by on 23/11/2017 2552
Walaupun hari hujan, semangat pelajar di Tadika Little Angel tidak dipengaruhi dengan cuaca ini. Setibanya di sini, kami dapat mendengar bunyi muzik yang kuat dan sorakan dari satu bilik besar yang dijadikan dewan. Kami dapati pelajar di sini sedang berlatih untuk konsert yang akan diadakan pada hujung minggu tersebut.
Para pelajar lengkap berpakaian untuk persembahan tersebut dan mereka mengambil giliran untuk berlatih sambil diperhatikan oleh pelajar yang lain.
Tadika Little Angel yang mengambil tempat di 2 unit tingkat 2 Prima Bizwalk diuruskan oleh pengetuanya, Dr Ho bersama-sama dengan kumpulan pengajar yang bersemangat dan berdedikasi. Dr Ho merupakan pemegang ijazah MBA dan telah terlibat dalam bidang pendidikan selama lebih 25 tahun dengan pengalaman lebih 10 tahun dalam bidan pendidikan awal kanak-kanak. Berdasarkan pengalamannya, beliau percaya bahawa teknik pengajaran holistik yang menumpukan kepada perkembangan kognitif, emosi dan sosial kanak-kanak lebih berkesan berbanding pembelajaran akademik. Walaupun beliau mempunyai banyak pengalaman dalam bidang ini, Dr Ho sangat merendah diri dan sentiasa mencari cara untuk menambahbaikkan tadika ini; beliau turut merujuk kepada Dr. Koh Hock Siat yang merupakan pakar dalam bidang pendidikan dan akan sekali-sekala mengadakan seminar untuk berkongsi tips keibubapaan kepada ibu bapa di Tadika Little Angel.
Di Tadika Little Angel, semuanya berada dalam keadaan tersusun dari bilik darjah sehinggalah pelan pengajaran. Setiap bilik darjah dilengkapi sistem papan pintar, meja dan kerusi yang bersesuaian untuk kegunaan kanak-kanak serta CCTV. Dewan di sini turut dilengkapi dengan piano elektrik, projektor dan sistem bunyi. Selain daripada 3 bahasa asas (Bahasa Inggeris, Mandarin dan Bahasa Malaysia), matematik dan sains, kanak-kanak juga diajar nilai moral demi membina peribadi mereka. Dr Ho menekankan bahawa memupuk sikap pembelajaran yang positif dan menerapkan nilai moral adalah lebih penting dari mencapai kecemerlangan akademik. Hal ini kerana pembelajaran merupakan proses sepanjang hayat dan tidak berhenti setelah mencapai gred A. Bagi menjadikan proses pembelajaran lebih seronok, kanak-kanak diajar nilai moral melalui nyanyian dan bacaan. Misi Dr Ho adalah untuk mendidik dan memupuk kanak-kanak untuk menjadi seseorang yang bertanggungjawab.
Terdapat banyak aktiviti praktikal disertakan dalam kurikulum di sini seperti eksperimen sains, seni dan kraf, kelas komputer serta aktiviti muzik dan tarian. Aktiviti muzik dan tarian merupakan sebahagian daripada kurikulum mereka. Pengajar tarian profesional diambil untuk melatih para pelajar setiap minggu. Oleh kerana kanak-kanak sentiasa aktif, para guru akan membawa mereka ke taman di atas bumbung yang berada di blok berdekatan untuk bermain dan mengadakan aktiviti luar. Pelan pembelajaran di sini dirancang dengan teliti dan terdiri daripada pembelajaran akademik dan belajar melalui bermain. Kanak-kanak dapat lebih menumpukan perhatian dengan adanya keseimbangan dalam bermain dan belajar. Terdapat juga kelas tambahan untuk para pelajar yang ingin belajar dengan lebih lagi seperti kelas ucapan dan drama, Han Yu Pin Yin dan kelas Bahasa Malaysia.
Sesi temuramah bersama Dr Ho merupakan pengalaman yang membuka mata oleh kerana beliau sarat dengan idea dan rancangan masa depan untuk tadika ini. Adalah amat mengagumkan bahawa beliau mempunyai pusat untuk melatih tenaga pengajar bagi pendidikan awal kanak-kanak iaitu Angel Academy. Semua tenaga pengajar di Tadika Little Angel dilatih di bawah satu program yang sama. Buat masa ini, Dr Ho sedang berkolaborasi dengan Dr. Koh Hock Kiat untuk mengusahakan Program Edutrip Immersion yang bertujuan untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan pelajar mendapat lebih lagi pendedahan pendidikan, Hal ini tidak mengejutkan apabila Dr Ho dianugerahkan gelaran ‘Datin’ bagi sumbangan beliau kepada pendidikan awal kanak-kanak.
Tadika Little Angel bukan seperti tadika biasa. Dengan prinsip, semangat dan dedikasi Dr Ho dalam pendidikan awal kanak-kanak, pelajar di sini berjaya dalam semua aspek. Suasana positif di tadika ini disaksikan sendiri oleh kami: kanak-kanak tidak takut untuk membuat persembahan di hadapan rakan-rakan dan para guru, mereka saling menyokong rakan-rakan yang malu di atas pentas. Pendidikan yang mereka perolehi di Tadika Little Angel mampu membawa mereka ke arah kejayaan dalam kehidupan.