by on 16/12/2021 1161
Sorotan Utama |
|
Sebagai sebuah cawangan tadika yang digemari ramai dan terkenal di Malaysia, The Big Apple First Garden, Ipoh berusaha untuk menyediakan pelajarnya supaya menjadi pengubah dunia kelak. Mungkin kenyataan itu seolah-olah kedengaran seperti melebih-lebih, namun hakikatnya, apabila anak-anak suka menghadiri tadika dan suka belajar, maka kesimpulannya, masa depan mereka adalah cerah. Bagi para pelajar Big Apple First Garden, gemar ke tadika setiap hari, dan jika tadika dibuka pada hujung minggu, mereka mungkin mahu hadir juga!
Apakah sebabnya Big Apple First Garden begitu popular dalam kalangan keluarga di Ipoh? Pertama sekali, pendekatan pengajarannya benar-benar relevan dengan keperluan pendidikan awal zaman moden ini. Ia terkini, berteknologi tinggi, dan juga mampu menambahkan elemen keseronokan kepada pembelajaran. Guru-guru Big Apple sentiasa bersikap profesional dan cenderung untuk meningkatkan kemahiran mengajar mereka sambil mempraktikkan kaedah pengajaran baru dari masa ke semasa.
Untuk si-kecil berumur 18 bulan hingga 3 tahun, Big Apple menawarkan asas kukuh yang diperlukan sebagai persediaan untuk perjalanan pendidikan yang menyeronokkan melalui kaedah bermain dan juga praktikal. Mata-mata pelajaran teras bagi kumpulan umur ini ialah Bahasa Inggeris, Fonik, Mandarin, Bahasa Melayu, Pemerhatian Sains (Science Observation), dan Nombor.
Pelajar-pelajar yang berumur 4-6 tahun pula akan terus mengukuhkan pemahaman mereka tentang Bahasa Inggeris, Fonik, Matematik, Mandarin dan Bahasa Melayu.
Mereka juga digalakkan untuk lebih berdikari, di samping dibimbing dalam cara-cara penyelesaian masalah sambil belajar, bukan sahaja supaya cemerlang dari segi akademik, tetapi juga untuk menjadi warganegara yang lebih baik dengan sifat-sifat yang disenangi.
Big Apple terkenal dengan sukatan pelajarannya, serta buku-buku terbitannya sendiri mengikut Standard Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Sukatan pelajaran tersebut agak menonjol, dan ia memastikan pembelajaran menjangkau ke luar bilik darjah. Program=programnya yang cemerlang, bersama-sama dengan kemudahan yang luar biasa telah menjadikan pembelajaran di sini begitu menyeronokkan.
Mungkin di luar jangkaan bahawa sebuah tadika boleh menawarkan program-program yang begitu mantap pelajar-pelajarnya, namun Big Apple membuktikan bahawa ia benar-benar layak menerima semua pujian yang diperolehnya. Rangkaian programnya amat bernilai untuk pembangunan minda dan fizikal kanak-kanak. Train Your Skill, (atau Latih Kemahiran Anda) sebagai contoh, membolehkan kanak-kanak semuda 18 bulan berlatih dan menguasai kemahiran seperti berjalan, memegang, bertepuk tangan, dan lain-lain, dan, apabila mereka meningkat dewasa, kemahiran hidup yang lebih maju akan diasah.
Satu lagi program yang tidak ternilai antara banyak lagi adalah yang bernama Junior Speaker (atau Penceramah Muda), yang membimbing kanak-kanak untuk bersuara dengan tenang, namun yakin. Mereka akan belajar untuk mengekspresikan diri mereka dengan baik, dan juga teknik untuk menonjolkan suara mereka dengan baik supaya menarik perhatian penonton mereka. Pada keseluruhannya, mereka akan belajar cara bercakap sebagai pemimpin! Program Cambridge English Young Learners pula, (atau Pelajar Muda Bahasa Inggeris Cambridge) akan membantu menyediakan kanak-kanak untuk permohonan ke sekolah dan universiti yang baik, dan membantu memastikan mereka bersedia untuk perkembangan yang maju di arena antarabangsa yang sebahagian besarnya berbahasa Inggeris.
Studio seni Art Studio Big Apple direka khusus supaya dapat memberi inspirasi kepada artis-artis muda, manakala Little Kitchen (atau Dapur Kecil) adalah tempat pakar gourmet yang muda mula belajar menyediakan, memasak dan menghidangkan makanan yang enak. Mereka juga akan membina kemahiran dalam perkara-perkara yang amat berguna seperti keselamatan makanan, kebersihan dan etika. Permainan air di kolam renang khas menawarkan peluang untuk para si kecil berseronok sambil menguatkan otot dan menyempurnakan pengimbangan dan penyelarasan diri masing-masing , manakala perpustakaan menawarkan mereka nilai intelek yang amat berharga, melalui masa bercerita, atau dengan hanya duduk seorang diri sambil membaca buku.
Big Apple sentiasa berusaha untuk maju ke hadapan mengikut peredaran masa, bagi memastikan semua pelajarnya dapat mengalami perkembangan yang baik dalam dunia teknologi tinggi yang mencabar dan bergerak pantas ini. Berhubungan dengan fakta tersebut, , E-pembelajaran memainkan peranan penting dalam landskap pembelajaran di Big Apple, di mana penggunaan projektor dan slaid kian diutamakan, dan secara beransur akan mengambil alih papan putih dan pen marker.
Program STEAM yang ditawarkan di Big Apple, yang juga dikenali sebagai Wonder Newton, membuka minda kanak-kanak dan membina minat mereka dalam mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik. Program ini menggalakkan pemikiran kritis, inkuiri serta pembelajaran yang berasaskan pengalaman.
Pelajar-pelajar yang berumur 4, 5 dan 6 tahun dapat bermanfaat daripada penggunaan program GURUPANDA yang eksklusif bagi Tadika Big Apple, platform dalam talian yang amat menarik bagi kanak-kanak. Program ini menghubungkan kanak-kanak kepada pelbagai bahan pembelajaran termasuk video pendidikan, cerita, muzik, dan lain-lain lagi. Terdapat juga nota-nota pembelajaran serta kuiz yang membuka minda, dan semua ini dapat memberikan kanak-kanak peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang berguna di depan skrin berbanding dengan bermain permainan video sahaja. Platform GURUPANDA bersifat mesra pengguna dan interaktif, dan ia mendedahkan kanak-kanak kepada tiga bahasa utama negara kita - Inggeris, Bahasa Malaysia dan Mandarin.
Kanak-kanak suka berada di Big Apple First Garden, dan ibu bapa pula senang hati bahawa perhatian individu diberikan kepada profil pembelajaran anak mereka. Setiap kanak-kanak mendapat sokongan yang mereka perlukan untuk membina kekuatan masing-masing, dan mengembangkan bakat unik dan kemahiran mereka. Sama pentingnya juga, mereka telah bersiap sedia untuk didaftarkan ke mana-mana sekolah rendah yang diingini.