by on 13/06/2024 19137
Artikel ini telah dikemas kini pada 30 Mei 2024.
Pengembaraan Kiddy123 dalam mencari lebih banyak prasekolah yang terbaik di Malaysia kali ini membawa kami ke Selayang, sebuah bandar yang sedang berkembang pesat untuk mencari prasekolah dan program hebat yang mereka tawarkan untuk ibu bapa yang mencari pendidikan awal kanak-kanak terbaik buat anak mereka.
Nota: Prasekolah dan tadika disenaraikan mengikut abjad. Urutan di mana ia muncul tidak mencerminkan kedudukan prasekolah atau tadika.
Excel Preschool, Selayang Jaya menggunakan sistem Montessori dan metod pendidikan terbaik yang lain untuk memenuhi keperluan perkembangan kanak-kanak berumur 3 hingga 6 tahun. Program pembelajaran direka untuk membantu kanak-kanak meningkatkan kedua-dua belah otak – belah logic dan juga belah kreatif. Ini seterusnya akan menguatkan keseluruhan otak, yang membolehkan kanak-kanak mengembang secara intelektual dan emosi.
Prasekolah ini dikelilingi oleh persekitaran yang menyenangkan yang jga turut menyepadukan pengalaman pembelajaran di luar kelas. Ini bagus agar kanak-kanak dapat mengasah kemahiran motor halus, kemahiran seni, kemahiran motor kasar, kemahiran dapur, penjagaan diri serta penjagaan alam sekitar. Kanak-kanak dapat membina otot-otot kecil mereka ketika bermain di luar dan melalui latihan kecergasan seperti melompat, berlari dan menggunakan “hula hoop”. Aktiviti fizikal bukanlah satu-satunya penyebab menjadikan kanak-kanak sihat di prasekolah ini kerana makanan yang disediakan di sekolah ini padat dengan nutrisi dan juga seimbang. Excel Preschool juga menawarkan servis: bimbingan kerja rumah, pusat jagaan, konsert dan hari sukan.
Exploria Kindergarten di Taman Melati ialah tadika yang cemerlang dengan guru yang berpengalaman yang menawarkan pembelajaran holistik. Ia menggabungkan pelbagai kaedah, termasuk Montessori, Reggio Emilia, Multiple Intelligences, Pendekatan Islam Bersepadu, di samping pendekatan pengajaran konvensional, memastikan asas yang kukuh selaras dengan piawaian Malaysia. Ini memastikan bahawa setiap aspek pendidikan kanak-kanak ditangani, meletakkan asas yang kukuh untuk pembelajaran dan pembangunan seterusnya.
Exploria Kindergarten membezakan diri dengan komunikasi terbuka, jujur dan lancar antara guru dan ibu bapa, ciri yang sangat dihargai oleh ramai ibu bapa. Ia mewujudkan persekitaran di mana ibu bapa mudah untuk berhubung dengan guru, memupuk hubungan kerjasama dan sokongan yang meningkatkan pengalaman pendidikan bagi kedua-dua kanak-kanak dan keluarga mereka.
Sebagai seorang yang mempraktikan ajaran Montessori, pengetua Happy Bear Preschool, Cik Sheena, merancang pelan untuk kedua-dua bangunan sekolah itu tersendiri. Aliran dari satu kawasan ke kawasan seterusnya lancar. Perhatian yang besar diberikan kepada butiran kecil, dari rak meja dan kerusi bersaiz kanak-kanak, sehingga ke ketinggian paip dan basuh basuh dan saiz mangkuk tandas agar sesuai dengan kanak-kanak.
Happy Bear Preschool menggunakan kaedah pengajaran Montessori yang digabungkan dengan pendekatan tematik. Pendekatan tematik untuk mengajar melibatkan integrasi kesemua bidang subjek di bawah satu tema. Ia melintasi subject lines dan membantu kanak-kanak menghubungkan kemahiran akademik asas dengan idea-idea dunia sebenar. Pelajaran bertema ini mengandungi bacaan, matematik, sains dan kajian sosial, serta seni untuk kurikulum yang seimbang.
Pusat Jagaan Kiddizone, Batu Caves, Selayang ditubuhkan dengan motif yang jelas untuk menyediakan kanak-kanak dengan pendidikan awal yang dapat membantu mereka mengharungi kehidupan persekolahan mereka dengan lebih yakin. Pelajaran direka bentuk untuk bertema dan selaras pembelajaran di sekolah rendah, menjadikan peralihan yang lancar di kemudian hari. Tumpuan yang sewajarnya diberikan kepada mata pelajaran teras yang akan diajar di sekolah rendah, serta kemahiran hidup asas dan kemahiran kreatif, seperti seni, muzik, pendidikan jasmani, dsb.
Sudah pasti, persekitaran pembelajaran di Kiddizone direka dengan baik. Luas namun sangat ceria, keseluruhan ruang ini bukan sahaja kondusif dan menyeronokkan, malah ia juga berhawa dingin sepenuhnya untuk keselesaan pelajar semasa mereka belajar, bermain dan berkembang. Kemudahan dan fasiliti disini termasuklah beberapa trampolin, gelongsor terowong, kolam bola, permainan pasir, dinding panjat tebing, papan LEGO dan juga gelanggang bola keranjang mini. Selain itu, mereka juga mempunyai chef sendiri yang akan menjaga pemakanan si kecil, meringankan beban ibu bapa untuk menyediakan makanan anak-anak mereka.
R.E.A.L. Kids adalah perintis dalam menggunakan pendekatan Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligences - diasaskan oleh Dr. Howard Gardner) dalam pendidikan prasekolah Malaysia, dengan menyediakan program penuh yang merangkumi pelbagai pelajaran pengayaan dan aktiviti kokurikulum.
R.E.A.L. Kids PV 21 Setapak memulakan operasinya pada 2017 dan bertujuan untuk mencipta pengalaman transformatif yang membangunkan minda muda menjadi pelajar yang yakin. Kurikulum merangkumi bukan sahaja bahan pembelajaran, tetapi juga reka bentuk ruang pembelajaran, teknologi terkini, aktiviti pembelajaran, dan penilaian untuk pembelajaran. Semua konsep dan penambahbaikan ini dikaji, diuji dan dibangunkan dengan teliti oleh staf berbakat mereka.
Di sini, pembelajaran dicirikan oleh rasa ingin tahu yang ceria dan usaha berterusan untuk menimba ilmu, mengumpul pengalaman dan mengamalkan kecekapan yang lebih baik. Secara ringkas - di R.E.A.L Kids - pelajar adalah pemandu, guru adalah pemandu bersama, pengalaman pembelajaran mereka adalah kenderaan dan laluan mereka adalah sepanjang hayat.
The Preschool merupakan prasekolah inklusif yang menawarkan pelbagai aktiviti pembelajaran yang sesuai untuk perkembangan mengikut kelebihan dan keperluan pembelajaran semua kanak-kanak. Ianya dibina atas falsafah yang mendorong komuniti untuk menerima dan menghargai semua orang tanpa mengira perbezaan. The Preschool menerima semua individu dan menjanjikan khidmat terbaik mereka untuk membantu kanak-kanak mencapai potensi penuh sebenar mereka. Prasekolah ini menggunakan pendekatan dinamik dalam mengajar dengan menggabungkan pelbagai pendekatan berdasarkan kebolehan pelajar. The Preschool menyatukan yang terbaik dalam semua aspek pendidikan dan pengetahuan untuk menyediakan yang terbaik untuk kanak-kanak dan keluar dari kepompong kelas yang tradisional. Di The Preschool, matlamat mereka adalah untuk sentiasa menggunakan sistem pendidikan terkini untuk mengajar si kecil zaman sekarang. Mereka akan memilih idea dan tema baru yang terbaik untuk diserapkan dalam kurikulum agar sentiasa relevan pada masa kini.
Laporan Kiddy123 mengenai prasekolah dan tadika di atas berdasarkan apa yang kami lihat dan diberitahu semasa lawatan kami. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk memastikan bahawa maklumat yang diberikan adalah sahih dan tepat, Kiddy123 Sdn Bhd. tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa jenis kerosakkan yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat dalam artikel ini. Cara yang terbaik untuk membuat keputusan mengenai prasekolah atau tadika yang sesuai untuk anak anda adalah dengan melawat sekolah-sekolah yang telah disenarai pendek.
Sekiranya anda berminat untuk mengiklankan prasekolah atau tadika anda yang hebat dengan ibu bapa di luar sana, sila hubungi kami.