on 18/12/2024 16
Sorotan Utama |
|
MRC JSP merupakan program pengayaan yang direka khas untuk murid-murid sekolah rendah berusia 7 hingga 12 tahun (Darjah 1 hingga 6), berdasarkan rangka Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
Program MRC JSP membantu kanak-kanak mencapai kecemerlangan akademik dan berkembang secara holistik melalui kaedah pengajaran yang inovatif serta aktiviti yang menjadikan proses pembelajaran mereka lebih menarik dan efektif. Program ini sesuai untuk ibubapa yang ingin menyokong pelajaran anak-anak mereka di samping memupuk nilai-nilai seperti kreativiti, keperibadian, dan kemahiran hidup.
Kurikulum di MRC JSP direka berdasarkan kaedah kumpulan MRC yang terbukti berkesan dan menjadikan proses pembelajaran sesuatu yang menyeronokkan.
Subjek teras seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Mandarin, Matematik dan Sains diajar menggunakan teknik meningkatkan ingatan seperti Super Memory Maps (SMM™) dan 9 Kecerdasan Pelbagai. Teknik serta alat-alatan ini memudahkan topik yang kompleks, jadi murid-murid lebih mudah untuk memahami, mengingati, dan mengaplikasikan konsep-konsep yang dipelajari.
Murid-murid juga mungkin memerlukan bantuan mengulangkaji, oleh sebab itu, pusat ini juga menawarkan bimbingan kerja rumah. Tambahan lagi, pusat ini menyediakan lebih 140 set kertas ujian dari sekolah-sekolah di sekitar Malaysia, bagi membantu murid-murid bersiap sedia untuk peperiksaan di sekolah masing-masing.
Kecemerlangan akademik hanyalah salah satu aspek di MRC JSP. Program di sini juga melibatkan aktiviti-aktiviti yang meningkatkan kreativiti, kerjasama, dan kepimpinan murid-murid, seperti drama, pidato, dan projek berkumpulan.
Salah satu tunjang program ini adalah pendidikan keperibadian. Melalui kelas moral dan aktiviti seperti JSP™ Character Education 12 Levels, yang direka khas untuk memupuk nilai-nilai seperti empati, hormat-menghormati dan rasa tanggungjawab, murid-murid mempunyai asas etika yang kukuh yang akan membantu mereka dalam kehidupan seharian.
Pusat-pusat MRC JSP dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang menyokong pembelajaran secara aktif, termasuklah bilik-bilik darjah yang terang dan luas. Bagi ibubapa yang sibuk bekerja, pusat-pusat MRC JSP juga menawarkan khidmat penjagaan selepas waktu sekolah. Perkhidmatan ini merangkumi makanan tengah hari, masa untuk mandi, bimbingan kerja sekolah, aktiviti pengayaan yang berstruktur, dan masa beriistirehat.
Di MRC JSP, penglibatan ibubapa dilihat sebagai salah satu aspek penting dalam kejayaan kanak-kanak. Ibubapa dikemas kini melalui laporan supaya mereka dapat tahu perkembangan anak-anak mereka. Berdasarkan kemajuan mereka, murid-murid juga akan menerima bimbingan peribadi dari guru-guru di sini supaya mereka dapat meningkatkan lagi prestasi mereka.
MRC JSP membekalkan pengalaman pendidikan yang komprehensif yang menyediakan kanak-kanak untuk kejayaan dari segi akademik mahupun secara keseluruhan. Dengan menggabungkan pembelajaran yang berstruktur, teknik pengajaran yang inovatif serta pengayaan yang holistik, program ini menyediakan murid-murid dengan kemahiran yang perlu untuk berjaya dalam dunia moden.
Untuk ibubapa pula, MRC JSP memberi mereka ketenangan kerana anak-anak mereka dijaga rapi dalam persekitaran yang menyokong, selamat, dan selesa. Sama ada murid-murid cemerlang dalam peperiksaan, mempunyai nilai-nilai moral yang kuat, mahupun membina keyakinan dalam scenario sosial, MRC JSP membina asas yang kukuh untuk kejayaan masa hadapan.