by on 03/05/2024 192
Sorotan Utama |
|
Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak lebih gembira jika mereka dapat meluangkan masa untuk bermain di luar. Kanak-kanak ini juga mempunyai daya tumpuan, kreativiti, dan ingatan yang lebih baik, Selain itu, meluangkan masa dalam alam semulajadi dapat mengurangkan rasa stres dan membantu meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak tersebut.
Malangnya, ramai di antara kanak-kanak yang tinggal di kawasan bandar tidak mempunyai banyak peluang untuk berada di kawasan luar – sesuatu yang ingin diubah oleh Mandarin Lighthaus, Bangsar.
Prasekolah yang baru ini dibuka pada bulan November 2023 dan menawarkan program separuh hari (dari pukul 8.30 pagi hingga 12.30 petang) dan juga program jagaan harian (sehingga pukul 5.45 petang) untuk kanak-kanak berusia dua hingga enam tahun. Kurikulum di sini menekankan pengalaman pembelajaran yang menyeluruh, dan mengintegrasikan pembelajaran secara hands-on, akademik, dan pendekatan berasaskan permainan.
Aktiviti fizikal dan pergerakan digalakkan di sekolah ini – jadi kanak-kanak akan menghabiskan 45 minits setiap pagi untuk senaman dan aktiviti di luar yang lain. Halaman sekolah yang luas dilengkapi sebuah taman permainan yang berwarna-warni, dan juga ruang permainan pasir.
Terdapat juga sebuah kawasan tanaman kecil, di mana kanak-kanak boleh melakukan aktiviti penanaman.
“Kami baru sahaja memetik sayur-sayuran yang ditanam oleh murid-murid kami awal tahun ini,” kata pengetua sekolah Cik Tiow Chai Nee. “Kanak-kanak kami begitu ghairah dan gembira untuk membawa hasil tanaman mereka pulang ke rumah! Aktiviti-aktiviti seperti ini amat bermanfaat untuk murid-murid kerana mereka dapat belajar sambil bermain, dan tidak hanya belajar dalam bilik darjah sahaja,” tambah beliau.
Cawangan Mandarin Lighthaus, Bangsar merupakan cawangan kedua jenama ini, dan ianya mengikuti kurikulum berkualiti yang sama seperti cawangan utama mereka di Mont Kiara.
Silibus di sini mengambil unsur-unsur dari Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dan menggabungkannya dengan bahan-bahan dan rancangan pengajaran yang digubal oleh sekolah ini sendiri, dengan tumpuan diberikan kepada membina asas yang kukuh dalam Mandarin.
Matapelajaran seperti Matematik, Sains (STEM) dan Pendidikan Moral diajar dalam Bahasa Mandarin, dan terdapat juga kelas khusus untuk bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Selain penguasaan bahasa, sekolah juga menyasarkan pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak melalui aktiviti hands-on seperti messy play, seni dan kraf, dan muzik dan irama.
Kanak-kanak yang kecil diajar kemahiran hidup praktikal melalui aktiviti yang menarik dan menyeronokkan. Contohnya, semasa kelas memasak, mereka dapat meningkatkan daya motor halus mereka menerusi tugasan seperti menyodok, menuang air, dan banyak lagi.
Pembelajaran secara tidak langsung terterap dalam sesi-sesi ini. Sebagai contoh, apabila kanak-kanak dikenalkan dengan perkataan yang baru, seperti ‘telur’ semasa di bilik darjah, mereka akan menggunakan bahan ini dalam kelas memasak mereka, yang akan membantu mereka mengaitkan perkataan baru ini menerusi aktiviti praktikal.
Aktiviti-aktiviti ini juga membolehkan kanak-kanak untuk belajar tentang budaya yang berlainan. Salah satu kelas melibatkan kanak-kanak membuat ‘tang yuan’, sejenis manisan Cina yang terdiri daripada bebola yang dibuat dari tepung beras.
Teknik pengajaran lama yang melibatkan penghafalan tidak lagi relevan pada zaman kini kerana ianya hanya melibatkan penyapaian maklumat sehala, dari guru kepada pelajar.
Guru-guru di Mandarin Lighthaus sentiasa dikemaskini dengan trend pendidikan yang terkini, dan mengguanakan pendekatan yang kreatif bagi mengalakkan para pelajar untuk meneroka dan melakukan eksperimen, serta membuat pemerhatian, berfikir dan meluahkan perasaan mereka sendiri.
Sebagai contoh, untuk projek Sains, kanak-kanak belajar tentang kitaran hidup anak ayam, di mana mereka meletakkan telur ke dalam inkubator untuk mengeram anak ayam.
“Jika murid-murid sedang belajar tentang konsep saiz, kami tidak saja menunjukkan kepada mereka sebuah perkataan untuk dihafal. Kami membekalkan objek yang sebenar supaya mereka dapat melihat, menyentuh, dan merasa objek tersebut dan benar-benar memahami maksud di sebalik konsep tersebut dalam dunia sebenar,” jelas Cik Tiow.
Pada masa yang sama, sekolah perlu menyimbangkan aktiviti praktikal dengan sesi kelas yang lebih berstruktur, supaya kanak-kanak boleh bersedia untuk menghadapi alam persekolahan rendah.
Berkat kurikulum sekolah yang bernas dan bahan-bahan pelajaran yang merangsangkan, kebanyakan murid-murid di sekolah ini dapat mengenali lebih dari 500 karakter Mandarin apabila mereka tamat sekolah, dan juga cara untuk membina ayat.
Kelas pengayaan Mandarin turut diadakan dalam kumpulan yang kecil, sama ada satu atau dua pelajar sahaja, bagi memastikan perhatian yang secukupnya.
“Kami memberi tumpuan kepada penggunaan Mandarin yang betul semasa berkomunikasi dengan kanak-kanak, jadi guru-guru tidak akan menggunakan ayat-ayat slang atau yang tidak sempurna,” kata Cik Tiow.
Ibu bapa yang mencari persekitaran yang kaya bahasa semestinya akan menyukai Mandarin Lighthaus, Bangsar.
Selain membantu kanak-kanak menguasai bahasa-bahasa yang berlainan – aspek yang penting untuk membina asas dalam literasi dan pembelajaran yang lain – sekolah ini juga komited terhadap perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh melalui pembelajaran hands-on dan aktiviti yang mengalakkan perkembangan sosial, fizikal, dan emosi.
Tambahan lagi, sekolah ini juga mempunyai pasukan tenaga pengajar yang berdedikasi dan memiliki rasa kasih sayang terhadap kanak-kanak, menjadikan sekolah ini sebuah sekolah yang cemerlang dalam memupuk murid-murid yang mempunyai rasa cinta terhadap ilmu yang berkekalan.