by on 26/01/2023 629
Sorotan Utama |
|
Kindyland bermula dengan visi untuk memberi kanak-kanak inspirasi untuk meneroka potensi penuh mereka menjadi generasi pemimpin akan datang. Tahun demi tahun, titik peluh dan kasih sayang yang disuntik dalam setiap aspek sekolah ini telah diiktiraf oleh ibu bapa dan juga majalah keibubapaan yang dikenali ramai sebagai satu jenama pendidikan awal kanak-kanak yang berjaya. Kindyland memenangi hati juri dan ibu bapa dengan program-program trilingual yang komprehensif, hasil perkembangan kanak-kanak yang holistik, ruang belajar yang ceria, dan sudah tentunya tenaga pengajar yang sentiasa memperbaiki khidmat mereka untuk terus cemerlang saban hari.
Dengan lokasi cawangan di Tropicana Golf & Country Resort, Tropicana Gardens Mall dan Tropicana Aman, rangkaian prasekolah yang terus berkembang pesat ini sekali lagi menghasilkan permata baru – sebuah santuari untuk pendidikan moden kanak-kanak kini di Bandar Bukit Jalil. Dengan keluasan 2 tingkat lot rumah kedai kontemporari, prasekolah ini mudah diakses melalui lebuhraya utama, termasuklah lebuhraya Bukit Jalil dan KESAS, dan memudahkan ibu bapa mengambil dan menghantar dengan selamat. Cawangan ini merupakan cawangan Kindyland pertama yang menawarkan servis pendidikan prasekolah dan jagaan harian untuk kanak-kanak seawal 2 tahun, memberikan kemudahan kepada ibu bapa generasi baru yang berkerjaya di kawasan ini dengan pendidikan awal kanak- kanak yang berkualiti tinggi; yang akan memupuk si kecil untuk meneroka dengan pintar dan menyelesaikan masalah dengan kreatif.
Kindyland Bukit Jalil menawarkan pilihan Program Separuh Hari dan Program Lanjutan, serta jagaan harian, untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 6 tahun. Kelas dibahagikan kepada Nursery (Taska), Pre-K, K-1 dan K-2.
Diundi sebagai pemenang Anugerah Pilihan Pembaca Majalah BabyTalk & MamaPapa untuk tahun berterusan, kurikulum berintegrasi Kindyland menjanjikan pengalaman pembelajaran tiga bahasa yang merangsang minda. Rangka kerjanya mengguna pakai campuran pedagogi yang terbukti seperti kaedah berinspirasikan Montessori dan juga kaedah akademik Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan kita, dengan penekanan kepada konsep pengajaran yang menyeronokkan untuk memupuk kanak-kanak yang serba boleh dari segi pengetahuan dan kemahiran asas, sikap positif, nilai-nilai murni yang baik dan juga minda yang imaginatif.
Bermula dari umur 2 tahun, si kecil rata-ratanya akan berasa gementar dengan pengalaman pertama persekolahan mereka. Guru-guru di Kindyland faham akan kepentingan membina hubungan positif dan menyediakan rasa keselamatan. Aktiviti yang membentuk hubungan akrab dan rutin harian yang meyakinkan di sini memberi si kecil rasa kekitaan, menjadikan prasekolah ini tempat yang hebat untuk memulakan pengembaraan pembelajaran seumur hidup mereka.
“Kami telah menyediakan persekitaran yang selesa dan mesra dengan teliti; ia terasa seperti rumah kedua agar si kecil mendapat permulaan yang terbaik dalam pembelajaran mereka. Ia memberikan mereka perasaan yang menenangkan dan menjadikan mereka selesa, seterusnya membenarkan mereka untuk mendapat lebih interaksi positif dan juga pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan. Perabot di sini bersaiz lebih kecil dan kami juga telah memilih dengan sebaik mungkin bahan-bahan yang akan menggalakkan kanak-kanak untuk meneroka dan berdikari apabila mereka membesar dengan kami,” kata Puan Connie, pengetua Kindyland Bukit Jalil, apabila berbicara tentang ruang ikonik mereka yang ceria dan direka rapi; disusun serupa di semua cawangan mereka."
Tidak seperti persekitaran akademik yang tradisional, suasana di Kindyland Bukit Jalil menyediakan eksplorasi berasaskan kanak-kanak dan juga panduan guru yang seimbang untuk menggalakkan perkembangan holistik. Kurikulum di sini memupuk minat kanak-kanak untuk belajar dengan pelbagai aktiviti Montessori sambil menggunakan lagu, cerita, dan permainan untuk menggalakkan rasa ingin tahu mereka. Belajar tentang bentuk, warna, saiz, tekstur, rasa dan bau merupakan aspek penting dalam pengalaman kelas kanak-kanak kecil. Dari penemuan sensorial hinggalah memperoleh kemahiran seperti koordinasi mata- tangan yang baik, berinteraksi dengan rakan sebaya, menjaga barang kepunyaan dan meniru tabiat yang baik, kanak-kanak akan mendapat peluang yang banyak untuk sentiasa mempertingkatkan diri melalui asas yang kukuh.

Tidak seperti persekitaran akademik yang tradisional, suasana di Kindyland Bukit Jalil menyediakan eksplorasi berasaskan kanak-kanak dan juga panduan guru yang seimbang untuk menggalakkan perkembangan holistik. Kurikulum di sini memupuk minat kanak-kanak untuk belajar dengan pelbagai aktiviti Montessori sambil menggunakan lagu, cerita, dan permainan untuk menggalakkan rasa ingin tahu mereka. Belajar tentang bentuk, warna, saiz, tekstur, rasa dan bau merupakan aspek penting dalam pengalaman kelas kanak-kanak kecil. Dari penemuan sensorial hinggalah memperoleh kemahiran seperti koordinasi mata- tangan yang baik, berinteraksi dengan rakan sebaya, menjaga barang kepunyaan dan meniru tabiat yang baik, kanak-kanak akan mendapat peluang yang banyak untuk sentiasa mempertingkatkan diri melalui asas yang kukuh.Tetapkan janji temu lawatan anda hari ini!