by on 22/04/2022 2749
Hari Raya Aidilfitri adalah salah satu perayaan terbesar bagi umat Islam di seluruh dunia. Sebelum pandemik COVID-19, keluarga beragama Islam akan berkumpul bersama-sama untuk meraikan perayaan ini dengan meriah, menandakan pengakhiran tempoh berpuasa selama sebulan. Perayaan sekali setahun ini adalah masa untuk merapatkan silaturrahin saudara mara dan sahabat handai.
Walaupun sambutan hari raya sejak dua tahun lalu hanyalah kecil-kecilan akibat pandemik, sambutan Aidilfitri tahun ini dijangka lebih meriah berbanding sebelum ini dengan kelonggaran peraturan COVID-19. Apabila orang dewasa sibuk beramah mesra, mengisi masa lapang kanak-kanak pastinya satu cabaran. Berikut adalah beberapa permainan dan aktiviti yang hebat untuk memastikan anak anda dan rakan sebaya mereka menyibukkan diri semasa sambutan Aidilfitri.
Sediakan stesen seni dan kraf lengkap dengan pensel warna, kertas berwarna, gunting mesra kanak-kanak, dan gam untuk si kecil mencipta karya baru. Biarkan mereka cuba untuk mereka bentuk kad ucapan atau sampul raya mengikut imaginasi mereka.
Aktiviti ini pasti akan disukai kanak-kanak dan dapat menyibukkan mereka untuk sementara waktu semasa ibu bapa beramah mesra dengan tetamu.
Klik di sini untuk memuat turun templat sampul raya.
Permainan ini pasti semua orang suka dan tahu! Kerusi muzik merupakan aktiviti yang mudah dan kanak-kanak (malah orang dewasa) pastinya akan asyik bermain. Hanya sediakan kerusi atau kusyen dalam bulatan besar, dan pasangkan muzik yang meriah untuk memulakan permainan.
Jadikan permainan ini lebih baik dengan menjadikannya bertemakan Hari Raya! Main permainan dengan muzik Hari Raya yang pasti popular dalam kalangan orang tua, dan perkenalkan muzik klasik ini kepada golongan muda. Ceriakan permainan dengan beberapa hiasan Aidilfitri dan tada! - masa untuk berseronok!
Terlalu penat untuk aktiviti bermain kerusi muzik bersama anak-anak? Bagaimana pula dengan parti nyanyian bersama yang menyeronokkan di mana kanak-kanak boleh menyanyikan beberapa lagu bertemakan Aidilfitri kegemaran mereka? Aktiviti ini akan membuatkan kanak-kanak sibuk selama berjam-jam dan juga menghidupkan suasana Aidilfitri di rumah anda.
Lagu kegemaran kami ialah lagu-lagu Hari Raya oleh Upin & Ipin yang sangat sesuai untuk dinyanyikan bersama-sama. Lebih meriah lagi, jadikan parti karaoke ini sebagai pertandingan antara kanak-kanak dan sediakan ganjaran yang tidak dapat ditolak yang akan menggalakkan penyertaan.
Jangan lupa untuk menghormati jiran anda dengan memastikan kelantangan suara (speaker volume) di tahap yang munasabah agar semua orang dapat menikmati hari raya mereka dengan aman.
Hari Raya merupakan hari yang manis! Kanak-kanak pasti akan menikmati bar manisan, tidak kira umur mereka. Sediakan segenggam coklat, gula-gula, marshmallow dan biskut raya untuk memuaskan hati mereka bersama kantung kecil atau beg yang boleh mereka gunakan untuk membawa pulang pencuci mulut. Hati-hati dengan sugar rush!
Tak mahu mereka leka dengan manisan? Alternatifnya, anda boleh sediakan goodie bag dengan duit raya, kuih raya dan pilihan lazat lain untuk mereka bawa pulang. Aktiviti mudah ini bukan sahaja menggembirakan hati tetamu malah menunjukkan contoh terbaik untuk si kecil belajar tentang sifat saling memberi, terutamanya pada hari raya.
Tiada masa untuk menyediakan hadiah istimewa untuk tetamu dan anak-anak mereka? Tetamu tak dijangka tiba dengan si kecil bersama? Jangan risau, buka sahaja TV dan tayangkan filem animasi kegemaran mereka.
Filem klasik Disney seperti Beauty & The Beast, Snow White atau Jungle Book pasti akan disukai baik yang muda mahupun yang tua. Tak berminat dengan Disney? Lihat rekomendasi kami untuk seleksi hebat adaptasi buku ke filem.