on 03/05/2018 2198
Terletak di tengah-tengah kawasan perniagaan utama bandar serta kawasan kedutaan, The children’s house U-Thant berdiri di atas tanah seluas 1.5 ekar, merangkumi ruang luar yang luas, sambil dikelilingi oleh kehijauan yang subur. Memasuki oasis ini, diterangi cahaya matahari, kanak-kanak akan berasa seolah-olah berada di dalam “kotej di tengah-tengah bandar.” Sekolah ini berjaya mengekalkan kesimbangan elemen-elemen semula jadi dalam premis mereka.
Suasana yang selesa beserta dengan ruang yang besar tersusun rapi, menjadikan pembelajaran di situ lebih selesa serta sesuai untuk kanak-kanak di situ, berumur dari 8 bulan hingga 6 tahun. keluarga akan mendapati sekolah tersebut sebagai imej jelmaan atau ekspresi kawasan kejiranan di situ. TCH menggunakan kurikulum pendidikan yang berteraskan Montessori.
Pendekatan yang digunakan oleh TCH memberi tumpuan kepada usaha untuk menyediakan persekitaran sosial yang menyokong dan mesra, untuk kanak-kanak terus belajar atas dasar minat dan kepentingan mereka dalam bidang seperti kemahiran hidup, deria, bahasa, kerja nombor serta budaya. Penekanan turut diberikan kepada pemerolehan kemahiran serta pembangunan hubungan sesama manusia, sama ada dari aspek fizikal mahupun aspek emosi melalui program-program di bawah:
Langkah pertama bermula dengan memupuk rasa kepunyaan dan keselesaan, dengan mangambil kira tahap keseriusan fasa pemisahan ini. Melalui rasa selesa dan mesra, barulah kanak-kanak akan mampu berkembang dan belajar. Penemuan melalui aktiviti-aktiviti seperti pembacaan, permainan deria, serta kelas kesenian diharap dapat meransang hubungan dua hala yang telus serta penuh kasih antara guru dan kanak-kanak.
Program ini menekankan perkembangan kanak-kanak, meransang pembinaan pengalaman peribadi, kebebasan, pertumbuhan dan perkembangan sosial. Aktiviti seperti penamaan, pengiraan, menyepadan, meneroka bahan didaktik dan bermain di luar bilik darjah, dipilih dengan teliti untuk memenuhi keperluan setiap kanak-kanak yang unik.
Fokus diperluaskan ke arah perkembangan, dengan perhatian khusus yang diberi kepada perkembangan kognitif, kemahiran motor halus dan kasar motor, bahasa, kreativiti, serta perkembangan sosial dan emosi. Aktiviti dianjur untuk meransang kanak-kanak untuk melakukan eksplorasi dan penemuan. Kanak-kanak melakukan aktiviti-aktiviti ini secara persendirian mahupun dalam kumpulan-kumpulan yang kecil. Aktiviti-aktiviti ini diharap dapat menyatukan bidang-bidang pembelajaran melibatkan kemahiran hidup, permainan deria, penjujukan nombor, bunyi huruf, seni, budaya, sesi interaksi dengan alam sekitar serta banyak lagi.
Pembelajaran berjalan untuk memperbaiki persepsi deria, kemahiran hidup, budaya-budaya di dunia, dan perkembangan pemahaman serta pemahaman matematik. Tumpuan adalah untuk menyediakan kanak-kanak dengan kemahiran dan pengalaman yang mereka perlukan untuk berjaya di sekolah dan seterusnya.
Lokasi TCH adalah sangat sesuai untuk sesi pembelajaran. Kanak-kanak belajar dalam ruang yang teratur dan terang dengan cahaya semula jadi. Suasana ini mengantaramukakan persekitaran luar, mempamerkan pokok atelier serta ruang taman permainan di luar bilik darjah yang besar.
Aktiviti-aktiviti luar kurikulum adalah seperti rombongan dua kali setahun melibatkan sukan dan robotik. Di samping itu, sekolah juga menekankan betapa pentingnya perkongsian komuniti. Melalui acara tahunan "Berkongsi dan Menjaga", kanak-kanak dipupuk untuk membina rasa empati di samping rasa berhubungan antara masyarakat di sekitar mereka.
Saiz kelas yang kecil dapat meningkatkan keberkesanan pembelajaran. Kanak-kanak dididik dengan baik oleh barisan tenaga pendidik di TCH yang terlatih, berpengalaman , peramah serta penyayang.
Penglibatan ibu bapa adalah jelas dan sangat dialu-alukan di sekolah. Keterlibatan ibu bapa digalakkan untuk meransang rasa tanggungjawab bersama ke atas ibu bapa di samping menyediakan asas untuk ikatan yang bermakna serta penglibatan yang berterusan. Bagi memastikan komunikasi yang telus antara sekolah dan ibu bapa, ibu bapa boleh mendapat maklumat terkini mdan konsisten menerusi aplikasi, surat berita, papan komunikasi dan pertemuan bersemuka dengan guru. Makanan adalah sesuai dengan umur. Semua hidangan telah diluluskan oleh pakar pemakanan.
Seperti komuniti yang berada di sekitarnya, program-program di TCH adalah berasaskan nilai, mengikut saranan dan pendekatan Montessori. Kanak-kanak akan berasa lebih yakin dengan bakat mereka. Program sebergini diharap dapat menyediakan asas kepada perjalanan akademik mereka pada hari ini, serta hari esok.