by on 16/12/2021 955
Sorotan Utama |
|
Berdiri bangga sebagai salah satu cawangan tadika yang terkenal di negara, Big Apple Kinta RiverFront telah menikmati pujian daripada ibu bapa yang berpuas hati dengan anak-anak mereka yang bersekolah ke sini. Pasukan gurunya bersemangat, dan juga, tadika tersebut telah mengalami penambahbaikan dan juga beberapa ciri-ciri baru, yang menjadikannya tajuk perbualan ramai di Ipoh.
Sudah tentunya bagi sebuah pertubuhan pendidikan awal, pendekatan pengajarannya yang akan menentukan sama ada ia berjaya atau tidak dalam memupuk minda muda. Di sini, pendekatan pengajaran itu adalah tumpuan supaya setiap pelajar dapat memahami dengan sepenuhnya segala yang sedang diajar. Para pelajar dibimbing dengan menggunakan tema tertentu untuk mengajar mereka satu atau lebih konsep pelajaran. Kaedah ini menghasilkan pelajaran yang lebih memikat hati minda muda, dan lebih-lebih lagi, mereka dapat mengaitkan antara mata-mata pelajaran yang dipelajari.
Dunia di sekeliling kita sedang mengalami perubahan yang pesat, dan pendidikan untuk golongan muda perlu mengikutinya. Terdapat begitu banyak potensi untuk masa depan anak-anak muda ini, dan peningkatan terkini di Big Apple Kinta Riverfront cukup menyerlah di mana tadika ini dapat melaksanakan yang terbaik demi kejayaan pembelajaran pelajar mereka.
Antara tambahan yang ketara di Big Apple ialah Program Young Speakers (atau Penceramah Muda), yang mengajar dan menggalakkan kanak-kanak untuk menyuarakan diri masing-masing dengan yakin. Program ini pada keseluruhannya juga membimbing mereka tentang postur tubuh yang betul, dan juga daya suara dan ucapan kepimpinan, yang kesemuanya merupakan kualiti penting untuk mencapai kecemerlangan di masa hadapan!
Kursus Cambridge English Young Learners (atau kursus Pelajar Muda Bahasa Inggeris Cambridge) adalah satu lagi peningkatan yang sangat bermanfaat di tadika Big Apple. Ia adalah kursus yang terkenal di peringkat antarabangsa dan memiliki sijil ini sudah pasti akan membantu masa depan kanak-kanak, sama ada untuk melanjutkan pelajaran atau untuk memohon pekerjaan yang mereka inginkan. Semuanya bermula di sini, sekarang, di tadika Big Apple!
Sambil memanfaatkan kebolehan kreatif semula jadi kanak-kanak, tadika Big Apple Kinta Riverfront, Ipoh ini juga menawarkan satu lagi peningkatan, iaitu Art Studio, (atau Studio Seni) yang direka khas. Dengan silabus seni terkini yang ditawarkan, kanak-kanak akan mendapat inspirasi untuk menonjolkan kebolehan seni dan kreativiti masing-masing, dan juga bakat semulajadi mereka
Selagi terdengar nama tadika Big Apple di mana-mana sahaja di Malaysia, pasti akan kedengaran juga tentang segala fasiliti mereka, kerana ia adalah antara yang terbaik dalam industri pendidikan awal di negara kita ini.
Big Apple Kinta Riverfront tidak terkecuali, dan berkat fasiliti milik tadika ini, pelajar di sini didedahkan kepada beberapa aktiviti dan pengalaman terbaik.
Pelbagai aktiviti yang disediakan untuk para pelajar, di antaranya ialah aktiviti deria melalui Sand Play dalam parit pasir yang dibina khas untuk mereka; Water Play di kolam komuniti di mana mereka boleh mengasah keseimbangan, kekuatan dan koordinasi mereka; dan aktiviti berkebun di mana mereka dapat merasai keajaiban alam semula jadi dan botani semasa mereka menanam, menarik rumpun, mencungkil, dan lain-lain lagi.
Taman Permainan di Big Apple Kinta Riverfront menawarkan keseronokan untuk kanak-kanak, di mana mereka boleh berlari, memanjat, berayun, dan sebagainya, dalam persekitaran yang selamat dan terjamin, yang direka khusus untuk faedah fizikal dan sosial-emosi mereka.
Street Chalk ialah pengalaman unik yang dapat dinikmati oleh pelajar-pelajar di Big Apple, kerana mereka dapat mengekspresikan daya kesenian mereka dan juga dapat rasa seperti artis jalanan, yang sedang mencipta mural mereka sendiri di luar sana!
OKemudahan-kemudahan lain yang canggih termasuk Bilik Muzik yang mempunyai ciri-ciri terkini, yang dibina khas untuk membolehkan kanak-kanak mengambil bahagian dan mencuba pelbagai jenis elemen muzik dan membina bakat muzik mereka; Perpustakaan Big Apple pula dibina khusus untuk kanak-kanak, dengan rak bukunya yang berbentuk seperti pokok, di mana kanak-kanak suka sangat menghabiskan masa. Bilik E-Pembelajaran adalah tempat di mana minda muda akan didedahkan kepada pemahaman dan konsep yang lebih futuristik dengan penggunaan skrin dalam pembelajaran.
The Little Kitchen, iaitu dapur yang direka khusus untuk kanak-kanak, membolehkan mereka menikmati pengalaman masakan yang sesuai dengan umur mereka. Di sini, mereka dapat memasak, merasa makanan, dan belajar tentang keselamatan di dapur, dan juga tentang penyediaan makanan pada usia yang muda. Seterusnya, apabila mereka berada di Kantin, mereka peluang untuk mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran mereka, mempraktikkan semua yang telah mereka pelajari tentang pemakanan yang sihat dan pilihan makanan.
Platform pembelajaran GURUPANDA yang agak baru yang dianjurkan oleh tadika Big Apple telah menjadi sumber yang tidak ternilai untuk para pelajar serta ibu bapa mereka, dan sudah pasti para guru juga! Platform dalam talian ini telah melancarkan komunikasi dan hubungan antara kanak-kanak/guru/ibu bapa, dan seperti yang boleh dibayangkan, ia telah berjaya menyelesaikan banyak isu berkaitan pembelajaran dan pengajaran di tadika secara fizikal serta dalam talian, terutamanya semasa penularan wabak Covid-19.
Ia menampilkan pelbagai kandungan berfaedah bagi subjek-subjek yang berbeza, dan juga topik prasekolah komprehensif yang mematuhi kurikulum kebangsaan kita. Melalui GURUPANDA, kanak-kanak dapat menikmati bahan pendidikan yang dibawakan kepada mereka melalui video-video menarik menggunakan watak kartun, cerita-cerita dan teka-teki. Mereka juga boleh mengambil bahagian dalam pelbagai jenis kuiz interaktif dan beranimasi. Semuanya memainkan peranan dalam membantu mereka memberikan tumpuan yang lebih mendalam, dan juga supaya mereka mendapat lebih banyak manfaat daripada pelajaran. GURUPANDA adalah mesra pengguna dan mudah diakses untuk kanak-kanak, ibu bapa dan juga para guru.
Sebagai rangkaian tadika yang telah wujud selama kira-kira 20 tahun, Big Apple terus menawarkan pendidikan berkualiti premium sambil memenuhi keperluan pembesaran dan perkembangan kanak-kanak sambil menyediakan mereka untuk pengalaman persekolahan yang akan datang.