by on 21/06/2019 1747
The children’s house, Bukit Jalil City, Kuala Lumpur menawarkan pendidikan Montessori yang progresif dalam persekitaran pembelajaran yang mesra dan menyokong lantas membolehkan kanak-kanak membangun dan berkembang untuk menjadi seorang pemimpin di masa hadapan yang berkeyakinan, kreatif, dan bersifat belas kasihan. Sekolah ini merangkumi segala intipati sebuah sekolah seharusnya ada: kurikulum yang merangsang kanak-kanak untuk maju, komunikasi yang terbuka, fasilitator yang berdedikasi untuk menyediakan kanak-kanak dengan kemahiran yang mereka perlukan untuk berjaya, ruang yang memberikan persekitaran kondusif untuk pembelajaran, serta komuniti mesra yang dirasakan seperti keluarga sendiri.
Kanak-kanak memulakan perjalanan pendidikan diri mereka di sini dari seawal usia 8 bulan. Dalam persekitaran yang dirancang teliti dengan kelengkapan diskalakan kepada saiz yang memberi akses dan keselesaan kepada anak kecil, amalan pembelajaran Montessori mula diperkenalkan melalui cara yang unik. Kebebasan membuat keputusan dan membuat pergerakan adalah rutin kebiasaan di dalam kelas. Walaupun kanak-kanak dibenarkan meneroka secara bebas, kesemuanya berlaku dalam persekitaran dengan batasan yang sesuai dengan kanak-kanak. Oleh itu, kanak-kanak belajar sesuatu yang berharga untuk kehidupan mereka seperti menghormati diri mereka, menghormati antara satu sama lain serta menghormati persekitaran mereka.
Singgah sebentar di sini dan anda akan dapat melihat kanak-kanak berbilang kumpulan umur, masing-masing terlibat dalam aktiviti sama ada secara individu ataupun berada dalam kumpulan kecil. Sesetengah mungkin sedang leka meneroka permainan geometri manakala yang lain sibuk dengan aktiviti mengenal pasti objek misteri melalui deria mereka. Persekitaran usia berlainan membolehkan kanak-kanak yang lebih muda untuk memerhati dan belajar daripada rakan-rakan mereka yang lebih tua, sementara kumpulan yang lebih tua dapat membina kemahiran kepimpinan mereka ketika membantu rakan-rakan mereka yang lebih muda. Pembelajaran adalah berorientasikan diri, tidak dipaksa tetapi diajar oleh pengajar dengan baik. Kurikulum di sini mampu membina rutin harian dan peluang untuk memperkenalkan kanak-kanak kepada konsep awal dan kemahiran sepanjang hayat. Kelas di sini tidak bising, dan suasananya tenang. Ini adalah hari yang tipikal di The children’s house, Bukit Jalil City, Kuala Lumpur.
Para guru bermatlamat untuk memacu rasa ingin tahu dan membolehkan kanak-kanak untuk membina asas yang kukuh dalam pembelajaran awal mengikut kadar kemampuan mereka sendiri. Minat dan idea kanak-kanak dimasukkan dalam proses perancangan agar setiap kanak-kanak berasa dihargai. Unsur-unsur yang dirancang teliti mengandungi aktiviti bulatan, persembahan kumpulan, sesi bercerita dan aktiviti bebas yang memimpin kanak-kanak ke arah penguasaan kemahiran intelektual dan kehidupan.
Jadual harian di sini menangani pelbagai keperluan kognitif, sosial, emosi dan fizikal kanak-kanak sehingga usia 6 tahun dan disusun bagi pembelajaran yang optimum. Bidang kurikulum dihubung kait untuk meningkatkan proses pembelajaran semula jadi kanak-kanak. Ia menggabungkan Amali Hidup, Sensorial, Bahasa, Kerja Nombor dan Budaya. Setiap aspek daripada pengalaman pendidikan yang luar biasa ini:
Ketika kanak-kanak membangun saban tahun, mereka melalui pelbagai perubahan yang luar biasa. Mereka digalakkan terlibat dalam penerokaan harian, menyatakan fikiran mereka, berfikir secara kritikal dan mencuba sebaik mungkin dalam apa jua yang mereka lakukan. Ciri-ciri unik setiap kanak-kanak dipupuk untuk mendorong kanak-kanak mencapai potensi penuh diri mereka. Objektif utama adalah untuk membantu mereka belajar secara berdikari dan mengekalkan rasa ingin tahu dan kreativiti yang wujud dalam diri mereka. Pendidikan di The children’s house, Bukit Jalil City, Kuala Lumpur adalah satu perjalanan, bukan satu perlumbaan.
Fakulti ini terdiri daripada tenaga pengajar Montessori yang berkelayakan dan berpengalaman; berkomited tinggi untuk menumpukan perhatian kepada setiap kanak-kanak sebagai seorang individu, serta membuatkan hati dan minda mereka terbuka kepada konsep pembelajaran. Tenaga pengajar di sini mengenali dengan baik setiap kekuatan dan kelemahan, keperibadian dan minat setiap kanak-kanak, di samping mengayakan mereka menerusi program-program untuk kemajuan dan pencapaian yang lebih tinggi. Usaha ini, bersama-sama dengan kurikulum yang terbukti, serta penglibatan para ibu bapa yang sentiasa cakna, mewujudkan suasana terbaik untuk melengkapkan dan menginspirasikan kanak-kanak untuk sepanjang hidup mereka.