by on 26/05/2022 654
Sorotan Utama |
|
PowerKids, Puchong Utama ialah tadika yang berpandangan ke hadapan dengan visi untuk memperkasakan kanak-kanak dengan kemahiran abad ke-21 dalam mencorak pelajar yang dapat menyesuaikan diri mereka sepanjang hayat di dunia kita yang terus berubah. Prasekolah yang mesra ini merupakan cawangan terbaru oleh PowerKids – yang terdpat juga di Sri Petaling, Parklane OUG, Bukit Jalil, Salak South Garden dan Puchong Utama. Dipercayai oleh ibu bapa sejak 2001, PowerKids telah memperoleh reputasi untuk menyediakan kanak-kanak berumur 3 hingga 6 tahun dengan permulaan yang terbaik dalam pendidikan.
Untuk membesarkan generasi baru adalah bermula dari hati .PowerKids, Puchong Utama
Di sini, kanak-kanak sentiasa berada kalangan aspek sekolah - seperti yang ditonjolkan melalui motonya, "Kanak-kanak Didahulukan". Keperluan kanak-kanak yang dititik beratkan mencorak pengurusan kanak-kanak disini. Bagi ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka kepada kami, mereka tidak perlu risau kerana setiap anak-anak akan dijaga denagn baik; Tidak kira di mana kekuatan dan kebolehan unik setiap kanak-kanak terletak, pembimbing akan tetap komited untuk meneruskan usaha terbaik dalam mencorak peribadi kanak-kanak itu.
Dalam komuniti PowerKids guru-guru bukan sahaja dilatih dengan baik untuk tugasan yang diberikan, tetapi juga berdedikasi untuk mengekalkan persekitaran yang sihat untuk kanak-kanak di mana hubungan penyayang dan rasa hormat diterapkan. Prinsip-prinsip ini - Kecemerlangan akademik, Membina watak dan Memupuk nilai-nilai moral - membentuk asas membimbing tugas yang mereka lakukan setiap hari.
Bagi kanak-kanak, tahun-tahun awal adalah masa yang penting untuk perkembangan mereka Apa yang mereka pelajari semasa peringkat ini yang akan mempersiapkan mereka untuk kejayaan di masa depan. Kurikulum di PowerKids disokong oleh piawaian rangka kerja pendidikan yang progresif dan berfikiran global yang dipanggil “FunGates Systems”. Amalan ini juga selaras dengan dasar pendidikan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Dengan kurikulum FunGates, kanak-kanak didedahkan kepada cara pembelajaran yang luas untuk memastikan mereka dipupuk dengan baik dari segi akademik, sosial dan emosi. Mereka diperkenalkan kepada bahasa, matematik, sains, seni dan kraf, muzik dan pergerakan fizikal dengan cara yang sesuai dengan umur dan kebolehan mereka. Setiap hari, guru menggalakkan kanak-kanak meneroka di sekeliling mereka melalui pelbagai pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan praktikal dengan penuh keriangan. Dalam pengalaman yang menarik ini, guru juga membantu kanak-kanak untuk menemui dan menggalakkan bakat dan minat unik mereka dan membolehkan kebolehan semula jadi mereka diperkembangkan. Kurikulum yang menarik ini memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk mengambil bahagian secara aktif dalam pembelajaran mereka, berfikir secara kreatif untuk menangani cabaran, mewujudkan tabiat yang baik dan belajar bagaimana untuk berhubung dengan orang lain, sambil mengembangkan diri mereka untuk menjadi lebih berkeyakinan. Semua ini akan memastikan perjalanan si kecil berkembang maju pada abad ke-21.
Sudah tentu, kanak-kanak memerlukan lebih banyak lagi pendidikan yang menyeluruh. Selain makan tengah hari yang berkhasiat, program selepas sekolah tadika diperkaya dengan aktiviti seperti bimbingan dalam menyiapkan kerja rumah, sains domestik, peningkatan bahasa, dan pertuturan dan drama; terdapat pusat inovasi yang dipenuhi dengan alat pendidikan yang boleh merangsang kreativiti kanak-kanak dan pemikiran kritis melalui permainan dan aktiviti. Aktiviti kurikulum tambahan seperti lawatan lapangan pendidikan, hari sukan dan konsert graduasi juga disediakan untuk memberikan kelainan yang produktif dari rutin harian.
Selain itu, kami juga menekankan sokongan untuk kesihatan mental kanak-kanak, terutamanya dalam tempoh dua tahun yang terakhir. Ini kerana perasaan kanak-kanak banyak mempengaruhi perkembangan keseluruhan dan kejayaan akademik mereka. Untuk kanak-kanak mempunyai sikap yang lebih positif terhadap pembelajaran, guru-guru menerapkan aktiviti seperti “show and tell” diwaktu pagi, rehat yang cukup bagi sesi “online” (yang diterima dengan baik oleh kanak-kanak). Kanak-kanak diberi pujian dan kata-kata semangat yang sesuai terhadap aktiviti dan tindakan baik yang dilakukan, dari fokus kepada kesalahan mereka. Jelas disini kenak-kanak teruja dan seronok untuk datang ke sekolah setiap hari tanpa mengira kesihatan mereka.
Dengan pemanfaatan “FunGates System”, kanak-kanak juga didedahkan dengan sikap pemurah dan dermawan. Sejak kecil, mereka meneroka cara untuk mereka menyokong dunia dan membantu mereka yang memerlukan melalui Yayasan FunGates Superflow – yang menyokong kumpulan seperti “Soup Kitchen” dan “Love on Wheels”.
Pendidikan di PowerKids pastinya lebih dari sekadar mendapat gred yang baik di sekolah. Ia merangkumi semua dimensi pertumbuhan positif, termasuk aspek membuat pilihan bijak untuk kehidupan yang menyeluruh, dan mampu menjaga komuniti dan alam sekitar untuk mencipta dunia yang lebih baik untuk didiami semua.