by on 08/05/2023 711
Highlights |
|
Kemampuan untuk meninggalkan impak positif kepada seseorang kanak-kanak merupakan kelebihan yang tiada bandingannya – demikianlah yang telah dikongsi oleh Cik Cassie Flemming semasa bertemu bicara bersama Kiddy123 baru-baru ini. Cassie, seorang ibu yang berdedikasi dan pendidik yang bersemangat, pernah menjadi ketua Tahun 2 di sekolah yang amat ternama, iaitu Hill House Prep School, yang dihadiri oleh Raja Charles dari UK. Dengan pengalamannya dalam mendidik dan membimbing kanak-kanak dari semua peringkat umur, beliau tertarik hati untuk menceburi diri dalam pengajaran tahun awal di Malaysia, dan telah menerajui Sekolah Antarabangsa Sri KDU, Subang Jaya sejak Januari 2019.
Sebagai sebahagian jenama perintis dalam pendidikan antarabangsa di Malaysia, dan sebagai sekolah yang berpengalaman selama 20 tahun, Sekolah Antarabangsa Sri KDU, Subang Jaya terkenal sebagai penyedia pendidikan berkualiti tinggi dan menyeluruh melalui kurikulum British, dalam usahanya untuk memperkasakan pemimpin masa depan dengan melengkapkan mereka untuk pembelajaran dan kehidupan abad ke-21. Melalui pelajaran yang menarik minat, dan juga persekitaran pembelajaran yang selamat namun menyeronokkan, minda pelajar pun tidak terbeban, dan mudah menerima lalu mempelajari dengan lebih sempurna. Terdapat beberapa faktor yang terlibat dalam pencapaian matlamat ini, termasuklah guru yang berkelayakan dan bersemangat, kakitangan yang prihatin, peralatan yang unggul, dan sudah tentu, suasana pembelajaran yang selamat serta kondusif - semuanya menjadikan Sekolah Antarabangsa Sri KDU, Subang Jaya seperti ia berada kini.
Dengan adanya alat pembelajaran yang sesuai, serta pendedahan yang sesuai, mana-mana kanak-kanak pun dapat menerima kesan yang mendalam melalui pendidikan yang cemerlang, dan Cik Cassie amat percaya bahawa Sekolah Antarabangsa Sri KDU, Subang Jaya mampu memberi kesan sedemikian. Penggunaan pendekatan berasaskan kemahiran di sekolah ini membantu pelajar bukan hanya sekadar bersedia dari segi akademik, tetapi juga cukup sedia untuk memikul cabaran dan tanggungjawab yang mungkin menunggu mereka di masa depan. "Apabila mereka menghadiri sebarang temuduga untuk kerja di masa hadapan, melainkan mereka memiliki personaliti yang menarik, dan juga, sudah tentunya, beberapa set kemahiran penting, mereka mungkin tidak dapat melangkah jauh lagi. Oleh itu, pendekatan berasaskan kemahiran ini merupakan kuasa penggerak di sebalik pendidikan yang kami tawarkan kepada pelajar kami," katanya.
Memaklumi keperluan masyarakat merupakan satu lagi cara Sekolah Antarabangsa Sri KDU, Subang Jaya mengekalkan daya saingannya dan juga tetap kekal relevan dalam industri pendidikan antarabangsa yang kian berkembang dengan pesat ini. Contohnya adalah pendekatan yang konsisten terhadap penjagaan, terutamanya bagi Tahun Awal. Cik Cassie kerap melaksanakan perubahan-perubahan kecil dari masa ke semasa, demi penambahbaikan berterusan. Salah satunya adalah penubuhan kumpulan permainan kanak-kanak kecil (playgroup) untuk manfaat ibu dalam komuniti yang mempunyai anak-anak berumur dari 18 bulan hingga tiga tahun, di mana mereka dapat hadir dan menikmati kemudahan serta kepakaran yang ada di Sri KDU. Playgroup ini diadakan dua kali seminggu, pada hari Isnin dan Jumaat. Perubahan atau pengubahsuaian lain yang dibuat berkaitan dengan susunan paparan di sekolah. Ini adalah untuk memastikan bahawa karya seni setiap kanak-kanak mendapat peluang untuk dipaparkan untuk tayangan semua, bak meraikan hasil karya mereka, dan sebagainya. Satu lagi perubahan yang dibuat adalah penyediaan tempat letak kereta tambahan, yang merupakan sesuatu yang dialu-alukan, kerana ia memberi kesan positif kepada ramai!
Sekadar mengetahui bahawa seseorang berkemampuan untuk memberi impak positif kepada kanak-kanak dengan cara yang dapat mempengaruhi masa depan mereka adalah satu kegembiraan tidak ternilai. Kita juga sentiasa mempunyai sikap yang sesuai, terutamanya dengan anak-anak kecil. Ia adalah pekerjaan yang mencabar, namun ganjarannya lebih dari memadai. Bagi diri saya sendiri, pada hari yang sukar, saya hanya menuju ke Tahun Awal dan duduk di antara mereka. Bagi saya, inilah salah satu cara terbaik untuk menghilangkan segala tekanan ~ Cassie Fleming, Pengetua dan ibu kepada tiga orang anak.
Persekolahan abad ke-21, seperti yang kita ketahui, telah pun menyaksikan penghapusan kuliah yang panjang, penyalinan tanpa henti dan pembelajaran hafalan. Sekolah Antarabangsa Sri KDU, Subang Jaya ialah salah satu contoh sekolah yang diterajui oleh pelajar. Pelajar dibimbing dan dipantau dengan baik, namun mereka dapat mengawal persekitaran pembelajaran mereka sendiri di mana mereka membangun dan berkembang. Terdapat banyak ruang untuk penemuan serta inkuiri, di mana para guru mempunyai peranan besar dalam membantu pelajar-pelajar mereka mencapai potensi tertinggi masing-masing.
Matlamat utama sesebuah keluarga adalah supaya anak mereka berprestasi tinggi di sekolah dan mencapai kelayakan akademik yang akan memberikan mereka akses ke universiti yang ternama. Matlamat Sekolah Antarabangsa Sri KDU, Subang Jaya dari dulu lagi adalah supaya para pelajarnya mencapai hasil pendidikan yang diingini. Dengan segala nilai teras penting terjalin ke dalam program akademik dan kokurikulum Sekolah Antarabangsa Sri KDU, pelajar didorong untuk melibatkan diri dengan sesungguhnya dalam pelajaran mereka, berdikari dalam pembelajaran mereka, dan sentiasa bersedia untuk memikul tanggungjawab. Sebagai pemimpin masa depan, mereka diajar bukan sahaja untuk menjaga maruah diri, namun juga untuk menerima segala kepelbagaian dan mengamalkan toleransi supaya jujur mengambil tahu, dan juga memiliki kesedaran yang positif terhadap orang-orang dari kaum lain, budaya lain, dan sebagainya. Matlamat Sekolah Antarabangsa Sri KDU, Subang Jaya adalah agar pelajarnya muncul sebagai graduan yang berkemahiran dan sentiasa mempunyai keupayaan untuk membuat pilihan yang tepat dalam kehidupan masing-masing.