by on 14/01/2022 1350
Sorotan utama: |
|
Berlokasi di zon Selatan Malaysia, iaitu Johor, Tadika Rainbow boleh dilihat sebagai jawapan kepada dilema ibu bapa yang sedang mencari tempat untuk menghantar anak-anak mereka untuk mendapat pendidikan tadika yang akan membawa perubahan dalam kehidupan mereka. Ia diasaskan oleh Datin Maureen Jafrey 32 tahun lalu, di mana dari dulu sampai sekarang ia masih berdiri bangga sebagai tadika yang diminati oleh keluarga-keluarga di Johor.
Antara fakta menarik tentang Tadika Rainbow adalah kenyataan bahawa ia merupakan satu-satunya cawangan milik jenamanya, tanpa sebarang cawangan lain. “Saya telah membuat keputusan dari dulu lagi supaya tidak membuka mana-mana rangkaian lain, lalu berusaha untuk memberikan segala tumpuan saya kepada lokasi tunggal saya ini. Saya berhasrat untuk mengendalikan hanya satu, dan mengendalikannya dengan baik. Saya berasa gembira dapat menawarkan pendidikan tadika berkualiti yang akan memberi manfaat kepada kanak-kanak dan menyediakan mereka untuk kemasukan ke sekolah rendah,” dedah Datin Maureen kepada Kiddy123, sambil menambah bahawa beliau tidak ingin hilang kawalan ke atas kualiti pendidikan melalui pembukaan cawangan lain, walaupun di sekitar Johor sahaja.
Datin Maureen sebenarnya berasal dari latar belakang kejururawatan, di mana beliau juga mempunyai pengalaman dalam menangani isu-isu emosi sosial di kalangan kanak-kanak. Beliau telah melahirkan anak sulungnya di Eropah, iaitu di UK. Berikutan itu, beliau membantu dalam pengendalian taska universiti tempat anaknya menghabiskan masanya, dan mula menyukai cara pendidikan awal dilaksanakan di sana. Apabila kembali ke Malaysia, Datin Maureen telah melahirkan dua lagi cahaya mata. Apabila tiba masanya untuk mereka bersekolah, beliau mula menyedari bahawa sistem pendidikan di negara kita tidak memenuhi keinginannya, walaupun di peringkat tadika lagi. Beliau pun berazam untuk memulakan sesuatu perubahan, bukan hanya untuk anak beliau sendiri, tetapi untuk anak-anak dalam komuniti beliau sekali.
Idea saya berkenaan jenis pendidikan awal yang paling baik ialah jenis tematik dan praktikal. Oleh itu, saya pun berangkat ke Singapura untuk mengambil kursus di Pat’s Schoolhouse milik Patricia Koh. Patricia umpama permata dalam hidup saya di mana beliau telah membantu saya dalam pelbagai cara. Semasa menubuhkan sekolah saya, beliau juga banyak membantu guru saya; bukan mudah untuk menafsirkan apa yang sedang saya fikirkan pada masa itu, dan apa yang saya ingin lakukan supaya merealisasikan visi saya dari segi program untuk sekolah saya.
"Jika di UK, pada masa , terdapat bahan-bahan pembelajaran seperti buku bacaan Letterland serta Sunshine yang digunakan di para taska dan tadika, namun di sini, saya tidak mempunyai apa-apa untuk meneruskan usaha saya. Oleh itu, saya telah menghubungi Sunshine Reading Books kerana saya juga ingin tahu bagaimana saya boleh mengajar guru saya tentang bacaan berpandu (guided reading), dan bacaan bersama (shared reading), dan sebagainya,” katanya. “Bayangkan betapa terkejutnya apabila saya serta empat orang guru dijemput ke Auckland, New Zealand untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut!”
Selain dilengkapi dengan banyak bahan pengajaran, wakil Sunshine telah juga datang ke Malaysia untuk melihat perkembangan Datin Maureen menggunakan bahan-bahan pengajaran tersebut di tadikanya. Guru-gurunya pula seperti diilhamkan untuk melakukan yang terbaik dalam tugas mengajar dan membentuk minda muda.
Satu lagi kursus yang diambil oleh Datin Maureen adalah berkaitan dengan Kinesiologi, yang turut membantu beliau mengenal pasti jika terdapat isu pembelajaran di kalangan kanak-kanak. Nyata sekali ia sesuatu yang dihargai sebagai penyedia pendidikan tadika.
Sebagai salah satu tadika yang terkemuka di Johor Bahru, sistem pengajaran di Tadika Rainbow agak unik, di mana para pelajar tidak mengangkut buku-buku nota seperti yang dipraktikkan oleh kebanyakan tadika lain di Malaysia. Di Tadika Rainbow, guru akan merancang program mingguan yang selaras dengan tema tertentu. Pendekatan tematik dalam pengajaran inilah yang menjadikannya amat berkesan. Lebih kurang empat tema yang seronok dan berbeza akan diadakan secara bergilir dalam setahun, seperti dinosaur, roket, tumbuhan, serangga, lautan, dan sebagainya.
“Guru tadika juga akan mengaturkan program mingguan dengan pelbagai jenis aktiviti, dan mengaitkannya dengan, contohnya, sesuatu permainan, untuk mengukuhkan kemahiran yang dipelajari. Matlamatnya adalah supaya kanak-kanak dapat belajar mengikut cara yang sepatutnya untuk umur mereka, iaitu melalui permainan, penerokaan, penyiasatan dan penemuan. Datin Maureen sentiasa yakin dengan kaedahnya dan berdasarkan ulasan daripada ibu bapa kepada kanak-kanak yang menghadiri tadikanya, dia sememangnya berada di arah yang betul dalam menyediakan kanak-kanak jenis pendidikan awal yang patut mereka menerima!
Walaupun tiada kerja rumah atau buku kerja mahupun tugasan kerja untuk disiapkan, Tadika Rainbow menjalankan persidangan Ibu Bapa-Guru selepas setiap tempoh tematik di mana penilaian dilakukan untuk menentukan kemajuan pelajar-pelajar.
Berlainan dengan kebanyakan tadika lain, di Tadika Rainbow, ibu bapa sama sekali tidak dilarang untuk bersua dengan anak mereka, atau pun untuk memeriksa keadaan anak mereka pada bila-bila masa. "Bagaimanapun, saya akan sentiasa menasihati ibu bapa yang ingin berbuat demikian untuk masuk ke dalam bilik darjah supaya berada bersama anak mereka, dan usahlah berlegar di tingkap, kerana perbuatan itu mungkin akan mengganggu perhatian pelajar-pelajar yang lain juga," katanya sambil ketawa kecil. Pada pandangan kami, jika ibu bapa diberi kebebasan untuk berjumpa atau memeriksa keadaan anak-anak mereka sesuka hati mereka, ia bermaksud bahawa Datin Maureen seorang yang tahu apa yang dilakukannya, dan dia melakukannya dengan baik, sambil dibantu oleh pasukan pendidiknya yang berdedikasi.
Tadika ini telah lama berkhidmat untuk masyarakat dan sehingga hari ini ia terus menyediakan pendidikan berkualiti tinggi untuk kanak-kanak sebagai penyiapan untuk persekolahan mereka. Kiddy123 mendoakan yang terbaik bagi Datin Maureen dan pasukannya untuk masa yang akan datang.