by on 07/06/2024 179
Sorotan Utama |
|
Pusat Tuisyen Ilmu Gemilang ialah sebuah pusat jagaan harian dan pusat tuisyen yang membekalkan sokongan pendidikan dan jagaan yang komprehensif untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 17 tahun.
Terletak di tengah-tengah Eco Majestic, sebuah kawasan perumahan yang ekslusif di Semenyih, pusat jagaan ini dilengkapi dengan segala kemudahan yang sesuai untuk memenuhi keperluan orang ramai di kawasan ini, yamg meliputi pendekatan yang seimbang terhadap perkembangan dan jagaan kanak-kanak.
Pusat Tuisyen Ilmu Gemilang terbuka kepada kanak-kanak dari pelbagai latarbelakang, tahap pendidikan, dan kurikula yang berlainan, termasuklah tahap prasekolah, pendidikan rendah (SK & SJKC), dan pendidikan menengah (SMK & IGSCE). Ia bukan sahaja sebuah pusat tuisyen, tetapi juga membekalkan suasana harian yang selesa dan menerapkan rutin harian yang merangkumi makan tengah hari, masa untuk mandi, dan sesi bimbingan kerja rumah.
Pusat ini beroperasi dari jam 8 pagi hingga 10 malam setiap hari, kecuali cuti am dan hujung minggu. Ibubapa boleh pasti bahawa anak-anak mereka dijaga dengan rapi semasa mereka berada di sini.
Kanak-kanak dapat menikmati diet yang seimbang kerana mereka diberi makanan yang berkhasiat yang dimasak di premis setiap hari, dengan sekurang-kurangnya satu masakan sayur dan satu masakan protein. Khidmat pengangkutan juga tersedia bagi memastikan kanak-kanak sampai di sekolah atau pusat jagaan ini dengan selamat.
Ibubapa dikemas kini tentang rutin harian anak-anak mereka melalui applikasi Taidii, sebuah sistem pengurusan hal ehwal persekolahan yang telah memenangi anugerah dari Singapura. Menerusi applikasi ini, ibubapa boleh memantau masa anak-anak mereka tiba dan berangkat dari pusat jagaan ini.
Selain mengurus makan minum kanak-kanak, sesi tuisyen dan bimbingan kerja rumah turut diintegrasikan ke dalam rutin harian mereka. Kelas tuisyen berlangsung selama 1.5 jam, ditambah lagi dengan revisi selama sejam untuk mengimbas kembali topik-topik yang telah dipelajari mereka di sekolah.
Untuk kanak-kanak berusia 5 dan 6 tahun, pusat ini menawarkan kelas persediaan untuk membantu kanak-kanak meningkatkan kemahiran Bahasa Mandarin mereka, terutamanya bagi pelajar yang ingin beralih dari prasekolah Bahasa Inggeris ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.
"Penguasaan Bahasa Mandarin sangat penting untuk kanak-kanak yang ingin menyertai SJKC kerana kebanyakan subjek diajar dalam bahasa tersebut, termasuklah Sains dan Matematik," kata pengasas Pusat Tuisyen Ilmu Gemilang, Cik Amelinda Lee.
"Kelas persediaan kami direka khas untuk mewujudkan suasana yang kaya bahasa, di mana kanak-kanak tidak sahaja belajar tentang asas bahasa tersebutseperti penulisan strok, pembinaan ayat, dan pemahaman bahasa, , tetapi juga kemahiran-kemahiran yang lain seperti cara berkomunikasi dan kemahiran mendengar," tambah beliau.
Untuk kanak-kanak yang lebih besar pula, pusat ini menawarkan semua matapelajaran yang tertakluk dalam silibus kebangsaan, termasuklah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, dan lain-lain lagi. Guru-guru di sini semuanya sekurang-kurangnya mempunyai kelayakan diploma dalam jurusan masing-masing, manakala guru-guru yang lain pula merupakan berkas guru sekolah yang mempunyai pengetahuan luas mengenai silibus kebangsaan.
Cik Lee sendiri merupakan seorang pendidik dan pensyarah yang berpengalaman, dengan ijazah PhD dalam Pendidikan Sains. Cik Lee sebelumnya seorang dekan fakulti di sebuah universiti yang terkemuka, dan beliau juga pernah mengarang buku-buku dan kursus-kursus untuk matapelajaran seperti Matematik dan Kimia. Bahan-bahan karangannya digunakan sebagai bahan rujukan dan lathian di pusat tuisyen ini.
Bagi ibu bapa kanak-kanak berkeperluan khas seperti disleksia dan autisme ringan, Cik Lee berkongsi bahawa mereka telah berjaya menyepadukan pelajar disleksia kembali ke dalam rutin sekolah biasa, berkat modul khusus yang direka untuk menangani cabaran membaca dan menulis. Pendekatan inklusif ini disokong oleh kerjasama rapat dengan ibu bapa, mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyokong yang disesuaikan dengan keperluan kanak-kanak.
Istilah 'tuisyen' seringkali menimbulkan imej pelajar-pelajar yang tekun membaca buku dan membuat latihan, tetapi Cik Lee percaya bahawa pendekatan yang holistik dan positif jauh lebih berkesan. Nisbah guru ke pelajar, serta bilangan pelajar dalam kelas, dikekalkan pada bilangan tidak melebihi 15 pelajar untuk setiap sesi.
"Tumpuan kami adalah untuk membina asas yang kukuh dan memastikan pelajar-pelajar kami mempunyai pengetahuan yang secukupnya dalam setiap matapelajaran yang dipelajari. Kami tidak mahu mereka hanya menghafal sesuatu. Dalam kelas berkumpulan, kami juga meluangkan masa untuk membuat bimbingan satu persatu dengan kanak-kanak yang lemah atau memerlukan bantuan tambahan dalam subjek tertentu," jelas beliau.
Masa diatur supaya kanak-kanak dapat beristirehat dan bermain. Pihak pusat ini sedang dalam perancangan untuk membina sebuah sudut bacaan dan tempat di mana pelajar-pelajar boleh bermain permainan "board game" atau aktiviti-aktiviti seni dan kraf.
Untuk ibubapa yang sedang mencari perkhidmatan jagaan dan tuisyen yang sama di kawasan Bangi, Pusat Tuisyen Ceria Hati yang juga milik Cik Lee, menawarkan khidmat berkualiti yang sama di kawasan tersebut. Kedua-dua pusat ini juga beroperasi semasa cuti sekolah bagi memudahkan ibubapa yang bekerja.