by on 24/06/2024 881
Sorotan Utama |
|
Clever Education, Damai Utama, Puchong ialah sebuah pusat tuisyen dan pusat jagaan harian yang terkenal dengan visinya: memastikan murid-muridnya cemerlang dalam bidang akademik, dan juga memberi ketenangan kepada ibubapa bahawa anak-anak mereka dijaga dengan rapi sebelum atau selepas waktu sekolah. Pusat ini sebahagian daripada kumpulan Clever Education dan mengamalkan pendekatan yang holistik yang selaras dengan pembelajaran abad ke-21, di mana tumpuan diberikan terhadap memupuk kreativiti, kepimpinan, dan daya komunikasi dalam diri kanak-kanak.
Pusat ini terletak di sebuah lot kedai yang berdekatan dengan beberapa buah sekolah rendah seperti SJK (C) Bukit Serdang, SJK(C) Shin Cheng, SJK(C) Yak Chee, dan sekolah-sekolah antarabangsa. Servis pengangkutan ada tersedia, membekalkan satu lagi kemudahan untuk ibubapa.
Pusat ini menawarkan program sesi pagi (bermula jam 8 pagi) dan sesi petang (sehingga 6 petang), sesuai dengan jadual waktu sekolah yang berlainan.
Guru-guru di sini berbakat dalam menyampaikan pengajaran dan menguatkan pemahaman konsep utama dalam matapelajaran seperti Bahasa Melayu, Bahass Cina, Bahasa Inggeris, Matematik, dan Sains, supaya pelajar-pelajar dapat belajar dengan lebih yakin. Para pelajar akan belajar cara untuk menguasai bacaan, kemahiran mendengar, meulis, bertutur, berfikir, dan menyelesaikan masalah melalui kaedah-kaedah yang menarik dan efektif. Mereka tidak sahaja menghafal secara membuta tuli, tetapi melakukan aktiviti interaktif seperti kuiz dan sesi bercerita.
Kelas-kelas tuisyen berpandukan modul KSSR yang terkini, selaras dengan silibus sekolah kebangsaan.
Pusat-pusat Clever Education mengamalkan sistem bimbingan kerja rumah yang efektif bagi membantu pelajar-pelajarnya mencapai matlamat mereka. Guru-guru akan melakukan pemeriksaan untuk memastikan semua kerja rumah telah disiapkan dengan betul, dan mereka juga akan berkongsi strategi untuk membantu mereka menguruskan masa dan kerja rumah mereka dengan lebih cekap.
Meluangkan masa di pusat ini membantu pelajar-pelajarnya untuk menjadi lebih berdikari dan berdisiplin dari segi pengurusan masa dan juga rutin harian mereka. Selain diberikan makanan yang berkhasiat, kanak-kanak juga dapat bersosial dengan lebih baik menerusi interaksi dengan rakan-rakan sebaya mereka.
Selain sesi tuisyen dan bimbingan kerja rumah, Clever juga menawarkan kursus khas seperti kelas pengayaan bahasa untuk Mandarin dan Bahasa Melayu, bagi membantu kanak-kanak meningkatkan kemahiran membaca and menulis, dan juga kosa kata mereka. Tambahan lagi, pusat ini juga menganjurkan Kem Cuti Sekolah yang bertemakan topik-topik Sains dan kejuruteraan yang menarik, di mana kanak-kanak dapat menyertai pelbagai aktiviti hands-on yang menyeronokkan. Tidak melupakan kursus peperiksaan percubaan, yang direka khas untuk membantu para pelajar melakukan revisi topik-topik yang telah dipelajari sepanjang tema persekolahan, sebelum mereka menduduki peperiksaan sebenar akhir tahun.
Sebagai francais jenama Clever, guru-guru di sini menerima latihan berterusan yang komprehensif bagi memastikan mereka dikemas kini tentang silibus pendidikan yang terbaru, dan juga cara-cara untuk mengajar yang lebih efektif. Mereka dibimbing untuk memahami pemikiran kanak-kanak secara lebih mendalam, dan mempraktikkan ciri-ciri kesabaran dan kasih sayang sepanjang pengalaman mengajar mereka, untuk memupuk rasa cinta terhadap ilmu dalam diri kanak-kanak yang dididik.
Aspek lain yang menjadikan pusat Clever pusat pendidikan yang berjaya adalah persekitarannya yang mantap. Para pelajar akan berasa selamat, minda mereka akan dirangsang, dan mereka akan ada motivasi untuk belajar, tidak mengira tahap dan kemampuan.
Semua pelajar dialu-alukan di sini dan akan diberikan sokongan yang perlu untuk membantu mereka mencapai matlamat mereka. Di sini mereka tidak hanya meluangkan masa untuk belajar sahaja, tetapi juga diberikan ruang untuk beristirehat, dengan kemudahan-kemudahan seperti sudut membaca dan ruang permainan.