Epsom College in Malaysia, KLIA
Kiddy123 Frame
Small Wonder Malaysia
Little Mandarin House, Bangsar Park, Bangsar
The children's house
Odyssey, The Global Preschool (Mont Kiara)
Little Angel Kindergarten

Tadika Terbaik di Bandar Bukit Puchong, Puchong Utama, Tasik Prima & Puchong South

by on 26/05/2024 19351

Also available in : English , 中文版

Artikel ini telah dikemaskini pada 9 Januari 2025.

Senarai prasekolah dan tadika berkualiti di Puchong membawa kami ke kejiranan Taman Puchong Utama, dan usaha kami tidak sia-sia! Kami telah menemui beberapa “harta karun” unik untuk ibu bapa. Mari lihat prasekolah terbaik yang Kiddy123 jumpa di Taman Puchong Utama.

Nota: Prasekolah dan tadika disenaraikan mengikut abjad. Urutan di mana ia muncul tidak mencerminkan kedudukan prasekolah atau tadika.


 CIC Tasik Prima Puchong

Para pakar pendidikan bersetuju bahawa proses pembelajaran seharusnya menarik dan merangsangkan. Di CIC Taman Tasik Prima Puchong, pusat pengayaan ini membekalkan pengalaman sebegini di samping pendidikan yang holistik dan menyeluruh untuk kanak-kanak, yang dibimbing oleh nilai-nilai Islam. Pusat ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bilik-bilik darjah yang ceria dan terang, taman permainan dalaman, dan lain-lain lagi untuk membantu perkembangan kanak-kanak. Kurikulum pula merangkumi 18 program yang bertumpukan bidang-bidang pelajaran penting seperti literasi, matematik, komunikasi dan bahasa, and perkembangan fizikal – dan terdapat juga banyak aktiviti praktikal yang bertujuan untuk memupuk pemimpin masa hadapan.

Baca Selanjutnya

CIC Tasik Prima, Puchong

No 5-2 & 6-2, The Wharf, Jalan Tasik Prima 5/1, Taman Tasik Prima Puchong, Selangor 47150
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Kidskool, Bandar Bukit Puchong

Kidskool, Bandar Bukit Puchong menjanjikan tempat selamat untuk bayi dan kanak-kanak berumur 2 bulan hingga 12 tahun. Bagi kebanyakan keluarga, tadika ini memberikan hanya yang terbaik untuk anak-anak mereka. Kidskool telah membantu mereka berkembang maju daripada segi emosi dan intelek, dan ibu bapa berpuas hati dan gembira dengan pengalaman mereka.

Program-program di Kidskool bertujuan untuk membolehkan kanak-kanak berkembang penuh keyakinan dan seterusnya dapat berkembang maju dalam apa sahaja situasi di masa hadapan. Menggunakan pendekatan berasaskan permainan, kanak-kanak melibatkan diri dalam aktiviti yang membolehkan mereka menemui perkara baharu. Mereka belajar tentang diri mereka dan di mana mereka sesuai di dunia. Permainan pretend-play, cerita moral, kraftangan dengan bahan kitar semula, masakan dan permainan berstruktur lain adalah sebahagian daripada keseronokan di Kidskool. Malah aktiviti harian seperti makan dan tabiat tidur yang baik juga diajar di sini. Kemahiran yang mereka pelajari disni adalah pelbagai.

Semuanya ditetapkan dalam persekitaran yang selamat dengan garis panduan yang jelas, serta komunikasi yang terbuka dan telus.

Baca Selanjutnya

Kidskool Preschool & Infant Care Centre, Bandar Bukit Puchong (HQ)

No. 1, Jalan BP 7/12, Bandar Bukit Puchong, Bukit Puchong, Puchong, Selangor 47120
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Kinderland Puchong Utama memberi fokus pada muzik untuk meningkatkan literasi bahasa. Ini merpakan satu-satunya prasekolah yang kami lihat setakat ini yang menggabungkan muzik sebagai sebahagian daripada silibus pelajarannya. Selain dari Muzik & Pergerakan yang dilakukan degan alat perkusi, Program Muzik Kanak-Kanak Kinderland memberikan peluang kepada pelajar mereka untuk bereksperimen dengan alat muzik dan mendapat pendedahan awal terhadap penghargaan muzik. Dengan tambahan muzik ke dalam kurikulum sekolah juga membantu kanak-kanak untuk meningkatkan tumpuan dan saya ingatan mereka, keupayaan untuk mengekspresi perasaan lebih baik, pemahaman asas muzik, keupayaan untuk membaca skor muzik dan penghargaan terhadap kerja berkumpulan.

Tadika ini juga mempunyai program kesihatan dan kecergasan yang direka khas untuk kanak-kanak, Program KinderFit, yang membina keyakinan diri, tabiat yang baik, semangat berpasukan dan sikap positif terhadap gaya hidup yang sihat.

Baca Selanjutnya

Kinderland Puchong Utama

No. 1, Jalan PU1/11A, Taman Puchong Utama, Puchong, Selangor 47140
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


 Little Angel Kindergarten, Tasik Prima Puchong

Little Angel Kindergarten, Tasik Prima Puchong diuruskan oleh pengetuanya Puan Ho bersama-sama dengan kumpulan pengajar yang bersemangat dan berdedikasi. Berdasarkan pengalamannya, beliau percaya bahawa teknik pengajaran holistik yang menumpukan kepada perkembangan kognitif, emosi dan sosial kanak-kanak lebih berkesan berbanding pembelajaran akademik.

Terdapat banyak aktiviti praktikal disertakan dalam kurikulum di sini seperti eksperimen sains, seni dan kraf, kelas komputer serta aktiviti muzik dan tarian. Kanak-kanak dapat lebih menumpukan perhatian dengan adanya keseimbangan dalam bermain dan belajar. Terdapat juga kelas tambahan untuk para pelajar yang ingin belajar dengan lebih lagi seperti kelas ucapan dan drama, Han Yu Pin Yin dan kelas Bahasa Malaysia.

Puan Ho menekankan bahawa memupuk sikap pembelajaran yang positif dan menerapkan nilai moral adalah lebih penting dari mencapai kecemerlangan akademik. Hal ini kerana pembelajaran merupakan proses sepanjang hayat dan tidak berhenti setelah mencapai gred A. Bagi menjadikan proses pembelajaran lebih seronok, kanak-kanak diajar nilai moral melalui nyanyian dan bacaan. Misi Puan Ho adalah untuk mendidik dan memupuk kanak-kanak untuk menjadi seseorang yang bertanggungjawab

Baca Selanjutnya

Little Angel Kindergarten, Tasik Prima Puchong

No. 16-2 & 15-2, Prima Bizwalk, Jalan Tasik Prima 6/2, Tasik Prima, Puchong, Selangor 47150
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.

 

 

 

 

 


Penafian:

Laporan Kiddy123 mengenai prasekolah dan tadika di atas berdasarkan apa yang kami lihat dan diberitahu semasa lawatan kami. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk memastikan bahawa maklumat yang diberikan adalah sahih dan tepat, Kiddy123 Sdn Bhd. tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa jenis kerosakkan yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat dalam artikel ini. Cara yang terbaik untuk membuat keputusan mengenai prasekolah atau tadika yang sesuai untuk anak anda adalah dengan melawat sekolah-sekolah yang telah disenarai pendek.


Sekiranya anda berminat untuk mengiklankan prasekolah atau tadika anda yang hebat dengan ibu bapa di luar sana, sila hubungi kami.