on 11/02/2024 2285
Artikel ini dikemaskini pada 14 Januari 2025
Selain daripada menyediakan penyelesaian untuk ibu bapa yang sibuk, pusat jagaan & tuisyen membolehkan kanak-kanak mempunyai rutin yang stabil, peluang untuk berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan kemajuan kognitif yang lebih baik - semua kelebihan ini membolehkan kanak-kanak meningkatkan potensi mereka dan peralihan ke tahun-tahun kemudian dengan lebih baik. Dalam artikel ini, Kiddy123 menyenaraikan beberapa pusat jagaan & tuisyen yang layak yang telah kami lawati.
Nota: Prasekolah dan tadika disenaraikan mengikut abjad. Urutan di mana ia muncul tidak mencerminkan kedudukan prasekolah atau tadika.
Apple King Tuition Centre merupakan penyedia tuisyen dan penjagaan harian yang dipercayai di Sungai Chua. Pusat ini bangga dengan pelajarnya yang sentiasa konsisten dalam mencapai kecemerlangan akademik saban tahun. Terletak dalam persekitaran yang selesa dan kondusif untuk pembelajaran, Apple King Tuition Centre telah beroperasi lebih dari 20 tahun dan terus menjadi pilihan dan disyorkan oleh ibu bapa yang berpuas hati dengan perkhidmatan mereka. Pusat ini menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk pelajar 7-15 tahun; termasuklah bimbingan kerja rumah SJK(C), penyediaan untuk Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA), kelas pengayaan bahasa, perkhidmatan penjagaan dan juga program cuti sekolah. Khidmat pengangkutan juga tersedia untuk sekolah-sekolah berdekatan seperti SJK (C) Sungai Chua, SJK (C) Yu Hua dan SJK (C) Bandar Kajang 2, memudahkan lagi ibu bapa yang bekerja. Pusat ini juga memahami kebimbangan ibu bapa tentang kos yang tinggi, maka mereka berusaha untuk menawarkan yuran yang berpatutan di samping menyediakan penjagaan dan pendidikan berkualiti tinggi yang dikenali ramai.
Bright Star Chinese Education di Kuala Lumpur merupakan pusat pendidikan yang komprehensif untuk kanak-kanak prasekolah dan pelajar sekolah rendah. Perkhidmatan jagaan harian mereka untuk kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun menawarkan persekitaran yang selamat dan selesa, berserta bimbingan kerja rumah dan pengajaran oleh guru yang berpengalaman. Penekanan kepada keselamatan, sokongan pendidikan, dan sosialisasi memastikan pengalaman yang seimbang untuk minda-minda muda. Selain akademik tradisional, mereka juga menawarkan pelbagai program pengayaan dengan aktiviti yang berteraskan budaya, bahasa, dan nilai-nilai murni.
Dengan begitu banyak pelarasan daripada pembelajaran jarak jauh kembali kepada pembelajaran dalam kelas, kemungkinan besar terdapat ramai pelajar yang tidak dapat menyesuaikan diri. Jika anda, seperti kebanyakan ibu bapa lain pada masa ini, mendapati anak anda ketinggalan dalam mata pelajaran sekolah tertentu, menghadapi masalah dengan kerja rumahnya, atau mungkin cuma kurang disiplin untuk belajar, sudah tiba masanya untuk mempertimbangkan untuk mencari program pembelajaran selepas sekolah. Clever Education dapat memberi anda solusi yang bersesuaian untuk membantu si kecil dalam memahami pembelajaran mereka!
Clever Education ialah sebuah pusat tuisyen dan pusat jagaan harian yang dikhaskan untuk memastikan pelajar sekolah rendah berkembang maju dalam pendidikan, di samping memberi ibu bapa kelegaan apabila mengetahui anak-anak mereka dijaga dengan baik dan berkembang dengan baik dari segi akademik. Terletak di lot kedai yang luas di Damai Utama, Puchong, Pusat Pembelajaran Clever Education ini terletak berdekatan dengan beberapa sekolah seperti SJK(C) Bukit Serdang, SJK(C) Shin Cheng, SJK(C) Yak Chee, serta beberapa sekolah antarabangsa yang lain. Selain itu, perkhidmatan pengangkutan juga disediakan dan amat berguna untuk ibu bapa yang bekerja. Pusat ini menawarkan sesi sebelum persekolahan (bermula dari 9 pagi) dan juga sesi selepas persekolahan (sehingga 6 petang) untuk memenuhi semua jadual persekolahan.
Pusat Pembelajaran Flying Colours, Taman Muda, adalah pusat tuisyen dan jagaan harian yang dipercayai untuk pelajar berumur antara 7 dan 15 tahun. Dengan komitmen untuk menyampaikan pendidikan berkualiti, pusat ini menawarkan pelbagai kelas, termasuklah Bahasa Mandarin, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, penulisan esei dan bimbingan kerja rumah. Selain itu, perkhidmatan jagaan harian disediakan, lengkap dengan hidangan berkhasiat, untuk memastikan pengalaman pembelajaran yang menyeluruh untuk semua pelajar.
MRC JSP Bandar Sungai Long terbuka kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dari usia 7 hingga 12 tahun dan menawarkan program pengayaan yang holistik serta khidmat penjagaan selepas waktu sekolah. Di sini, semua keperluan mereka terurus termasuklah masa untuk mandi dan makan, dan mereka juga dibimbing untuk melakukan kerja rumah dan ulang kaji, supaya mereka dapat mengekalkan tahap akademik yang bagus. Pusat pengayaan ini terletak berhampiran SJKC Bandar Sungai Long. Kanak-kanak di sini bukan sahaja boleh belajar tetapi juga menjadi lebih berdikari dan memupuk rasa cinta terhadap ilmu melalui pendekatan ‘belajar sambil bermain, bermain sambil belajar’.
MRC JSP Batu Caves terbuka kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dari usia 7 hingga 12 tahun dan menawarkan program pengayaan yang holistik serta khidmat penjagaan selepas waktu sekolah. Di sini, semua keperluan mereka terurus termasuklah masa untuk mandi dan makan, dan mereka juga dibimbing untuk melakukan kerja rumah dan ulang kaji, supaya mereka dapat mengekalkan tahap akademik yang bagus. Pusat pengayaan ini terletak berhampiran SJKC Kheow Bin dan SJKC Min Choong. Kanak-kanak di sini bukan sahaja boleh belajar tetapi juga menjadi lebih berdikari dan memupuk rasa cinta terhadap ilmu melalui pendekatan ‘belajar sambil bermain, bermain sambil belajar’.
MRC JSP Bayu Perdana di Klang membekalkan suasana yang selesa, program pengayaan yang holistik serta khidmat penjagaan selepas waktu sekolah untuk pelajar-pelajar sekolah rendah berusia 7 hingga 12 tahun. Ia terletak berhampiran sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina termasuklah SJK(C) Hin Hua, SJKC Pandamaran A dan SJKC Pandamaran B – memudahkan ibubapa yang sibuk bekerja untuk menghantar anak-anak mereka ke pusat ini selepas waktu sekolah, di mana mereka dapat menghabiskan masa secara produktif. Pusat ini tidak sahaja bertumpukan akademik tetapi juga membantu kanak-kanak supaya lebih berdikari dan menerapkan rasa cinta terhadap ilmu melalui pendekatan ‘belajar sambil bermain, bermain sambil belajar’.
MRC JSP Desa Jaya, Kepong terbuka kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dari usia 7 hingga 12 tahun dan menawarkan program pengayaan yang holistik serta khidmat penjagaan selepas waktu sekolah. Di sini, semua keperluan mereka terurus termasuklah masa untuk mandi dan makan, dan mereka juga dibimbing untuk melakukan kerja rumah dan ulang kaji, supaya mereka dapat mengekalkan tahap akademik yang bagus. Pusat pengayaan ini terletak berhampiran SJKC Desa Jaya. Kanak-kanak di sini bukan sahaja boleh belajar tetapi juga menjadi lebih berdikari dan memupuk rasa cinta terhadap ilmu melalui pendekatan ‘belajar sambil bermain, bermain sambil belajar’.
MRC JSP Sri Rampai, Setapak terbuka kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dari usia 7 hingga 12 tahun dan menawarkan program pengayaan yang holistik serta khidmat penjagaan selepas waktu sekolah. Di sini, semua keperluan mereka terurus termasuklah masa untuk mandi dan makan, dan mereka juga dibimbing untuk melakukan kerja rumah dan ulang kaji, supaya mereka dapat mengekalkan tahap akademik yang cemerlang. Pusat pengayaan ini juga terletak berhampiran SJKC Wangsa Maju. Kanak-kanak di sini bukan sahaja boleh belajar tetapi juga menjadi lebih berdikari dan memupuk rasa cinta terhadap ilmu melalui pendekatan ‘belajar sambil bermain, bermain sambil belajar’.
MRC JSP SS2, PJ membekalkan program pengayaan yang holistik serta khidmat penjagaan selepas waktu sekolah untuk pelajar-pelajar sekolah rendah berusia 7 hingga 12 tahun. Ia terletak berhampiran sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina yang terkemuka, termasuklah SJKC Puay Chai, SJKC Chen Moh, dan SJKC Chun Hwa Damansara – memudahkan ibubapa yang sibuk bekerja untuk menghantar anak-anak mereka ke pusat ini selepas waktu sekolah, di mana mereka dapat menghabiskan masa secara produktif. Pusat ini tidak sahaja bertumpukan akademik tetapi juga membantu kanak-kanak supaya lebih berdikari dan menerapkan rasa cinta terhadap ilmu melalui pendekatan ‘belajar sambil bermain, bermain sambil belajar’.
Terletak di sebuah lot bangunan komersil yang luas, MRC JSP Sungai Dua, Penang membekalkan program pengayaan yang holistik serta khidmat penjagaan selepas waktu sekolah untuk pelajar-pelajar sekolah rendah berusia 7 hingga 12 tahun. Ia terletak berhampiran sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina termasuklah SJK(C) Kwang Hwa, SJK(C) Shih Chung, SJK(C) Keong Hoe, SJK(C) Chong Cheng, dan SJK(C) Aik Hua – memudahkan ibubapa yang sibuk bekerja untuk menghantar anak-anak mereka ke pusat ini selepas waktu sekolah, di mana mereka dapat menghabiskan masa secara produktif. Pusat ini tidak sahaja bertumpukan akademik tetapi juga membantu kanak-kanak supaya lebih berdikari dan menerapkan rasa cinta terhadap ilmu melalui pendekatan ‘belajar sambil bermain, bermain sambil belajar’.
MRC JSP Taman Mayang Jaya, PJ terbuka kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dari usia 7 hingga 12 tahun dan menawarkan program pengayaan yang holistik serta khidmat penjagaan selepas waktu sekolah. Di sini, semua keperluan mereka terurus termasuklah masa untuk mandi dan makan, dan mereka juga dibimbing untuk melakukan kerja rumah dan ulang kaji, supaya mereka dapat mengekalkan tahap akademik yang bagus. Pusat pengayaan ini juga terletak berhampiran SJKC Yuk Chai. Kanak-kanak di sini bukan sahaja boleh belajar tetapi juga menjadi lebih berdikari dan memupuk rasa cinta terhadap ilmu melalui pendekatan ‘belajar sambil bermain, bermain sambil belajar’.
MRC JSP Tanjung Tokong terbuka kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dari usia 7 hingga 12 tahun dan menawarkan program pengayaan yang holistik serta khidmat penjagaan selepas waktu sekolah. Di sini, semua keperluan mereka terurus termasuklah masa untuk mandi dan makan, dan mereka juga dibimbing untuk melakukan kerja rumah dan ulang kaji, supaya mereka dapat mengekalkan tahap akademik yang bagus. Pusat ini terletak di seberang jalan SJKC Perempuan China, SJKC Phoy Tay, dan SJKC Hun Bin. Kanak-kanak di sini bukan sahaja boleh belajar tetapi juga menjadi lebih berdikari dan memupuk rasa cinta terhadap ilmu melalui pendekatan ‘belajar sambil bermain, bermain sambil belajar’
Ditubuhkan pada 2021, Pusat Tuisyen & Jagaan MyGenius, Eco Sanctuary & Rimbayu, juga dikenali sebagai MyGenius Primary, merupakan salah satu penyedia perkhidmatan penjagaan selepas sekolah serta tuisyen terbaik untuk pelajar dari Sekolah Rendah Cina. Mata pelajaran teras yang ditutor di sini ialah Bahasa Mandarin, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Baru-baru ini, mata pelajaran Sejarah turut dimasukkan, memandangkan ia kini menjadi sebahagian daripada sukatan pelajaran sekolah rendah yang bermula dari Darjah 4. Kandungan pengajaran tuisyen bertepatan dengan sukatan pelajaran sekolah rendah Cina dan diajar dengan seiiring dengan pengajaran di sekolah. Matlamat utama kelas tuisyen ini adalah untuk memastikan pelajar memperoleh pemahaman penuh mata pelajaran sekolah mereka, dan seterusnya mempunyai rasa harga diri yang tinggi apabila mereka cemerlang di sekolah.
Pusat Tuisyen Ilmu Gemilang di Eco Majestic, Semenyih menawarkan program jagaan harian dan kelas tuisyen untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 17 tahun. Ianya diitubuhkan oleh Cik Amelinda Lee, yang merupakan bekas dekan di sebuah universiti. Pusat tuisyen ini menawarkan pelbagai program akademik yang unggul, termasuklah kelas persediaan untuk sekolah rendah, bantuan kerja rumah dan sesi ulang kaji untuk murid-murid sekolah rendah dan menengah, serta kelas tuisyen. Pusat ini menekankan perkembangan secara seimbang, dengan bilangan pelajar yang rendah dalam setiap bilik darjah, dan juga masa untuk bersantai dalam rutin harian. Ianya juga dibuka semasa cuti sekolah, menjadikannya pilihan yang tepat bagi ibubapa yang sibuk bekerja.
Laporan Kiddy123 mengenai prasekolah dan tadika di atas berdasarkan apa yang kami lihat dan diberitahu semasa lawatan kami. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk memastikan bahawa maklumat yang diberikan adalah sahih dan tepat, Kiddy123 Sdn Bhd. tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa jenis kerosakkan yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat dalam artikel ini. Cara yang terbaik untuk membuat keputusan mengenai prasekolah atau tadika yang sesuai untuk anak anda adalah dengan melawat sekolah-sekolah yang telah disenarai pendek.
Sekiranya anda berminat untuk mengiklankan prasekolah atau tadika anda yang hebat dengan ibu bapa di luar sana, sila hubungi kami.