on 07/08/2017 3036
Ketika kami bertemu dengan Cik Yap Mei Lee, kami agak terkejut melihat pemilik kepada Kinderland ini adalah sangat muda serta bercakap dengan penuh keyakinan. Beliau telah berkecimpung dalam industri pendidikan awal dan kindergarten selama 4 tahun. Program-program di Kindergarten beliau adalah merupakan hasil penyelidikan dan pembangunan berterusan oleh ahli profesional dalam bidang pendidikan kanak-kanak awal yang telah mengambil masa selama 38 tahun untuk disiapkan. Kurikulum yang digunakan telah menggabungkan pendekatan pendidikan terbaik dan metodologi dari barat dengan nilai-nilai moral dan interpersonal dari timur. Program-program ini juga telah digunakan dengan jayanya di cawangan-cawangan lain yang berada di Singapura, China, Indonesia, Bangladesh dan Kemboja.
Kasih Cik Yap kepada kanak-kanak sekali gus telah mendorong beliau untuk mendapatkan Diploma Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak (ECCE) di mana beliau seterusnya mengajar di pelbagai tadika selama bertahun-tahun. Walau bagaimanapun, kisah kejayaan sebenar beliau bermula pada tahun 2012 apabila dia menubuhkan tadikanya sendiri, menggunakan pendekatan pembelajaran bersepadu Kinderland. Kurikulum bertematik ini menyediakan pengalaman pembelajaran secara beransur-ansur untuk pelajarnya, dari yang termuda hingga yang tertua, dengan penekanan pada pembelajaran secara langsung.
Tumpuan turut diberikan terhadap muzik untuk meningkatkan literasi bahasa. Ini adalah satu-satunya prasekolah setakat ini yang menggabungkan kursus muzik sebagai sebahagian daripada sukatan pelajarannya. Selain pelajaran muzik dan pergerakan, program muzik kanak-kanak Kinderland juga menyediakan peluang kepada setiap pelajar mereka untuk bereksperimen dengan alat muzik yang lebih mudah, manakala kanak-kanak yang lebih muda menikmati pendedahan awal terhadap kurikulum muzik. Kurikulum muzik ini juga berkeupayaan membantu kanak-kanak untuk meningkatkan tahap tumpuan serta ingatan mereka, keupayaan untuk meluahkan perasaan lebih baik, pemahaman asas muzik asas, keupayaan untuk membaca skor muzik dan penghargaan terhadap kerja berpasukan.
Tadika ini juga mempunyai program kesihatan dan kecergasan yang telah direka khas untuk anak-anak muda, Program KinderFit, berhasrat untuk membangunkan rasa keyakinan diri, menanam tabiat yang bertanggungjawab, semangat berpasukan, serta sikap positif terhadap gaya hidup yang sihat.
Satu lagi perkara yang telah membuatkan Kinderland Puchong Utama ini menarik dan unik adalah kerana setiap kakitangan pengajar di kindergarten tersebut adalah pemegang diploma ECCE.
"Saya tahu betapa pentingnya mempunyai kakitangan yang terlatih dan berkelayakan. Ibu bapa telah meletakkan anak mereka dalam penjagaan kami dan itu adalah tanggungjawab yang besar. Saya lebih suka membayar gaji yang mahal untuk kakitangan saya bagi memastikan kanak-kanak di sini dijaga serta didik dengan baik, "jelas Cik Yap.
Berita baik tentang tadika ini mungkin telah tersebar. Tadika Cik Yap kini penuh, tidak lagi mempunyai kekosongan untuk kanak-lain. "Saya kehabisan ruang dan ibu bapa saban hari kerap menyuruh saya mengambil anak-anak mereka," kata Cik Yap. Situasi ini sekali gus telah mendorong beliau untuk menubuhkan pusat jagaan yang lebih besar pada tahun 2016 di sebuah rumah di bahagian sudut, terletak satu barisan yang sama dengan tadikanya.