by on 26/09/2022 927
Sorotan Utama |
|
Sebagai nama yang mewarisi kecemerlangan akademik, Oasis International Schools adalah rangkaian sekolah yang luas di seluruh dunia dengan penubuhan sekolahnya yang pertama di Korea, empat dekad yang lalu. Perpusat di Tennessee, Amerika Syarikat, Oasis International Schools kini amat sinonim dengan kegemilangan akademik. Matlamat rangkaian yang terkenal ini adalah untuk menubuhkan dan mengembangkan sekolah-sekolah antarabangsa jenis Amerika di seluruh dunia.
Di Malaysia, Oasis International School Kuala Lumpur bertapak di perbandaran indah Bandar Rimbayu, dan ia telah memulakan tahun akademiknya yang ke-5 pada 10 Ogos 2022 yang lalu. Program yang ditawarkan termasuklah Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan Sekolah Menengah. Kiddy123 baru-baru ini berkesempatan untuk berbual mesra dengan Pengarah Kemajuan Sekolah, Bekah Dawson, untuk mengetahui antara lain, perihal kurikulum Amerika dan kelebihan-kelebihannya terhadap pendidikan anak-anak kita.
“Malaysia memiliki pasaran hebat untuk sekolah antarabangsa. Biar pun kebanyakan sekolah antarabangsa yang beroperasi di sini menggunakan kurikulum British, permintaan khusus untuk sekolah antarabangsa berkurikulum Amerika memang wujud, dan ia menawarkan pilihan yang berlainan untuk pelajar yang bergaya pembelajaran yang berbeza daripada pilihan kurikulum yang lazim,” jelas Cik Bekah.
Ibu bapalah yang paling mengetahui anak mereka masing-masing, namun, dari aspek pendidikan, kita perlu mengakui bahawa kanak-kanak semua berbeza dalam keperluan dan gaya pembelajaran masing-masing. Dengan itu, kurikulum tertentu mungkin dapat membantu supaya mendapat hasil yang terbaik untuk pendidikan kanak-kanak. “Saya ingin menyatakan di sini bahawa walaupun kurikulum Amerika tidak semestinya lebih baik atau kurang baik berbanding kurikulum-kurikulum lain yang ditawarkan di Malaysia, terdapat unsur-unsur kurikulum kami yang telah didapati cukup bermanfaat untuk pelajar dengan gaya pembelajaran tertentu. Kaedah penilaian kami pun amat berbeza berbanding dengan kurikulum UK, ” kongsi Cik Bekah.
“Terdapat satu analogi yang kami sering gunakan, dan ia merujuk kepada letupan mercun vs letupan bunga api Cina. Dalam kurikulum UK, penilaian agak berat, seperti letupan besar pada penghujung sesi mercun yang panjang. Ia dapat disamakan dengan, IGCSE. 'A' Level, dan sebagainya. Dengan kurikulum Amerika pula, penilaian dilakukan sepanjang semester, umpama letupan-letupan mini bunga api gaya Cina, di mana setiap perkara diambil kira sebagai penting untuk markah akhir tahun atau gred akhir,” Bekah menjelaskan dengan tekun. Beliau juga menguraikan bahawa peperiksaan, kuiz dan ujian masih menjadi sebahagian daripada keseluruhan kurikulum, namun ia tidaklah sehingga membebankan pelajar, seperti yang didapati dalam kurikulum UK.
Dalam lain kata, sekolah ini menawarkan pengalaman pembelajaran yang lebih sesuai untuk pelajar yang mungkin menghadapi masalah seperti keresahan peperiksaan, dan juga para pelajar yang cenderung untuk menghafal secara buta tanpa memahami fakta-fakta dalam pelajaran mereka.
Laluan menuju pengajian tinggi juga berbeza dengan kurikulum Amerika, di mana pelajar berpeluang untuk menyambung pengajian ke universiti pilihan dengan diploma sekolah tinggi mereka, memandangkan ia sijil yang diterima di seluruh dunia.
Ketika ditanya mengenai tenaga pengajar Oasis International School KL, Cik Bekah menjawab dengan besar hati, “Setiap guru di sini adalah prihatin, terlibat, dan bersedia untuk terjun sepenuhnya dalam ke dalam tugas mengajar, mendidik dan membimbing pelajar ke arah kejayaan masa depan mereka.”
“Guru-guru kami di sebenarnya adalah daya tarikan terbesar kami, kerana mereka semuanya bersemangat tinggi, dan bukan jenis yang sekadar masuk dan keluar mengikut jam. Selain mengajar dan menganjurkan kelab-kelab sekolah bersama-sama dengan pelajar, mereka juga bertugas sebagai jurulatih sukan, dan banyak lagi. Dilengkapi dengan pensijilan perguruan Amerika (US Teaching Certification), guru-guru sekolah ini mengambil berat untuk memastikan segala keperluan pendidikan pelajar mereka dipenuhi, di mana tiada yang akan ditinggalkan dalam kelas masing-masing.
Didapati bahawa pelajar-pelajar dan juga ibu bapa tidak jemu menyebut mengenai dedikasi dan usaha guru-guru di Oasis International School dalam membina keyakinan pelajar, di mana ia merupakan antara sebab utama mereka mengesyorkan sekolah ini kepada orang lain!
Oasis International School KL mempunyai kampus yang menakjubkan, di mana kemudahan dan kelengkapannya menjadi pujian ramai. Selain daripada bilik-bilik darjah Sekolah Rendah, Menengah dan Menengah, sekolah ini juga mempunyai pusat seni persembahan, perpustakaan, makmal pembelajaran, serta kafeteria. Salah satu ciri sekolah yang lebih menonjol adalah gimnya yang besar dan berkelengkapan penuh. Maklumlah, sukan merupakan sebuah aspek besar dalam gaya hidup Amerika, termasuk persekolahan. Satu lagi ciri yang dibanggakan oleh sekolah, dan digemari oleh pelajar dikenali sebagai Launch Pad, sebuah bilik pembelajaran moden yang bersifat inovatif, yang dilengkapi dengan pencetak 3D, skrin hijau, iMac, dan sebagainya. Ia merupakan sebuah ruang pembelajaran untuk kanak-kanak, yang menggunakan teknologi untuk tujuan ciptaan.
Dengan testimoni serta ulasan yang menggalakkan, Oasis International School KL amat dipuji sebagai pusat pendidikan yang berkualiti, di mana keluarga yang mempunyai anak yang menghadiri atau pernah menghadirinya tidak keberatan untuk mengesyorkannya kepada orang lain.