by on 07/01/2025 583
Sorotan Utama |
|
Mutu sesebuah tadika boleh dinilai melalui peribadi murid-muridnya. Di 3Q MRC Putra Prima, kanak-kanak di sini kelihatan sihat dan yakin. Mereka bukan sahaja berbudi bahasa, tetapi juga memiliki rasa ingin tahu dan semangat penerokaan. Hal ini jelas terlihat apabila wartawan ini melangkah masuk ke premis prasekolah, kerana murid-murid di sini seronok dan berani untuk bertanya soalan dan meluahkan perasaan mereka meskipun mereka tidak mengenali saya.
Untuk ibubapa yang mencari prasekolah yang menggabungkan akademik dengan kemahiran hidup dan pemupukan peribadi yang kukuh, 3Q MRC Putra Prima merupakan pilihan yang tepat. Ditubuhkan pada tahun 2006 oleh Cik Jean Leong, seorang pendidik yang berpengalaman luas dalam bidang pendidikan, sekolah ini menawarkan kurikulum yang menggayakan serta aktiviti bertema berdasarkan sistem 3Q yang bertumpukan perkembangan minda secara menyeluruh untuk mengalakkan pemikiran kritis, kreatif, dan daya penyelesaian masalah.
3Q MRC terbuka kepada kanak-kanak berusia 3 hingga 6 tahun, dengan kurikulum yang teratur dan merangkumi subjek teras seperti Bahasa INggeris, Bahasa Cina, Bahasa Melayu, Matematik, dan Sains. Setiap matapelajaran disesuaikan untuk tahap umur masing-masing, oleh sebab itu kanak-kanak yang kecil terlibat dalam aktiviti praktikal yang menggunakan tangan dan melati daya motor halus dan kasar mereka; manakala kanak-kanak yang lebih besar pula mempunyai silibus yang seimbang dalam akademik dan belajar sambil bermain.
Program Akademik |
Program Pengayaan |
Perkhidmatan berkaitan dengan pendidikan |
Kemahiran hidup |
|
|
|
|
Bahasa merupakan aspek penting dalam program ini dan juga salah satu kekuatan 3Q MRC Putra Prima. Setiap hari, kanak-kanak belajar tentang Sains dan Matematik dengan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar pada waktu pagi, sebelum mereka melakukan ulangkaji subjek-subjek ini dalam bahasa Cina pada waktu petang. Hal ini memastikan mereka mempunyai asas yang kukuh dalam kedua-dua bahasa ini, sekaligus memastikan kejayaan mereka di alam sekolah rendah,terutamanya bagi mereka yang menyertai Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).
3Q MRC Putra Prima tidak sahaja bertumpukan akademik tetapi juga mengutamakan nilai-nilai seperti kasih sayang dan tanggungjawab. Rutin harian mengalakkan perwatakan yang positif melalui aktiviti seperti membersihkan pinggan mangkuk mereka selepas makan, dan 'role-playing' di mana kanak-kanak belajar nilai-nilai murni seperti berkongsi dan hormat menghormati.
Pendekatan ini bukan sahaja diggunakan di bilik darjah tetapi juga ketika lawatan sambil belajar ke tempat seperti zoo mini dan akuarium. Kanak-kanak terdedah kepada dunia luar, di mana mereka boleh belajar tentang haiwan yang berlainan dan kepentingan melindungi alam sekitar. .
Rombongan-rombongan ini juga dikaitkan dengan tema yang dipelajari di sekolah - sebagai contoh, murid-murid pernah melawat ke pusat kitar semula sebagai sebahagian daripada kempen kitar semula di sekolah. Selain itu, mereka juga pernah melawat ke rumah orang tua di mana mereka belajar tentang kepentingan menghormati orang tua.
Ibubapa boleh berasa lega kerana 3Q MRC Putra Prima ialah tempat yang selamat dan sesuai untuk kanak-kanak. Melalui pemasangan CCTV dan sekuriti berpagar, pihak sekolah mewujudkan suasana yang kondusif untuk melindungi kesejahteraan kanak-kanak.
Bilik-bilik darjah dilengkapi dengan teknologi seperti TV pintar, manakala taman permainan luar mengalakkan aktiviti fizikal, dan sudutu membaca mewujudkan ruang yang tenang di mana kanak-kanak boleh menumpukan perhatian. Kemudahan-kemudahan ini dibersihkan setiap hari, dan makanan pula disediakan di premis dan mengandungi kandungan garm, gula, dan minyak yang rendah.
Program harian penuh di 3Q MRC Putra Prima merangkumi jadual waktu yang seimbang, di mana masa diberikan untuk belajar, berehat, dan bermain. Kanak-kanak boleh meneroka minat masing-masing melalui aktiviti pengayaan seperti kelas ukulele, seni, dan kraf. Guru-guru juga membimbing kanak-kanak dalam menyiapkan kerja rumah mereka secara individu, dan boleh membantu mereka menguasai apa-apa kelemahan dalam pembelajaran yang mereka hadapi.
3Q MRC Putra Prima mengalakkan komunikasi yang terbuka di antara pihak sekolah dan ibubapa, jadi ibubapa digalakkan untuk berbincang dengan sekolah tentang kemajuan anak mereka semasa mesyuarat ibubapa-guru, mahupun hari-hari yang lain. Guru-guru akan berkongsi gambar, video, dan aktiviti harian dalam kelas supaya ibubapa sentiasa dikemas kini tentang apa yang anak-anak mereka pelajari di sekolah.
Secara keseluruhannya, 3Q MRC Putra Prima menawarkan kanak-kanak pendidikan yang menyeluruh yang merangkumi pembentukan peribadi, kreativiti, dan penguasaan bahasa. Kanak-kanak akan berkembang dengan pesat di sini, membina kemahiran, keyakinan, dan rasa ingin tahu yang akan membantu mereka dalam kehidupan.