by on 08/09/2022 559
Sorotan Utama |
|
Prasekolah Wonder Minds, Bandar Utama bukan sekadar prasekolah dan pusat jagaan harian untuk kanak-kanak. Ia adalah kemudahan yang direka khas dengan teliti dan dikendalikan oleh sekumpulan guru yang berusaha sedaya upaya dalam menyediakan fondasi asas yang sempurna untuk anak-anak kecil. Ini adalah penting untuk mereka merasai kegembiraan dan keajaiban, mencetuskan minat untuk belajar serta memulakan laluan pengalaman intelektual sepanjang hayat. Dedikasi, semangat dan kasih sayang yang tulus daripada guru pada kanak-kanak kecil dapat mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk kanak-kanak berasa dihargai dan dihormati dan ini adalah amat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan holistik mereka. Prasekolah Wonder Minds berusaha untuk mewujudkan hubungan positif dengan bersikap responsif secara konsisten dan terbuka dalam komunikasi sewaktu pembelajaran dan terhadap ibu bapa.
Selain menawarkan persekitaran sosial dan emosi yang positif, ruang fizikal yang tersusun rapi merupakan gambaran jelas tentang perancangan teliti Wonder Minds. Di dalam suasana yang hangat seperti rumah adalah kawasan tersusun rapi yang sesuai untuk memenuhi keperluan yang berbeza bagi setiap kumpulan umur. Setiap sudut dilengkapi dengan sumber dan bahan yang mencukupi untuk menggalakkan kanak-kanak dalam menerokai dunia di sekeliling mereka, sambil membolehkan mereka untuk mengaplikasi konsep dalam kehidupan seharian mereka. Kanak-kanak juga dapat mencuba aktiviti luar yang merangsang minda di dalam kawasan prasekolah yang indah. Persekitaran yang bersih dan selamat menjadikan kanak-kanak selesa untuk mengambil bahagian dalam aktiviti luar untuk tumbesaran yang lebih sihat dan cerdas.
Pengalaman secara kolektif di Wonder Minds dalam mendidik kanak-kanak semasa tahun pembentukan mereka telah membantu mereka membangunkan kurikulum yang berfokus kepada Kemahiran asas prasekolah yang melibatkan kemahiran akademik dan kokurikulum. Ia menggabungkan amalan terbaik kaedah Montessori, pendekatan tematik, dan kurikulum kebangsaan untuk menggalakkan perkembangan holistik kanak-kanak.
Di Wonder Minds, kanak-kanak bukan sahaja mempelajari kemahiran asas membaca dan menulis. Tumpuan juga terletak padapengukuhan kemahiran menyelesaikan masalah, kreatif dan pemikiran kritis mereka. Ini dilakukan dengan membimbing mereka untuk melanjutkan pembelajaran mereka di luar bilik darjah dengan aktiviti seperti permainan imaginatif, bercerita, permainan pergerakan, nyanyian, tarian, latihan kehidupan praktikal, eksperimen sains , sesi persembahan dan cerita, dan pergerakan deria. Guru-guru akan mencipta pengalaman pembelajaran yang pelbagai dan yang menyeronokkan dengan menggunakan permainan sebagai konteks pembelajaran, supaya kanak-kanak bermotivasi untuk meneroka dan membuka minda mereka ke tahap yang lebih tinggi.
Wonder Minds Preschool menawarkan program dan perkhidmatan berikut untuk kanak-kanak yang bermula dari umur 3 bulan hingga 6 tahun:
Dalam perkhimatan penjagaan bayi, adalah menjadi keutamaan kami untuk memastikan setiap bayi adalah selamat dan dijaga dengan rapi sepanjang masa. Ibu bapa tidak perlu risau kerana setiap kakitangan taska di sini adalah jururawat bertauliah yang disaring dengan teliti supaya bayi lebih selamat dan selesa di sekeliling mereka. Untuk memberikan ketenangan fikiran kepada ibu bapa, laporan harian akan dikongsi bersama ibubapa.
Anak-anak kecil pada usia ini suka melibatkan diri dalam aktiviti pergerakan. Oleh itu, guru akan memastikan setiap aktiviti dijalankan dengan penuh semangat menggunakan pendekatan Montessori berasaskan permainan untuk pengalaman pembelajaran yang lebih menyeronokan. Kanak-kanak kecil ini juga gemar merangkak dan berjalan-jalan, justeru kawasan yang selamat dan luas disediakan untuk mereka melakukan aktiviti pergerakkan.
Kanak-kanak dalam kumpulan umur ini kebanyakannya ingin tahu dan sentiasa mencari jawapan kepada soalan mereka yang tiada berkesudahan. Oleh itu, guru akan berusaha untuk mendorong kanak-kanak ini untuk belajar menerokai dunia di sekeliling mereka melalui aktiviti pembelajaran secara aktif. Penekanan juga diberikan pada pembentukan sahsiah kanak-kanak supaya menjadi individu yang berdikari, kreatif dan mudah bergaul dengan rakan sebaya mereka dengan baik dan seterusnya memberikan asas yang kukuh untuk persediaan alam persekolahan mereka.
Program bukan sekadar memantau kanak-kanak selepas sesi persekolahan, malah kanak-kanak akan dilatih supaya lebih berdidiplin keranamempunyai waktu makan dan tidur yang telah ditetapkan. Selain itu, kanak-kanak akan dibantu dalam kerja rumah mereka dan mempunyai masa untuk bermain dan menjalankan aktiviti bersama kanak-kanak lain untuk membantu merangsang kemahiran sosial, fizikal dan intelektual mereka. Untuk membantu kanak-kanak mempunyai perkembangan yang lebih holistik, mereka memerlukan peralihan yang lancar ke sekolah rendah. Selain itu, terdapat juga kelas pengukuhan seperti kelas Mandarin dan Matematik yang boleh mereka sertai selepas sekolah.
Secara keseluruhannya, Wonder Minds lebih berasaskan kepada konsep keluarga besar. Ia terdiri daripada komuniti pelajar muda, keluarga, guru, dan kakitangan pentadbiran dan staff sokongan kanak-kanak yang komited untuk menyediakan penjagaan dan pendidikan yang terbaik untuk kanak-kanak. Keluarga ini mementingkan kualiti dari segalanya; mereka berusaha menjadi yang terbaik melalui latihan yang berterusan. Selain itu, Wonder Minds juga memahami kepentingan hubungan baik antara ibu bapa dengan sekolah. Guru-guru berusaha untuk mengekalkan komunikasi yang terbuka dan jujur tentang kemajuan dan perkembangan kanak-kanak di sekolah. Sejak 8 tahun yang lalu, Wonder Minds telah (dan akan terus menjadi) prasekolah yang mempunyai pencapaian yang tinggi seterusnya menggalakkan perubahan positif untuk kanak-kanak sebagai permulaan yang terbaik dalam kehidupan mereka.