on 06/04/2017 2764
Sejarah telah merekodkan banyak cerita dan prosa mengenai gagasan pendidikan dan institusinya. Kinderland USJ adalah salah satu sejarah yang sedang ditulis. Dicat dengan warna cerah, banggunan besar tiga tingkat yang luas, Kinderland sudah pasti mampu bersaing dengan mana-mana tadika di Malaysia. Kinderland adalah sebuah prasekolah dan pusat Penjagaan Kanak-Kanak yang telah ditubuhkan pada tahun 2002 dan berdaftar di bawah Crestar Education Malaysia Sdn. Bhd. Kinderland kini mempunyai 22 buah pusat di Malaysia, dan merupakan jenama yang dipercayai ramai.
Kinderland mendukung falsafah, "Kami percaya bahawa setiap kanak-kanak mempunyai potensi untuk menjadi yang terbaik. Dengan memelihara kegembiraan dan keseronokan zaman kanak-kanak. Kanak-kanak akan belajar dengan seronok dan menjadi pelajar sepanjang hayat.” Kurikulum Kinderland telah direka khas oleh barisan pendidik yang berkelayakan khusus dalam disiplin pendidikan awal kanak-kanak. Kurikulum ini berhasrat untuk menjadikan semua pelajar di Kinderland sebagai seorang yang kreatif, berkebolehan, yakin dan penyayang.
Kinderland mengalu-alukan kanak-kanak datang ke sekolahnya. Guru dan kakitangan Kinderland adalah terdiri daripada mereka yang berkelulusan dan berpengalaman. Kesemua guru di Kinderland mempunyai sekurang-kurangnya sijil dalam disiplin pendidikan awal. Guru di Kinderland adalah pemegang Diploma atau Ijazah yang mempunyai pengalaman dan latihan dalam aspek Pendidikan Awal Kanak-kanak seperti Pendidikan Keperluan Khas, Kemahiran Komunikasi Bahasa Inggeris serta Latihan Asuhan Kanak-Kanak Asas.
Mempunyai kakitangan yang berpengalaman, berkemahiran dan terlatih adalah antara aspek yang menjadi Kinderland, Kinderland. Kinderland USJ menawarkan ruang yang luas, persekitaran yang segar dan bersih dengan atrium besar di tengah-tengah bangunan yang memberi laluan kepada cahaya dan pengudaraan dengan sempurna dan secukupnya. Pentas besar dibina untuk kegiatan dan acara dalaman. Di pentas inilah mereka akan mengadakan perhimpunan mingguan mereka, waktu makan dan konsert tahunan.
Pendidikan awal kanak-kanak di Kinderland USJ diselaraskan di bawah dua kategori utama iaitu “Penjagaan Bayi dan Kanak-Kanak,” untuk kanak-kanak berusia tiga bulan hingga empat tahun dan pendidikan "Pra Sekolah dan Tadika" untuk kanak-kanak berumur lima hingga enam tahun.
Dalam kategori “Penjagaan Bay dan Kanak-Kanak,” setiap bayi dan kanak-kanak dibawah kategori ini akan dijaga oleh penjaga yang berkelayakan dan berpengalaman dalam persekitaran yang direka dengan tahap keselamatan, kebersihan dan keselesaan yang sangat tinggi. Apabila bercakap mengenai "Penjagaan Anak", sama ada anda membuat keputusan untuk mengambil program penuh atau separuh hari, anak-anak anda akan mempunyai akses penuh kepada setiap program holistik, bersepadu dan komprehensif untuk pembelajaran yang ditawarkan di Kinderland.
Bagi kategori ”Prasekolah dan Tadika", program yang ditawarkan dalam kategori ini adalah bertujuan bagi merangsang pertumbuhan fizikal, intelektual, sosial, emosi dan aspek kreatif kanak-kanak melalui gabungan subjek-subjek yang melibatkan bahasa, matematik, sains, muzik dan pergerakan serta konsep dan kemahiran seni dan kraf.
Kajian mendedahkan bahawa pendidikan muzik di sekolah boleh membantu kanak-kanak meningkatkan daya fokus dan ingatan mereka, menghalusi keupayaan untuk meluahkan perasaan dengan lebih baik, merasa rentak irama dan paham akan asas muzik. Menyedari akan hakikat ini, Kinderland menawarkan "Program Muzik Kanak-kanak" yang uniknya dan tersendiri.
Program ini diajar oleh guru muzik yang berkelayakan. Kanak-kanak berumur tiga dan empat tahun digalakkan untuk meluahkan perasaan mereka melalui aktiviti yang melibatkan nyanyian, bacaan puisi dan bermain alat muzik. Bagi kanak-kanak yang berumur lima hingga enam tahun, mereka akan diperkenalkan kepada pelajaran papan kekunci mingguan dan kemahiran membaca notasi.
Seperti yang pernah ditulis oleh William Shakespeare, "Jika muzik menjadi makanan kepada cinta, teruskan bermain ... .." Berikutan dari "Program Muzik Kanak-Kanak", Kinderland juga telah memperkenalkan "KinderFit Program.” Program ini telah dirancang dan ditulis khusus oleh pakar pendidikan jasmani. Program secara khususnya memberi penekanan kepada kesejahteraan secara holistik, membolehkan kanak-kanak menjadi lebih sihat dan berasa lebih yakin tentang diri mereka sendiri. Program KinderFit ini melibatkan aktiviti pergerakan asas, program kardio, serta pelajaran tentang pemakanan sihat.
Program yang berikutnya adalah Kurikulum Bersepadu Cina yang diselaraskan dengan kurikulum Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, cth. Topik bertema yang serupa diajar dalam bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Cina, untuk menyediakan kanak-kanak dengan struktur pengajaran yang lebih komprehensif. Usaha ini, sekalig gus menjadikan pembelajaran tiga bahasa utama Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Mandarin menyeronokkan dan bermakna.
Kinderland USJ menitikberatkan aspek keselamatan. Kamera CCTV dipasang bagi memastikan rasa selamat sentiasa dirasa. Makanan disediakan setiap hari dan dimasak segar dari dapur mereka sendiri. Penekanan juga diberikan kepada aspek keselamatan, kesihatan, kebersihan dan pemakanan.
“Melihat kanak-kanak dengan seronok menikmati zaman kanak-kanak mereka di sini, adalah aspek yang paling menggembirakan dalam kerjaya saya. Kanak-kanak adalah kain putih bersih yang tidak bersalah. Oleh itu, kita mesti memeliharanya sebaik mungkin dengan mengajar mereka akan nilai-nilai tanggungjawab dan kemanusian yang betul dan ikhlas. Usaha ini akan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran kehidupan yang lebih berliku di masa hadapan, di samping membentuk mereka supaya menjadi seorang manusia yang lebih berkasih sayang,” jelas Madam June.