by on 07/12/2022 613
Sorotan utama: |
|
Kanak-kanak kecil yang boleh membaca, dan juga suka membaca, pasti dapat menikmati dengan lebih lagi kehidupan masing-masing, bukan? Bagaimanapun, seperti yang telah disedari oleh ramai ibu bapa, membaca adalah kemahiran yang tidak patut dipandang remeh. Amatlah kecil hati apabila kita berusaha untuk mengajar anak membaca namun tidak berjaya. Kiddy123 sempat bertemu bual dengan dua daripada empat pemegang lesen I Can Read (Puchong), iaitu Cik Vicky dan Cik Yikyu, untuk mengetahui beberapa fakta penting tentang kepentingan membaca dalam kalangan kanak-kanak. Hasilnya, kami juga telah difahamkan tentang kejayaan pusat itu dan cara unik kanak-kanak dilatih membaca dan menulis dalam bahasa Inggeris.
Sistem I Can Read dicipta oleh Pakar Psikologi pendidikan Antony Earnshaw dan Annabel Seargeant. Ia telah digunakan dengan jayanya untuk mengajar kanak-kanak mengenal pasti bunyi tertentu melalui tanda atau kod-kod proprietari. Kod-kod tersebut, secara amnya mudah digunakan dan diingati, di mana ia amat berkesan untuk kanak-kanak yang sedang belajar membaca. Dalam kebanyakan kes, kanak-kanak akan dapat membaca dengan sendiri dalam masa yang sangat singkat. Selain itu, kelasnya menyeronokkan, interaktif dan tidak membosankan.
Kebanyakan ibu bapa pasti setuju bahawa mengajar anak kecil membaca dan menulis dalam bahasa Inggeris bukanlah satu perkara yang mudah. Cik Yikyu mengesahkan hal ini dengan berkata, "Bahasa Inggeris boleh menjadi agak rumit, di mana sesuatu huruf mungkin mempunyai bunyi yang berbeza-beza. Selalunya, lebih panjang perkataan itu, lebih banyaklah kekeliruan yang timbul bagi mereka yang tidak biasa dengan sebutannya. Lagipun, dengan bahasa Inggeris, apa yang kita lihat tidak semestinya berpadan dengan bunyinya!”
Dan itu hanya satu aspek daripadanya. Selama berdekad-dekad, guru, profesor dan pakar-pakar lain telah cuba menghasilkan kaedah-kaedah yang mudah untuk mengajar individu yang bukan pembaca bahasa Inggeris untuk menguasai bahasa tersebut, dan membaca dengan lancar.
Setelah ditubuhkan di Australia kira-kira 22 tahun yang lalu, I Can Read telah berkembang menjadi program bahasa Inggeris terkemuka untuk kanak-kanak di Singapura, dan kini permintaannya semakin meningkat di Malaysia. Cik Vicky, yang menetap di Singapura, tertarik dengan program itu selepas menghantar dua orang anaknya ke sana. Kegembiraan dan sentimen ini turut dikongsi oleh beberapa rakannya yang mempunyai pengalaman yang serupa, dan lama-kelamaan, mereka berusaha untuk membuka pusat mereka sendiri di Puchong, dengan harapan dapat membantu keluarga-keluarga di sekitar kawasan itu.
Jadi, apakah sebenarnya pusat bahasa Inggeris yang terkenal ini yang menjadikannya begitu istimewa?
Sebelum kita beralih ke sana, perlu diingat bahawa membelajar membaca dan menulis dalam bahasa Inggeris tidak sama dengan mempelajari bahasa Malaysia. Cik Vicky berkongsi pendapatnya dengan kami tentang perkara itu, “Dengan BM, apa yang anda lihat, begitulah bunyinya. Oleh itu, segala jenis sebutan dalam BM menjadi lebih mudah,” tambahnya. Baiklah, kita pun tahu bahawa apa yang disampaikan itu memang betul, bukan? Dalam BM, bagaimana sesuatu perkataan itu dieja, begitulah bunyi sebutannya.
Sebaliknya, dalam bahasa Inggeris, sesuatu huruf tidak semestinya menghasilkan bunyi yang sama dari satu perkataan ke perkataan yang lain. Huruf "a" dalam perkataan "car" contohnya, berbunyi lain jika dibandingkan dengan "a" dalam "cat". Selain itu, terdapat banyak huruf berlebihan yang langsung tidak menyumbang kepada bunyi sesuatu perkataan, seperti huruf “k” dalam perkataan “know”. Isu-isu seperti ini dan banyak lagi mampu menyukarkan pembelajaran membaca dan menulis dalam bahasa Inggeris dan menjadikannya lebih mencabar!
Dan, seperti yang diterangkan oleh Cik Vicky, pelbagai jenis langkah yang lazim mungkin digunakan semasa mengajar pelajar-pelajar muda membaca dalam bahasa Inggeris. “Menghafal bunyi huruf dan kumpulan huruf merupakan perkara biasa, walaupun ia jarang membuahkan hasil yang baik. Membaca mengikut pandangan, atau sight-reading, adalah lagi satu kaedah yang digunakan secara meluas, dan pada asasnya, ia memerlukan kanak-kanak menghafal perkataan-perkataan baru secara keseluruhan,” kongsinya.
“Di I Can Read, anda akan mendapati bahawa kami menggunakan sejenis sistem pengekodan yang seakan (namun tidak sama) dengan sistem Aplikasi Fonik Antarabangsa (IPS) untuk memastikan para anak murid kami yang muda dapat belajar membaca dan menulis dalam bahasa Inggeris,” kata Cik Yikyu, sambil menambah bahawa penghafalan tidak diperlukan semasa pembelajaran. Sebaliknya, yang diperlukan hanyalah pembiasaan diri.
Keluarga yang anak mereka memerlukan bantuan dalam kemahiran membaca tidak perlu memandang jauh daripada I Can Read. Tanpa pembelajaran hafalan atau latihan tubi berulang, pelajaran yang ditawarkan amat menyeronokkan dan menceriakan, dengan jaminan untuk menghasilkan pembaca yang yakin lagi berdikari. Zaman kanak-kanak telah menjadi era yang digemari dengan I Can Read!
Walaupun kesedaran fonik kian meningkat di kalangan ibu bapa, ia masih tidak mampu menghasilkan kesan yang diingini terhadap pembelajaran anak-anak mereka, kerana mereka sendiri perlu menghafal semua prinsip fonik yang agak menyulitkan itu. Sebaliknya, kanak-kanak hanya perlu melatih diri dengan kod-kod khas program I Can Read ini, dan mereka pasti akan menuju ke arah menjadi pembaca yang lebih yakin serta fasih!