by on 25/05/2022 1062
Sorotan Utama: |
|
Prasekolah Tadika New Sun Moon (NSM) yang beribu pejabat di Cheras ditubuhkan berikutan misi murni pengasasnya untuk menyediakan pendidikan awal yang lain daripada lain untuk anak-anak kecil semasa tempoh pembelajaran paling kritikal dalam hidup mereka. Ia juga bercawangan di Ampang dan Bangsar South, di mana rancangan sedang dijalankan untuk menubuhkan lebih banyak lagi cawangan.
NSM ditubuhkan sedekad lalu oleh Cik Sammion Loo, dan semenjak itu, ia telah berkembang maju. Kiddy123 berpeluan untuk bertemu ramah dengan salah seorang pengetuanya, Cik Lilian, dan berikut ialah beberapa perkara tentang prasekolah yang popular itu yang ingin dikongsikan.
Ms Samion, yang mempunyai minat yang mendalam terhadap pendidikan awal kanak-kanak, pada mulanya menawarkan khidmat tuisyen untuk kanak-kanak sekolah rendah dengan niat untuk membantu mereka mencapai kecemerlangan dalam pelajaran mereka. Tidak lama kemudian dia merasa tertarik pula kepada idea untuk membuka prasekolah untuk membantu kanak-kanak membuat persediaan untuk memasuki sekolah rendah, supaya mereka dapat menikmati pengalaman persekolahan yang akan membawa kejayaan pada masa depan. Dengan itu, lahirlah NSM! Walau bagaimanapun, dengan bilangan prasekolah yang tidak berkesudahan di setiap negeri dan juga seluruh negara, apakah keistimewaan yang dapat ditawarkan oleh NSM?
Di NSM, pendekatan yang dipraktikkan adalah jenis tematik, di mana, dengan pengurusan yang mendalam, tema-tema yang digunakan sentiasa menarik untuk memikat minda muda dan memastikan mereka fokus pada perkembangan pelajaran mereka. Tema baru akan diadakan setiap bulan da sebuah subtema pula diperkenalkan setiap minggu. Hasilnya ialah kurikulum yang dalam masa itu, akan terdapat subtema mingguan juga, dan hasilnya ialah kurikulum teguh yang diminati kanak-kanak.
Dengan pemahaman bahawa kanak-kanak yang sangat muda(di bawah lima tahun) belajar dengan paling berkesan melalui bermain, NSM menawarkan banyak aktiviti yang menyeronokkan untuk kanak-kanak berumur tiga hingga lima tahun, supaya mereka berpeluang untuk menggerakkan badan mereka, meneroka persekitaran pembelajaran mereka, dan membina kemahiran motor mereka. Pada masa yang sama, kanak-kanak juga menyerap pengetahuan dan belajar perkara baru setiap hari. Dengan jelas sekali, didapati bahawa kanak-kanak di NSM juga muncul lebih mahir dalam pelbagai kemahiran hidup praktikal dan juga sangat berdisiplin bagi umur mereka. Sudah tentu semuanya itu dipengaruhi penjagaan dan bimbingan para guru dan kakitangan yang berkelayakan di prasekolah yang terkenal itu . Seperti yang dikongsi oleh Cik Lilian, guru-guru di NSM menjalani latihan berulang kali untuk meningkatkan kemahiran pengajaran serta mutu penjagaan mereka.
Apabila mereka memasuki usia prasekolah (6 tahun), pelajar di NSM akan menerima persediaan akademik yang mereka perlukan untuk membantu mereka cemerlang dalam perjalanan sekolah rendah mereka kelak. Mata pelajaran akademik yang diliputi di NSM termasuk Matematik, Sains, Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Mandarin, serta Moral. Semua mata pelajaran ini diajar menggunakan tema prasekolah yang dirancang dengan teliti untuk membantu mendapatkan hasil pengajaran yang terbaik. Bilangan murid di bilik darjah juga dikekalkan kecil dan mudah diurus, dengan maksimum hanya 12 kanak-kanak dalam satu bilik darjah. Ini bererti, kanak-kanak lebih berpeluang untuk mendapat perhatian dan bimbingan individu yang mereka perlukan untuk mencapai kecemerlangan. Hasilnya, ibu bapa kanak-kanak yang telah menghadiri NSM semuanya dapat melihat sendiri betapa mudahnya anak mereka menyesuaikan diri dengan baik sekali di sekolah rendah.
Satu ciri istimewa yang agak menonjol di NSM adalah penggunaan teknologi pengekodan genetik cap jari yang menawarkan ibu bapa serta guru petunjuk-petunjuk yang penting tentang kekuatan dan kelemahan pelajar. Ini akan membolehkan mereka merancang pengajaran dengan cara yang memanfaatkan sambil mengambil kira kemahiran dan bakat semula jadi kanak-kanak. Seperti yang kita sedia tahu, kanak-kanak masing-masing mempunya cara belajar yang berbeza - sesetengah mungkin belajar dengan lebih baik secara visual, manakala sesetengah pula lebih baik melalui cara audio. Dengan teknologi khas ini, kesimpulan dapat dibuat bagi memastikan cara yang terbaik untuk mengajar dan membimbing pelajar untuk mencapai potensi tertinggi masing-masing. Ibu bapa pula dapat menikmati kelebihan dengan mengetahui cara terbaik untuk menjaga anak mereka mengikut keperluan mereka yang unik dalam jangkamasa pembelajaran kritikal untuk mendapatkan hasil yang terbaik!
Bukan rahsia lagi bahawa kanak-kanak dapat berkembang dengan lebih pesat dengan adanya rutin harian yang baik. Di NSM, ia biasanya merupakan rutin yang menyeronokkan bagi kanak-kanak dari masa mereka masuk sehinggalah masa untuk pulang. Semasa kanak-kanak umur prasekolah sedang menjalani pendidikan mereka berserta dengan aktiviti dan permainan bertemakan hiburan dan pendidikan, kumpulan yang lebih muda juga menerima penjagaan yang baik, dan mereka mempunyai set aktiviti mereka sendiri untuk membantu mereka berkembang. Di NSM, segala usaha dilakukan untuk memastikan setiap kanak-kanak dapat mengambil bahagian dalam aktiviti berfaedah yang penting untuk tumbesaran dan perkembangan masing. Sambil dibimbing oleh pasukan pendidik profesional dan juga pasukan penjaga prasekolah, kanak-kanak belajar untuk berdikari, bertanggungjawab, berbudi pekerti dan pintar
NSM juga menawarkan perkhidmatan jagaan harian kepada keluarga yang memerlukan khidmat ini, contohnya ibu bapa yang bekerja dan sebagainya. Kanak-kanak menerima penjagaan yang terbaik, seperti di jaga oleh keluarga mereka sendiri. Mereka dapat tidur siang (nap time), makan, bermain dan mengambil bahagian dalam aktiviti rekaan khas yang membantu dalam perkembangan optimum mereka. Kanak-kanak prasekolah dibimbing dengan baik dalam ulangkaji pelajaran mereka juga, supaya mereka wujudnya kesinambungan yang baik dalam pelajaran mereka. Setiap kanak-kanak di NSM sebenarnya memiliki kemahiran hidup praktikal yang berguna pada usia yang sangat muda, berkat bimbingan penuh dedikasi di prasekolah itu.
Sambil menyediakan pendidikan awal yang menyeluruh dan lengkap, NSM juga menawarkan kem percutian yang hebat, siap dengan aktiviti yang menyeronokkan untuk kebaikan pelajar-pelajarnya. Di antaranya adalah Kem Tingkah Laku Baik tahunan yang menampilkan aktiviti untuk kanak-kanak bersama-sama dengan ibu bapa mereka.