan yang dirancang rapi, serta kurikulum menarik yang berasaskan aktiviti mainan, guru-guru yang berkelayakan di Joyous Preschool Bukit Jalil dapat memupuk dan membimbing setiap pelajar supaya mereka menjadi individu yang berkeyakinan, pandai, dan mampu bersosial, yang mampu menghadapi cabaran semasa zaman sekolah rendah.
Kindyland bermula sebagai satu visi untuk memberi inspirasi kepada kanak-knaka untuk menemui potensi penuh mereka untuk menjadi generasi pemimpin akan datang Saban tahun, kasih sayang dan perhatian yang teliti yang dicurahkan dalam setiap sisi prasekolah ini telah diiktiraf oleh ibu bapa dan juga majalah ibu bapa sebagai jenama pendidikan awal kanak-kanak berkualiti. Kindyland mendapat pengiktirafan ini ini dengan program komprehensif tiga bahasa, hasil perkembangan holistik, ruang pembelajaran yang cerah, dan tenaga pengajar yang sentiasa berusaha mencapai kecemerlangan.
Dengan lokasi di Tropicana Golf & Country Resort, Tropicana Gardens Mall dan Tropicana Aman, rangkaian prasekolah yang kian berkembang ini kini mempunyai satu lagi cawangan – syurga pembelajaran urban di tengah tengah Bandar Bukit Jalil. Dengan ruang 2 tingkat di dalam lot kedai kontemporari yang luas, prasekolah ini mudah diakses daripada lebuhraya Bukit Jalil dan KESAS dan juga membenarkan ibu bapa untuk mengambil dan menghantar anak dengan selamat. Ini adalah cawangan Kindyland yang pertama yang menawarkan pendidikan prasekolah dan khidmat jagaan untuk kanak-kanak seawal usia 2 tahun, menyediakan generasi baru ibu bapa yang bekerja di kawasan ini dengan pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti tinggi yang akan memupuk mereka menjadi peneroka yang kompeten dan penyelesai masalah yang kreatif.
Beribu pejabat di Ara Damansara, Petaling Jaya, Knowledge Tree mempunyai tiga cawangan di Lembah Klang pada masa ini (Setia Alam, Desa ParkCity & Bukit Jalil), dengan lebih banyak cawangan dalam perancangan di masa akan datang untuk negeri Johor serta Pulau Pinang. Di sebalik kejayaan ini adalah pasukan guru dan kakitangan penuh dedikasi yang telah menjadikan misi mereka untuk membantu kanak-kanak belajar dan berkembang. Semuanya dengan fokus untuk menyediakan mereka untuk memasuki mana-mana sekolah rendah pilihan mereka.
“Keseimbangan belajar dan bermain perlu diambil kira. Malah, jika difikirkan dengan sewajarnya, terlalu menumpukan perhatian kepada akademik sahaja tidak akan mendatangkan kebaikan kepada kanak-kanak, dan begitu juga kurikulum yang mengutamakan kepentingan akademik,” kata pengasasnya. "Ini perlu berkadar dengan baik untuk memperoleh hasil terbaik dalam hasil perkembangan kanak-kanak semasa tahun-tahun tumbesaran yang kritikal."
Sebagai salah satu tadika yang terkemuka di Klang Valley, Knowledge Tree juga terkenal dengan aktiviti cemerlang selepas sekolah yang meliputi bidang yang luas seperti kelas bahasa (Mandarin dan Bahasa Malaysia); Muzik; Seni & Kraf; Ucapan & Drama dan sebagainya. Selain daripada menjadi tadika yang terkenal, Knowledge Tree juga menawarkan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak yang fleksibel, tempat yang selamat, bersahaja lagi merangsang di mana ibu bapa boleh menghantar anak-anak mereka selepas sekolah.
Small Wonder Malaysia, Bukit Jalil City menawarkan si kecil dengan pendidikan berkualiti dalam persekitaran yang harmoni. Berganding bahu dengan ibu bapa, guru-guru di Small Wonder membimbing kanak-kanak untuk mencapai potensi maksimum mereka untuk menjadi individu yang gembira, bermotivasi, dan yakin. Small Wonder berpandangan jauh untuk menyokong si kecil menjadi pelajar sepanjang zaman yang akan berusaha ke arah dunia yang mampan dan aman.
Tenaga pengajar di sini mendidik melalui galakan kepada kanak-kanak untuk menjadi pemikir kendiri yang akan sedikit demi sedikit bertanggungjawab terhadap pendidikan mereka sendiri. Teachers endeavour to truly educate by encouraging children to be independent thinkers who Fokus diletakkan dalam proses pembelajaran itu sendiri. Kanak-kanak di Small Wonder belajar dengan gembira, menghormati rakan sebaya, bermotivasi dan yakin dengan kerja sendiri, mempunyai individualiti, dan aktif dalam komuniti kelas.
Sri Kenanga Preschool, Bukit Jalil, mengamalkan pendekatan holistik kepada pendidikan kanak-kanak awal, menggabungkan unsur-unsur Montessori, tematik, dan kurikulum kebangsaan untuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang seimbang untuk anak-anak berusia dua hingga enam tahun. Sekolah ini menyediakan pengalaman praktikal dunia melalui lawatan sambil belajar bertemakan kerjaya, bagi memupuk keingintahuan dan pemahaman praktikal. Suasana yang selesa dan mesra, dilengkapi kemudahan seperti taman permainan dan sudut pembelajaran, memastikan keselamatan setiap kanak-kanak dan keperluan mereka terjamin, memupuk minda mereka untuk masa depan yang cerah.
The children’s house, Bukit Jalil City menawarkan pendidikan Montessori yang progresif dalam persekitaran pembelajaran yang mesra dan menyokong di mana anak-anak dapat berkembang menjadi pemimpin yang yakin, kreatif dan penuh kasih sayang pada masa hadapan. Sekolah ini menepati kriteria apa yang seharusnya ada pada sekolah: kurikulum yang merangsang yang mendorong anak-anak untuk berkembang maju, tempat di mana komunikasi terbuka, fasilitator yang berdedikasi mempersiapkan anak-anak dengan kemahiran yang mereka perlukan untuk berjaya, ruang yang direka dengan teliti untuk menyediakan persekitaran yang kondusif untuk belajar, dan komuniti yang bersemangat yang benar-benar merasa seperti keluarga besar.
Pembelajaran ‘self-directed’, tidak dipaksa tetapi dibimbing oleh guru dengan lembut. Kurikulum dibina berdasarkan rutin harian dan peluang yang dirancang untuk memperkenalkan kanak-kanak kepada konsep awal dan kemahiran sepanjang hayat. Kanak-kanak digalakkan untuk terlibat dalam eksplorasi setiap hari, meluahkan fikiran, berfikir secara kritis dan meneroka diri mereka sejauh mungkin. Objektif utamanya adalah untuk membantu mereka belajar secara bebas dan mengekalkan rasa ingin tahu dan kreativiti yang dilahirkan. Fasilitator yang berdedikasi, bersama dengan kurikulum yang terbukti, dan penglibatan ibu bapak secara aktif, mewujudkan suasana yang bertujuan untuk melengkapkan dan memberi inspirasi kepada anak-anak seumur hidup.
Laporan Kiddy123 mengenai prasekolah dan tadika di atas berdasarkan apa yang kami lihat dan diberitahu semasa lawatan kami. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk memastikan bahawa maklumat yang diberikan adalah sahih dan tepat, Kiddy123 Sdn Bhd. tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa jenis kerosakkan yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat dalam artikel ini. Cara yang terbaik untuk membuat keputusan mengenai prasekolah atau tadika yang sesuai untuk anak anda adalah dengan melawat sekolah-sekolah yang telah disenarai pendek.
Sekiranya anda berminat untuk mengiklankan prasekolah atau tadika anda yang hebat dengan ibu bapa di luar sana, sila hubungi kami.