by on 06/08/2021 1397
Sorotan Penting |
|
Sekolah Antarabangsa MAHSA (MISKL) adalah salah sebuah sekolah harian dan berasrama terkemuka di Malaysia yang komited untuk menyediakan pendidikan yang dipertingkat berdasarkan corak pendidikan British ke arah kelayakan IGCSE dan A Level. Sekolah yang ditubuhkan pada 2017 ini terletak di sebuah persekitaran yang dinamik di Bandar Saujana Putera, tempat para pelajar diberi sokongan untuk mencapai potensi mereka yang sepenuhnya untuk berjaya dalam dunia yang sedang pantas berubah. Ramai pelajar MISKL berjaya memasuki universiti berprestij di serata dunia.
MISKL ialah sebuah Sekolah Cambridge berdaftar yang menawarkan kurikulum British yang meluas dan seimbang serta berpandangan jauh. Ia merangkumi pengalaman pembelajaran yang menyeluruh untuk para pelajar bagi memperoleh pengetahuan berkenaan subjek penting dan mendapatkan kelayakan antarabangsa yang diiktiraf di serata dunia, selain kemahiran untuk menjadi warga dunia global yang cekap.
Program ini menyediakan pelajar untuk peperiksaan yang ketat dan kehidupan seterusnya dengan memastikan mereka mengetahui teknik berfikir kritis dan berupaya menyelesaikan masalah. Para pelajar diberi sokongan penuh untuk berkembang bagi menghadapi masa depan dengan keyakinan dan keluwesan untuk seronok menerokai perkara baharu.
Kurikulum sekolah dilengkapkan dengan pelbagai peluang pengayaan yang lebih mendayakan pelajar bagi membina kemahiran dan minat mereka. MAHSA juga bekerjasama dengan BVB, sebuah kelab sukan profesional Jerman yang terkenal dengan pasukan bola sepaknya untuk menyampaikan program latihan khas bagi atlet harapan sekolah.
Selain itu, para remaja boleh menyertai Program Kemahiran Masa Hadapan dalam talian yang direka bentuk untuk membantu pelajar membina kemahiran abad ke-21 seperti komunikasi, berfikir krities dan penyelesaian masalah secara kreatif bagi menyediakan mereka untuk universiti dan dunia kerjaya. Program ini merupakan kerjasama antara MAHSA dan EtonX, sebuah anak syarikat Kolej Eton yang mendapat sanjungan antarabangsa.
Para pelajar yang bukan penutur asli bahasa Inggeris akan dibantu menerusi program bahasa Inggeris sebagai bahasa Kedua (ESL) agar mereka boleh mengambil bahagian dengan yakin dalam kelas harian mereka.
Kampus MISKL terletak jauh daripada hiruk-pikuk kehidupan kota dan menawarkan suasana yang terbaik untuk pembelajaran. Terdapat ruang dalam dan luar yang direka khas dan memudahkan peluang pembelajaran berasaskan pengalaman yang merupakan bahagian penting dalam kurikulum sekolah. Para pelajar dapat memanfaatkan berbagai jenis kemudahan kelas pertama, termasuk makmal IT dengan komputer iMac, perpustakaan yang memuatkan pelbagai bahan, makmal reka bentuk dan teknologi, studio muzik dan tarian, kelas yang dilengkapi teknologi, bilik seminar, auditorium, kolam renang, gelanggang berbilang sukan, padang bola sepak dan asrama.
Guru-guru di MISKL adalah pasukan profesional yang berkemahiran dan berdedikasi dalam memberikan sokongan kepada pelajar bagi mendapatkan keyakinan diri dalam kebolehan mereka masing-masing demi meneruskan kehidupan yang berjaya pada masa hadapan. Mereka juga dilatih untuk menggalakkan pelajar menjadi pelajar yang bersikap ingin tahu dengan bertanyakan soalan dan mendengar pandangan orang lain dengan terbuka. MISKL mempromosikan budaya pembangunan profesional yang berterusan.
MISKL percaya terhadap kepentingan memberikan bimbingan yang cemerlang dan mengambil setiap peluang yang ada untuk menyampaikan perkara ini, kerana para pelajar dapat belajar dalam keadaan terbaik apabila mereka berasa gembira dan selamat. Lebih utama lagi, sekolah ini sentiasa berusaha untuk membentuk perkongsian yang sihat di antara ibu bapa dengan sekolah.
Bangunan asrama MISKL diuruskan dengan teliti dengan jaminan keselamatan setiap masa, di samping seorang doktor panggilan dan staf sokongan profesional. Pelajar yang menginap di asrama beruntung kerana berada dalam suasana yang teratur di bawah jagaan penuh, yang menyediakan mereka untuk kehidupan selepas tamat persekolahan. Tinggal berjauhan daripada rumah memberi mereka peluang yang tidak ternilai untuk perkembangan diri seperti kebebasan dan memahami keutamaan. Kehidupan di dorm juga baik untuk mendedahkan pelajar kepada berbagai-bagai komuniti yang mengikat mereka bersama.
MISKL menawarkan pelajar persekitaran yang memberikan rangsangan dengan teknologi sebagai pemacu pembelajaran. Hal ini meningkatkan penyampaian bahan kursus dan membantu pelajar membina literasi digital untuk membuat pilihan yang lebih bijak.
Yuran tuisyen tahunan bermula pada kadar RM18,300 setahun.
MISKL adalah sebahagian daripada naungan MAHSA Education Group. Hal ini mewujudkan peralihan lancar untuk pelajar MISKL menyambung pengajian ijazah pilihan mereka di Universiti MAHSA atau lain-lain universiti terkemuka dunia. Selain itu, peluang biasiswa akan dianugerahkan untuk semua kursus di Universiti MAHSA di samping perkhidmatan kaunseling kerjaya.
MISKL menyampaikan kesinambungan program menarik yang menyediakan pendidikan menyeluruh yang dilengkapi keunggulan akademik sejak prasekolah sehingga pendidikan tinggi.
Prasekolah merupakan program pertama MISKL untuk kanak-kanak bagi menerima pengenalan yang menyeronokkan kepada dunia pendidikan. Pelajar yang paling muda didedahkan kepada banyak pengalaman amali yang bermakna. Melalui pengalaman ini, mereka meneroka pelbagai cara yang membuatkan mereka sangat gembira untuk belajar dan hal ini menyokong kecintaan terhadap belajar sepanjang hayat sejak awal usia.
Sebaik sahaja anak-anak melepasi usia 5 tahun, mereka meneruskan persekolahan ke peringkat rendah. Pelbagai subjek yang tercakup termasuklah bahasa, matematik, sains, literasi digital, kemanusiaan, kesenian, reka bentuk, dan muzik serta pendidikan kendiri, sosial dan fizikal. Pelajar yang memerlukan bantuan tambahan dalam bahasa Inggeris disokong melalui program ESL supaya mereka dapat mengikuti kelas secepat mungkin. Pelajaran disampaikan dalam kumpulan kecil agar para pelajar menerima perhatian yang khusus yang diperlukan oleh mereka untuk mengoptimumkan perkembangan diri. Para pelajar menerima pendidikan yang benar-benar holistik melalui gabungan pelbagai peluang pengayaan lain.
Kerangka lima tahun memberikan persediaan terbaik untuk program A Level melalui pengajaran dan pembelajaran berasaskan aplikasi. Para pelajar di tahap ini dan ke atas mempunyai guru khas bagi setiap subjek dan mereka akan menduduki peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) pada penghujung tahun ke-11. Secara keseluruhan, para pelajar mempelajari dan menjalani latihan kemahiran insaniah yang boleh dimanfaatkan dalam pelbagai bidang yang berlainan di sepanjang kehidupan mereka.
Program A Level memenuhi keperluan pelajar semasa 2 tahun terakhir persekolahan sebelum menjejak kaki di universiti. Dalam senarai keseluruhan, terdapat 19 subjek untuk dipilih dan hal ini membolehkan pelajar mensejajarkan pelajaran mereka dengan kekuatan akademik dan minat masing-masing. Para pelajar dibimbing melalui kerjasama mentor untuk membentuk pengalaman yang membawa hasil.
Lulusan A Level MISKL mempunyai pilihan untuk menyambung ijazah sarjana muda di Universiti MAHSA atau universiti antarabangsa teratas yang lain. Pelajar MISKL mempunyai rekod yang baik dari segi memperolehi tempat dalam kursus-kursus di universiti yang tinggi persaingannya.