by on 28/04/2022 1075
Sorotan Utama: |
|
Ibu bapa yang sedang mencari prasekolah yang paling sesuai untuk anak mereka tentu menghadapi kesukaran kerana ada sahaja prasekolah yang terbuka di hampir setiap blok, jalan atau bangunan kedai, di mana sahaja. Bagaimana pun, di Bukit Jalil, terdapat satu nama yang menjadi bualan ramai, iaitu Knowledge Tree.
Sejak dari muda lagi, pengasas Knowledge Tree iaitu Cik Kelly, sentiasa menunjukkan minat yang mendalam terhadap pendidikan awal kanak-kanak. Dia juga pernah rehat seketika dari pekerjaannya sebagai guru untuk melanjutkan pelajarannya dalam profesion ini di luar negara. Setelah memperoleh akreditasi yang dikejarnya, beliau teruskan dengan keinginannya yang mendalam untuk menubuhkan sebuah prasekolah dan menguruskannya mengikut wawasannya sendiri. Lahirlah Knowledge Tree pada tahun 2006.
Pendekatan Montessori dalam pendidikan kanak-kanak memang mempunyai tempat yang istimewa di hati Cik Kelly. Bagaimanapun, dunia ini kian maju dan beliau juga berpendapat bahawa pendidikan, terutamanya semasa tahun-tahun membangun kritikal, perlu mengikuti perkembangan zaman terkini untuk manfaat kanak-kanak. Oleh itu, jelas beliau kepada Kiddy 123, kita tidak sepatutnya bergantung sepenuhnya pada kurikulum lama ini untuk pendidikan kanak-kanak. Sebaliknya, kita patut pinjam idea kurikulum Montessori, dan menyesuaikannya untuk pengalaman pembelajaran kanak-kanak prasekolah yang terbaik, di mana kita dapat memastikan mereka mendapat permulaan yang hebat dalam pendidikan, dan juga penyediaan rapi untuk memasuki sekolah rendah.
Pasukan guru di Knowledge Tree Bukit Jalil, iaitu salah satu daripada empat cawangan di Lembah Klang, didapati bersemangat yang suka bekerja dengan kanak-kanak. Berkenaan dengan kenyataan tersebut, adalah diketahui bahawa sebahagian daripada mereka masih mengajar di Knowledge Tree bermula 15 tahun yang lalu. Dan apakah kepentingan fakta ini? Jawapannya ialah, pekerja yang gembira cenderung untuk memberikan yang terbaik, dan oleh itu, ibu bapa pula boleh mengharapkan yang terbaik daripada prasekolah Knowledge Tree!
Semasa menubuhkan Knowledge Tree, azam saya adalah untuk menawarkan pendidikan awal yang bermutu tinggi kepada kanak-kanak, di dalam ruang yang selamat, menarik, dan direka khas untuk mereka berkembang maju. Bersama-sama dengan pasukan saya yang amat berdedikasi, dengan suka citanya saya dapat menawarkan kurikulum yang dirancang dengan rapi, yang menggunakan pendekatan Montessori sebagai asasnya. Matlamat saya adalah supaya kanak-kanak belajar danberkembang sambil mendapat persediaan yang terbaik untuk pengalaman persekolahan yang sedang menunggu mereka di masa hadapan. Cik Kelly, Pengasas Knowledge Tree
Sebaik sahaja ditanya apakah sebabnya prasekolahnya menonjol berbanding dengan yang lain, Cik Kelly serta merta menjawab, "Kurikulumnya." Sudah tentu ia menjadi elemen utama sesebuah prasekolah dan mungkin juga faktor penentu bagi ibu bapa yang sedang mencari prasekolah untuk anak mereka. Knowledge Tree menawarkan kurikulum yang memberi perhatian teliti kepada semua aspek penting perkembangan kanak-kanak. Penguasaan bahasa adalah salah satu contoh bidang pembangunan yang diambil berat, di mana bahan pengajarannya direka khusus untuk membantu pelajar cemerlang dalam bahasa Inggeris secara bertulis dan juga pertuturan. Terdapat juga buku-buku yang berkod khas, dengan warna-warna tersendiri untuk tujuan tersebuti. Di samping itu, kanak-kanak dapat menceburi kelas drama yang sangat menyeronokkan, terbitan Pajama Drama - sebuah program permainan imaginatif dan drama yang bertujuan untuk membangunkan kemahiran teristimewa kanak-kanak sambil mencetuskan daya imaginasi mereka masing-masing. Semasa mengikuti program ini, kanak-kanak dapat menyanyi, menari, berlakun dan mengambil bahagian dalam permainan untuk membangunkan keyakinan, komunikasi, kerjasama dan tumpuan mereka dengan lebih baik.
Ibu bapa pasti setuju bahawa keseimbangan membelajar dan bermain dalam aktiviti prasekolah juga merupakan faktor penting. Knowledge Tree menawarkan program yang mempunyai nisbah bermain dan belajar yang ideal, untuk hasil terbaik dalam pendidikan awal. Dan adakah pelajar berkembang maju? Sudah tentu sekali!
Selain itu, sebagai tambahan, Knowledge Tree juga mendedahkan pelajar dan kakitangannya kepada amalan harian yang diketahui dengan nama Mindfulness yang membantu menenangkan fikiran dan menajamkan minda. Pihak Knowledge Tree sedar akan faedah-faedah peningkatan kesedaran terhadap perkembangan keseluruhan kanak-kanak, sehingga sanggup menggunakan jurulatih kesedaran dari luar negara untuk melatih guru mereka untuk melaksanakan amalan ini dengan berkesan di sekolah. Melalui aktiviti yang direka khas, kanak-kanak belajar cara mengawal emosi mereka, menumpukan perhatian pada tugas-tugas sekolah, dan menghadapi cabaran harian dengan pandangan positif – yang kesemuanya merupakan kemahiran yang amat bernilai yang boleh dibawa ke usia dewasa mereka.
Terdapat empat peringkat program prasekolah yang progresif di Knowledge Tree, bermula pada Tahap Pra-Mont, di mana si kecil akan belajar cara-cara menggunakan bahan-bahan Montessori untuk didikan masing-masing. Mereka juga diperkenalkan kepada kemahiran asas matematik, serta kemahiran hidup praktikal harian yang penting. Pada Tahap 1, 2 dan 3 pula, pelajar-pelajar akan mula belajar matapelajaran Matematik, Sains, Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia serta Mandarin. Sambil menyediakan pelajar secara akademik untuk kemasukan ke sekolah rendah, Knowledge Tree juga memastikan kanak-kanak sentiasa dapat menggerakkan badan mereka melalui senaman, permainan, supaya mereka dapat melepaskan tenaga yang terpendam! Perkhidmatan penjagaan kanak-kanak serta aktiviti pengayaan selepas sekolah juga disediakan, yang menawarkan kelas Muzik; Seni & Kraf; Ucapan & Drama, serta Bahasa Malaysia dan Mandarin, dan sebagainya.
Kawasan persekitaran Knowledge Tree adalah menarik dan mengalu-alukan supaya pelajar-pelajar minat untuk hadir dan belajar sambil meneroka, bertanya soalan, dan juga bermain dan berseronok dan berkawan. Maklumlah, adaptasi daripada pendekatan Montessori yang terkenal kini diubahsuaikan supaya lebih berkesan untuk pendidikan awal pada zaman moden ini. Pada keseluruhannya, segala yang berada di Knowledge Tree melambangkan keseronokan dan jugapenglibatan untuk memastikan kanak-kanak sentiasa ingin mengetahui dan belajar lebih lanjut. Berkat bimbingan guru-guru prasekolah Knowledge Tree yang prihatin dan bersifat menyokong, pelajar-pelajar di sini mempunyai peluang yang tinggi untuk berkembang maju di sekolah rendah pilihan mereka nanti.
For the latest promotions, contact Knowledge Tree for more info today!