by on 29/03/2023 633
Sorotan Utama |
|
The Preschool tidak seperti prasekolah lain di Kuala Lumpur. Ia meraikan keunikan setiap kanak-kanak dalam komuniti yang besar. Di sini, guru-guru percaya, satu saiz tidak muat untuk semua, dan perkembangan kanak-kanak menjadi pesat apabila sekolah tersebut memenuhi keperluan mereka, meraikan kelebihan dan kekurangan mereka, mengetahui cara pembelajaran kesukaan mereka dan menghormati personaliti mereka. Falsafah unik ini membezakan The Preschool sebagai Prasekolah Ideal yang didedikasikan untuk memberi pengalaman yang diperibadikan untuk setiap kanak-kanak, memperkasakan mereka untuk merealisasikan potensi penuh mereka.
Pendidikan di The Preschool bersandarkan tiga tonggak utama: Inklusif, Eklektik dan Progresif. Di dalam prasekolah moden dan monokromatik ini adalah persekitaran yang selamat dan mesra - setiap orang dihargai, dapat berkembang maju dan menjadi diri mereka yang autentik di sekolah setiap hari. Semua kanak- kanak di sini, tidak kira apa perbezaan mereka, menjadi sebahagian daripada keluarga yang sentiasa membantu di mana menjadi rakan dan belajar bersama kanak-kanak dengan keperluan khas adalah normal. Semua orang mempunyai rasa hormat menghormati antara satu sama lain, dan kanak-kanak dengan semua keupayaan perkembangan dialu-alukan untuk menyertai komuniti yang rapat dan inklusif ini untuk mendapatkan manfaat daripada apa yang ditawarkan mereka.
Mengambil daripada pedagogi pendidikan yang terbaik, The Preschool tidak mahu menggunakan proses hafalan fakta yang tipikal, sebaliknya menggunapakai keupayaan kanak-kanak yang istimewa, dan juga rasa ingin tahu semulajadi mereka untuk melahirkan pelajar yang fokus dan dilengkapi dengan keyakinan dan kemahiran untuk bertapak di sekolah dan seterusnya. Di sini, pembelajaran bermula dengan rasa keajaiban. Ia merangkumi pelbagai jenis permainan dengan tujuan, aktiviti amali, pergerakan artistik, tarian, dan peluang untuk menyelesaikan masalah dalam jadual harian untuk menyokong perkembangan bahasa, sosial, emosi, kognitif dan fizikal kanak-kanak – seperti logo sekolah ini iaitu satu labirin dengan lima pintu masuk yang melambangkan lima domain perkembangan kanak- kanak, mencapai titik tengah yang melambangkan teras otak. Kebiasaannya di The Preschool, kanak-kanak akan menggunakan bahan pendidikan dan mainan daripada pusat pembelajaran, mengembangkan kemahiran literasi mereka di sudut bacaan, mengasah bakat dan kreativiti mereka di bilik seni, bercerita dengan rakan sebaya mereka untuk sesi Show and Tell, leka dalam permainan yang sesuai dengan perkembangan mereka atau meluangkan masa di rumah permainan di luar bilik darjah.
Kanak-kanak di The Preschool diberi inspirasi untuk menjadi aktif dalam pembelajaran mereka. Guru-guru tidak perlu mengisi minda muda ini dengan subjek yang diperlukan. Sebaliknya, kanak-kanak digalakkan untuk bertanya, belajar berfikir secara mendalam, menroka untuk memahami dunia di sekeliling mereka, menyelesaikan masalah dengan bereksperimen dan mencari suara individu mereka sendiri – menjadikan pembelajaran lebih bermakna. Kanak-kanak seterusnya akan menjadi pemikir yang kritis dan pemimpin yang inovatif, dan ini adalah persiapan terbaik untuk mereka menghadapi masa hadapan.
Tidak kira apa keupayaan kanak-kanak, sama ada berkembang secara tipikal , kanak-kanak dengan keperluan khas atau berbakat besar, The Preschool komited untuk menempa laluam yang paling sesuai dengan keperluan dan matlamat akhir kanak-kanak. Jika diperlukan, penilaian psiko-pendidikan akan dijalankan untuk memberi informasi secara mendalam tentang kelambatan perkembangan, jurang kemahiran, cabaran pembelajaran, keperluan khas atau kepintaran istimewa, Selepas diagnosis penuh, kanak-kanak tersebut boleh diletakkan dalam pelan pendidikan yang diperibadikan (Individualized Educational Plan - IEP), terapi pertuturan, terapi pekerjaan atau program bakat istimewa jika diperlukan. Program The Gifted tidak hanya untuk kanak-kanak yang berdaftar di The Preschool malah untuk kanak-kanak yang belajar di prasekolah lain.
Teras utama The Preschool adalah pasukan dinamik profesional yang bertauliah dan tenaga pengajar yang berpengalaman yang bersemangat untuk memupuk komuniti inklusif yang mana setiap kanak-kanak akan sentiasa disokong. Matlamat mereka adalah untuk sentiasa berusaha memberikan yang terbaik dan menjadi perintis perkembangan pendidikan, memperkasakan kanak-kanak dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk mencapai kecemerlangan dalam dunia yang sentiasa berubah ini. Sudah pasti, terdapat pelbagai aspek yang disukai ibu bapa di The Preschool. Oleh itu, jangan teragak-agak untuk menempah sesi untuk melawat sekolah ini dan bertanya lebih lanjut hari ini!