by on 23/05/2023 743
Fokus Utama: |
|
Apabila seorang kanak-kanak memasuki ke The children's house TTDI, mereka memasuki dunia keindahan di mana dibenarkan untuk meneroka pelbagai peluang dalam persekitaran pendidikan yang disediakan dengan teliti. Setiap objek, huruf atau nombor direka untuk tujuan tertentu, dan setiap manik, silinder bernoken dan lain-lain mempunyai tempat yang ditentukan untuk disimpan dengan teratur - semuanya dalam jangkauan kanak-kanak untuk melakukan kerjanya. Selamat datang ke dunia Montessori!
Berlokasi di sebuah rumah berwarna merah dan putih yang menarik, cawangan TTDI ini dibuka pada tahun 2009 untuk memenuhi keperluan komuniti yang semakin berkembang di kawasan pinggiran bandar ini. Sehingga hari ini, ia terus mengamalkan kaedah pendidikan Montessori yang dibangunkan oleh Dr Maria Montessori. Justeru, setiap kanak-kanak dibenarkan untuk berkembang dengan selesa pada tahapnya sendiri. Pada intinya, setiap aspek sekolah ini adalah berdasarkan pada sikap penghormatan - penghormatan antara kanak-kanak, penghormatan terhadap guru, penghormatan antara satu sama lain, dan juga penghormatan terhadap bahan-bahan yang digunakan. Dalam komuniti TTDI yang akrab ini, setiap orang adalah sebahagian daripada sebuah keluarga besar yang berkomitmen untuk membantu kanak-kanak mencapai potensi pada diri mereka sepenuhnya."Kami percaya bahawa kami sedang menjalankan tanggungjawab kami bagi memupuk minda-minda muda yang cerdas di prasekolah TTDI. Dengan cara ini, mereka akan sentiasa ingin memberi jasa kepada komuniti yang sentiasa memberikan dorongan dan sokongan," kata Puan Clairessa, ketua prasekolah The children's house TTDI.
Puan Clairessa memulakan perjalanan beliau di The children's house sebagai seorang guru 13 tahun yang lalu. Setelah 8 tahun menjalankan peranan pentingnya untuk memastikan kanak-kanak di bawah jagaannya belajar dan berkembang dengan berkesan. Tahap kerja yang baik dan minat beliau dalam pendidikan telah menempatkannya sebagai ketua prasekolah The children's house TTDI.
The children's house TTDI menawarkan Program Playgroup Montessori untuk yang berusia 18 bulan hingga 2.5 tahun. Manakala, Program Junior Montessori (Tadika dan Pra-Tahun 1) untuk yang berusia 2.6 hingga 6 tahun. Prasekolah ini menyediakan waktu beroperasi sehingga pukul 3 petang, di mana disediakan aktiviti kokurikulum seperti Young Thespian dan Young Einstein.
Setiap program menekankan penyediaan kanak-kanak untuk peringkat seterusnya. Tujuan aktiviti yang direka ini adalah untuk menggalakkan perkembangan kemampuan sosial, emosi, kognitif, dan fizikal kanak-kanak. Di sini, buku teks tidak digunakan. Sebaliknya, pembelajaran adalah berdasarkan pengalaman secara langsung untuk menarik rasa ingin tahu semulajadi kanak-kanak kecil saat mereka cuba meneroka dan memahami persekitaran mereka. Sebagai contoh, dalam Kerja Nombor (kemahiran matematik), kanak-kanak berlatih dengan bahan matematik kreatif yang membolehkannya menyerap konsep abstrak seperti geometri dan penurutan. Guru terlebih dahulu akan mendemonstrasikan dan membimbing kanak-kanak, kemudian membenarkan mereka bekerja dengan bahan tersebut. Dengan aktiviti ini dapat melibatkan mereka secara aktif dalam proses pembelajaran.
Kanak-kanak juga digalakkan untuk menyertai rutin motivasi, seperti menyusun permainan mereka, dan terlibat dalam aktiviti ini secara berulang sehingga mereka berjaya. Ini membawa kepada rasa pencapaian dan kegembiraan yang menghasilkan kanak-kanak yang bermotivasi.
Setiap hari, kanak-kanak bakal diberikan bimbingan yang positif dalam komunikasi dan tingkah laku. Penggunaan bahasa kesopanan dan tingkah laku yang berbudi pekerti adalah fokus utama dalam pelajaran harian. Dengan ini dapat membantu kanak-kanak mengurus emosi mereka dengan lebih baik, berkomunikasi secara efektif, dan bersosialisasi. Kanak- kanak dibimbing dengan kosakata dan kemudian digalakkan untuk membincangkan beberapa cerita, menghayati pembacaan dan penulisan. Pengajaran, pembelajaran, dan aktivit bermain diseimbangkan dengan baik untuk mempersiapkan para pelajar muda ini dengan kemahiran, keyakinan, dan sifat berdikari yang mereka perlukan untuk sekolah besar pada masa akan datang.
The children's house TTDI mengamalkan nisbah murid-guru yang rendah untuk memastikan pembelajaran yang optimum. Guru dapat memberikan perhatian yang lebih peribadi dan memantau perubahan perkembangan setiap kanak-kanak dalam perjalanan pembelajaran unik mereka - ibu bapa akan dimaklumkan melalui aplikasi LittleLives, serta komunikasi secara bersemuka.
Dengan segala persediaan yang teliti dan direka khusus untuk kanak-kanak yang sedang berkembang - termasuk hidangan yang diluluskan oleh ahli pakar diet dan mesra alahan – tiada apa pun yang dapat dibandingkan seperti memulakan tahun-tahun pra-sekolah di The children's house TTDI.