by on 22/10/2024 33
Sorotan Utama |
|
CIC Prima Sri Gombak merupakan pilihan yang bijak untuk ibubapa yang bekerja di kawasan Batu Caves. Pusat pengayaan ini membekalkan pendidikan awal bermutu tinggi untuk kanak-kanak berusia 3 hingga 12 tahun, di mana mereka boleh berkembang di dalam persekitaran yang kondusif dan selamat.
Pusat ini sebahagian daripada jenama CIC Enrichment Centre yang diasaskan Pn. Qutren Nada Ahmad pada tahun 1997, yang berteraskan konsep Childhood Is Crucial (Kepentingan Zaman Awal Kanak-Kanak) dan juga Cheerful Innovative Classroom (Bilik Darjah yang ceria dan inovatif) bagi membimbing kanak-kanak menjadi pemimpin masa hadapan dengan minda yang positif, sedia untuk menakluk cabaran. Kini, jenama CIC telah bertapak di lebih 70 lokasi di seluruh negara, dan menawarkan pelbagai program pengayaan yang bertujuan untuk memupuk pemimpin muda yang berjaya.
CIC’s curriculum is tailored to support a child’s holistic development, covering key stages from playschool to preschool, i.e. ages 3 to 6, as well as an after-school programme for children aged 7 to 12.
18 program teras di CIC meliputi modul seperti CIC Young Leaders English Lesson, CIC Thematic Learning, CIC New Maths, dan banyak lagi,bertumpukan aspek-aspek seperti:
Literasi: Membina kemahiran bahasa melalui aktiviti yang menarik seperti sesi bercerita, permainan fonik, dan pengunaan alat-alat pengajaran secara interaktif.
Logik dan Matematik: Memupuk rutin fikiran yang mengalakkan kanak-kanak untuk berkomunikasi dan mendalami pemahaman matematik mereka.
Komunikasi dan bahasa: Meningkatkan daya ekspresi kanak-kanak melalui aktiviti persembahan dan perbincangan dalam kelas.
Pemahaman Dunia: Kanak-kanak dikenalkan kepada tema-tema unik yang merangkumi topik seperti budaya, alam sekitar, dan sains melalui eksperiman dan aktiviti yang menyeronokkan.
Perkembangan fizikal: Meningkatkan daya motor dan kesihatan fizikal menerusi aktiviti permainan dan sukan
Seni dan Reka Bentuk Ekspresif: Mengalakkan sifat kreatif dan ekspresi seni melalui aktiviti seni dan kraf.
Perkembangan Holistik: Memupuk kemahiran emosi dan sosial melalui aktiviti berkumpulan yang melibatkan kerjasama.
Bagi memudahkan ibubapa, CIC menawarkan pakej program yang dibahagikan mengikut tiga kategori utama: Mutiara (Pearl), Delima (Ruby), dan Zamrud (Emerald). Setiap pakej ini terdiri daripada pilihan program pengayaan serta jadual waktu yang berlainan.
Sebagai contoh, program Mutiara merangkumi sesi selama 3.5 jam dan merangkumi kursus seperti CIC Pemimpin Muda Pintar Bahasa untuk membantu mereka menguasai bahasa, dan Young Leaders Maths untuk membina daya kemahiran kritis. Manakala pakej Delima pula berlangsung selama 6 jam dan merangkumi kelas Al-Quran, solah, dan sesi bercerita. Pakej-pakej ini memastikan kanak-kanak menghabiskan masa mereka secara produktif melalui pelbagai aktiviti, dan diberi masa yang secukupnya untuk berehat.
Pakej CIC yang mendapat sambutan hangat adalah Program Zamrud. Ianya merupakan program seharian dan sangat sesuai untuk keluarga di mana kedua-dua ibubapa bekerja di siang hari. Berlainan dengan pusat pengasuhan, kanak-kanak dalam Program Zamrud dapat menyertai pelbagai aktiviti pembelajaran secara berstruktur sepanjang hari. Antara program-program dalam pakej ini adalah program Wonderful Holiday, di mana Pemimpin Muda CIC dapat menyertai kelas Drama, Melukis (Drawing Squad), kelas seni, dan juga Reading for Self-Improvement – membantu mereka mengembangkan kemahiran membaca, menulis, dan juga pemahaman dan komunikasi dengan berkesan.
Sementara itu, kanak-kanak lebih besar pula boleh menyertai program selepas waktu sekolah seperti Al Muhtadeen dan Al Muhtadeen + yang merangkumi KAFA (Kelas Al-Quran & Fardu Ain) dan bimbingan kerja rumah.
Salah satu keunikan CIC adalah penerapan ajaran Islam dengan pendidikan moden, yang dicapai melalui pelbagai aktiviti pembinaan peribadi dan akhlak. Murid-murid diajar nilai murni seperti kasih sayang, saling hormat menghormati, dan empati, menjadikan prinsip-prinsip ini sebahagian daripada pembelajaran mereka.
CIC menekankan nilai-nilai Islam melalui cara yang praktikal dan mudah difahami, dan tidak hanya memberi tumpuan kepada rutin atau belajar secara menghafal sahaja. Guru-guru menggunakan cerita interaktif, 'role play', dan mengadakan sesi perbincangan supaya kanak-kanak dapat memahami dan mengaplikasikan nilai-nilai ini dalam kehidupan seharian mereka.
Pada masa yang sama, apa yang dipelajari juga selaras dengan bidang pembelajaran seperti literasi, seni, dan sains; membina pemimpin muda dengan asas agama yang kuat, selain ilmu dan kemahiran moden.
CIC menawarkan pelbagai aktiviti kokurikulum yang direka khas untuk menyerlahkan bakat dan memupuk minat kanak-kanak. Rombongan sambil belajar, kelas seni dan melukis, dan kelas renang merupakan beberapa contoh aktiviti yang ditawarkan. Kanak-kanak tidak sahaja diberi peluang belajar tetapi dapat meningkatkan kemahiran bersosial serta menjalin hubungan persahabatan yang erat.
Semangat komuniti CIC bukan di bilik darjah sahaja. Melalui Kempen Prihatin CIC yang dianjurkan setiap tahun, murid-murid dan ibubapa boleh menyertai aktiviti amal seperti memberi sumbangan kepada rumah anak yatim, atau membantu golongan asnaf pada bulan Ramadan. Aktiviti-aktiviti sebegini membantu untuk memupuk empati dan tanggungjawab sosial dalam kalangan kanak-kanak dari usia yang muda lagi.
CIC juga menganjurkan acara besar seperti CIC Olympiad untuk memupuk semangat persaingan dan kerjasama, dan juga Konsert Tahunan CIC di mana kanak-kanak dapat menunjukkan bakat mereka di atas pentas, sekaligus membina keyakinan diri dan mengasah kemahiran berpidato mereka.
Di CIC, persekitaran pembelajaran direka dengan teliti supaya selamat dan menarik. Di CIC Prima Sri Gombak, reka bentuk dalaman pusat ini sarat dengan warna hijau, kuning, dan putih yang mewujudkan suasana yang nyaman dan selesa. Perabot yang sesuai untuk kanak-kanak, dan sudut pelajaran tematik pula mengalakkan kanak-kanak untuk melakukan pelajaran dan penerokaan mereka sendiri di sudut bacaan mahupun sudut pameran.
CIC menitikberatkan aspek keselamatan. Semua pusat mereka dilengkapi dengan CCTV yang dipantau oleh pusat utama (HQ), manakala guru-guru dan staf pula terlatih dalam protokol dan bantuan kecemasan.Prosedur kebersihan dan kesihatan diikuti dengan teliti. Ibubapa tidak perlu risau kerana hanya individu yang diberikan kebenaran sahaja yang boleh datang mengambil kanak-kanak dari sekolah.
Nutrisi adalah aspek penting di CIC. Pelajar-pelajar di sini diberikan makanan yang berkhasiat, dan jika mereka mempunyai alahan makanan, ia juga diambil kira semasa menyediakan makanan harian, supaya kanak-kanak sentiasa sihat dan dapat menumpukan perhatian mereka sepanjang hari.
Tenaga pengajar yang berdedikasi merupakan tunjang utama jenama CIC, dan mereka dipilih bukan sahaja kerana ijazah atau pencapaian akademik, tetapi juga kesabaran dan rasa sayang terhadap kanak-kanak. Dengan nisbah guru kepada murid yang rendah, iaitu 1:10 untuk kanak-kanak yang lebih kecil dan 1:16 - 20 untuk kumpulan umur yang lebih besar, setiap murid di sini menerima perhatian dan bimbingan yang secukupnya untuk berjaya.
CIC banyak melabur ke dalam perkembangan profesional guru-gurunya. Mereka menghadiri sesi latihan secara kerap, perjumpaan setiap 3 bulan, dan juga praktikal supaya mereka sentiasa dikemas kini dengan perkembangan terbaru dalam dunia pendidikan. Hasil daripada ini, mereka dapat memberikan pendidikan yang lebih berkualiti kepada anak-anak murid mereka.
Ibubapa memainkan peranan penting dalam perkembangan anak-anak, jadi CIC akan melibatkan mereka dalam proses tersebut. Perjumpaan ibubapa dan guru diadakan setiap 3 bulan supaya ibubapa dikemas kini tentang pencapaian anak-anak mereka. Mereka juga akan mendapat kemas kini setiap minggu melalui WhatsApp dan media sosial. 'Newsletter' akan diedarkan setiap bulan yang mengandungi pengumuman penting dan acara-acara akan datang, jadi terjalinnya hubungan yang erat di antara ibubapa dan juga pihak sekolah.
CIC juga kerap mengadakan acara untuk mengeratkan hubungan antara ibubapa dan anak-anak mereka, seperti Hari Sukan, rombongan sekolah, dan pertandingan seni.
Dengan pengalaman berdekad lamanya, CIC Enrichment Centre telah membina sebuah legasi dalam pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia, dan dipercayai oleh ibubapa. Pendekatan mereka yang unik menggabungkan prinsip-prinsip Islam dengan kaedah pendidikan moden membantu kanak-kanak menjadi individu yang yakin, mampu, dan berbelas kasihan. CIC menjadi pilihan utama untuk ibubapa yang inginkan pendidikan yang menyeluruh untuk anak-anak mereka yang menyimbangkan perkembangan akademik dan agama.