by on 18/12/2019 1489
Jika terdapat sesuatu cara di mana anda, sebagai ibu atau bapa, dapat memanipulasikan keadaan supaya memihak kepada kejayaan dan kebahagiaan hidup anak anda, adakah anda akan bertindak sewajarnya? Sebenarnya, sejumlah besar bakat dan ciri-ciri khas telah pun ditentukan di dalam gen anak anda. Jika ciri-ciri ini diketahui, ia akan membantu anda merancang perjalanan hidup yang paling sesuai untuk anak anda, dengan hasil yang terbaik mungkin!
Inilah yang dapat diperoleh melalui ujian penyahkoda DNA Neucleus Decode Talent DNA
Adakah kemungkinan anak anda akan paling terserlah bakatnya sebagai seorang pemuzik? Atau mungkinkah kerjaya dalam bidang kejuruteraan yang paling sesuai baginya? Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang penyahkodan bakat Neucleus, Kiddy123 bertemu dengan Dr Shane, PhD, untuk membantu kami memahami dengan lebih mendalam mengenai ujian unggul ini dan bagaimana ia dapat membantu ibu bapa.
Ramai yang menyangka bahawa bakat adalah hasil usaha tekun (100%) seorang kanak-kanak semata-matanya yang menyumbang kepada kejayaannya. Namun, kita sudah tentu dapat perhatikan bagaimana sesetengah rakan-rakan yang dapat pelajari teknik-teknik seni atau muzik dengan lebih cepat berbanding dengan yang lain. Ada juga yang lebih berbakat dalam pencapaian matematik atau akademik. Kesemuanya berkait rapat dengan apa yang terkandung di dalam DNA masing-masing, kerana setiap orang adalah unik pada dasar genetik. Pada tahun 2015, selepas mengkaji semula segala ujian anak-anak kembar dalam 50 tahun yang lalu, di mana 14 juta kembar dari 39 negara dinilai, saintis sedunia mendapati bahawa gen menyumbang sehingga 49% (bukan 0%) manakala faktor luaran hanya 51% (bukan 100%) untuk kejayaan mereka masing-masing.
Kenyataan di atas amat penting, kerana seorang kanak-kanak mungkin mempunyai bakat tersembunyi yang paling menakjubkan, tetapi jika ibu bapanya tidak tahu mengenainya, dan tidak mengambil langkah yang sesuai untuk mengasah bakat tersebut, ia mungkin kekal 'tersembunyi’ untuk selama-lamanya.
Sejak selesainya Projek Genom Manusia pada tahun 2003, para saintis telah berjaya menggabungkan gen manusia mengikut betapa baik (atau buruk) fungsi tubuh mereka, iaitu dari segi risiko penyakit-penyakit tertentu, keperluan pemakanan yang unik, jenis sukan yang paling sesuai , bakat-bakat semula jadi, serta ciri-ciri keperibadian mereka. Penyelidikan kolaboratif global ini, seperti yang dikongsi dengan kami oleh Dr Shane, telah dijalankan sejak tahun 1990, apabila para saintis mula membandingkan persamaan antara individu-individu yang mempunyai bakat tertentu. Sebagai contoh, individu yang mempunyai kecenderungan muzik (iaitu mereka mempunyai pic yang sempurna (perfect pitch), berkemahiran bermain alat muzik, dan lain-lain) mempunyai persamaan yang jelas antara mereka dari tahap genetik.
Rupa-rupanya, DNA manusia sebenarnya dapat mendedahkan perkara tentang seseorang yang ibu bapa mereka sendiri tidak mungkin mengetahui!
Disebabkan penemuan ini, jelaslah kini bahawa setiap satu antara kita adalah unik, dan tiada antara kita yang sama. Sudah tentunya jika mereka mengetahui ciri-ciri khusus, bakat dan kekuatan yang dimiliki oleh anak-anak mereka, ibu bapa lebih berpeluang untuk membantu dalam pembukaan laluan yang lebih mudah dan bermakna bagi kejayaan serta kebahagiaan anak mereka.
Siapa yang tidak ingin menjadi versi terbaik diri mereka? Namun begitu sebagai ibu bapa, adakah kita mengasuh anak-anak kita berdasarkan harapan kita sendiri atau pun mengikut bakat-bakat semulajadi mereka?
Sejak pengenalan Decode Talent DNA Testing (DTDT), maklumat berguna yang tersembunyi di tahap genetik dalam diri anak mereka dapat diungkap oleh ibu bapa! Adalah disarankan supaya ujian ini dilakukan pada umur yang paling muda sekali. Sebabnya ialah, kanak-kanak berkeupayaan membelajar dengan paling cepat dan pantas dalam beberapa tahun pertama kehidupan. Bakat semula jadi kanak-kanak mungkin tidak cukup terserlah pada usia muda. Namun, kebanyakan individu yang paling berbakat di dunia didapati telah mula mengasah kemahiran mereka sejak kecil lagi. Dengan itu, sudah tentu ibu bapa ingin memanfaatkan jangkamasa kritikal ini, apatah lagi jika mempunyai senarai ciri-ciri genetik tentang diri nak mereka.
Setakat ini, DTDT telah mengubah nasib keluarga-keluarga yang telah menemui bakat dan personaliti anak-anak mereka, dan dengan itu telah mula memanfaatkan potensi mereka. Ia adalah ujian genetik yang paling komprehensif dan tepat yang merangkumi lima bidang, iaitu Bakat, IQ, EQ, Keperibadian, dan Kesihatan Keseluruhan, di mana sampel DNA dibandingkan dengan pangkalan data genetik Asia terbesar di dunia. Proses ini pada keseluruhannya memberikan hasil yang paling tepat dan boleh dipercayai, dan sesungguhnya, ia menawarkan kelebihan yang unggul bagi anak-anak kita. Lebih-lebih lagi, ujian ini perlu diambil sekali sahaja seumur hidup, kerana DNA manusia tidak berubah.
"Sebabnya soalan di atas perlu ditanya adalah kerana terdapat berjuta-juta ibu bapa di seluruh dunia yang menganggap bahawa mereka sedang melakukan yang terbaik untuk anak mereka, tetapi sebenarnya, mereka tidak. Bukan kerana mereka tidak peduli, tetapi kerana mereka tidak mengetahui tentang potensi anak mereka, " jelas Dr Shane. Kini kita tahu mengapa istilah 'potensi tersembunyi' selalu digunakan di pusat pengayaan kanak-kanak, kerana potensi ini tidak dapat dikesan oleh mata kasar. Tetapi DNA seorang kanak-kanak mampu mendedahkan informasi yang komprehensif tentang kelebihan serta kelainan dalam diri seorang kanak-kanak, lalu memberikan ibu bapanya peluang berharga untuk menentukan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengasah potensi itu.
"Sebabnya soalan di atas perlu ditanya adalah kerana terdapat berjuta-juta ibu bapa di seluruh dunia yang menganggap bahawa mereka sedang melakukan yang terbaik untuk anak mereka, tetapi sebenarnya, mereka tidak. Bukan kerana mereka tidak peduli, tetapi kerana mereka tidak mengetahui tentang potensi anak mereka, " jelas Dr Shane. Kini kita tahu mengapa istilah 'potensi tersembunyi' selalu digunakan di pusat pengayaan kanak-kanak, kerana potensi ini tidak dapat dikesan oleh mata kasar. Tetapi DNA seorang kanak-kanak mampu mendedahkan informasi yang komprehensif tentang kelebihan serta kelainan dalam diri seorang kanak-kanak, lalu memberikan ibu bapanya peluang berharga untuk menentukan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengasah potensi itu.
Menentukan bakat sebenar kanak-kanak tidak patut menjadi teka-teki. Dari segi persediaan, anda tentu ingin menggali perigi di kawasan yang tentu ada air, dengan usaha yang paling minima. jelas Dr Shane dengan bersungguh-sungguh
DTDT bukan sahaja mendedahkan potensi kanak-kanak serta bakat semula jadi mereka, tetapi juga dapat memaklumkan kepada ibu bapa tentang kelemahan semula jadi anak mereka itu dari segi keperibadian dan juga kesihatan. Ujian ini boleh memberi petunjuk kepada ibu bapa jika anak mereka mempunyai kecenderungan untuk menyendiri, hiperaktif, terlalu sentimental, tertekan, dan lain-lainl, dan / atau jika ada kecenderungan terhadap miopia, obesiti, merokok serta alkoholisme - semua ini dan lebih lagi telah sedia dikodkan di dalam DNA mereka!
Sekiranya ujian mendedahkan kemungkinan daya ingatan yang lemah, ibu bapa boleh mengambil beberapa langkah awal yang penting, seperti mendaftarkan mereka ke dalam program latihan memori untuk membantu mengatasinya. Sebaliknya, jika terdapat potensi dalam matematik, misalnya, ibu bapa dapat memastikan anak mereka itu dibimbing dengan baik supaya bakat tersebut dapat berkembang dengan jayanya. Seperti yang dikatakan oleh Dr Shane, "Akhirnya, genetik akan memuatkan senjata, namun hanya pupukan yang dapat menembaknya"
Malangnya, terdapat banyak peluang yang telah dibazirkan, dan masa pula terbuang, padahal ia sepatutnya digunakan untuk membantu kanak-kanak mengasah kemahiran semulajadi mereka, ataupun menguruskan masalah yang mungkin dapat menghindarkan kejayaan masa depan mereka.
Terdapat banyak kemahiran dan bakat yang pasti menyerlah dalam kehidupan manusia, namun ia patut diasah dari zaman kanak-kanak lagi. Oleh itu, dari segi penyahkodan DNA, jika peluang keemasan ini terlepas, maklumat penting mengenai bakat tersembunyi, atau kelemahan-kelemahan seperti yang sedia dimaklum di atas juga akan terlepas.
Langkah pertama adalah temujanji dengan pasukan saintis yang berkelayakan dan berpengalaman di mana-mana sekolah atau kafe yang mudah untuk ibu bapa. Pengambilan darah tidak diperlukan sama sekali untuk ujian ini! Mereka juga tidak perlu berdepan dengan perkara-perkara mistik daripada bacaan garis dan alur di telapak tangan, atau dari tarikh lahir anak mereka. DTDT menawarkan fakta-fakta berasaskan sains yang telah dikodkan ke dalam gen kanak-kanak. Sampel DNA diambil melalui swab pipi dalam prosedur yang mudah dan cepat, dan kemudian dihantar ke makmal genetik diiktiraf ISO di Singapura untuk penjujukan dan analisis. Seterusnya, pasukan bioinformatik yang berpengalaman akan mula membaca kod sampel DNA dan sebuah laporan akan disediakan.
Sebanyak 46 jenis keputusan yang merangkumi potensi Bakat, IQ, EQ, Kepribadian dan Kesihatan kanak-kanak yang dikodkan dalam DNA manusia dinyatakan dengan jelas melalui ujian tunggal yang menawarkan ketepatan sehingga 99.9%. "Makmal kami di Singapura mempunyai pangkalan data terbesar di dunia untuk genetik Asia," ungkap Dr Shane. "Oleh itu, kami merupakan peneraju dalam genetik Asia untuk memastikan ujian bermutu tertinggi dengan keputusan yang amat tepat." Ketepatan analisis ujian itu disokong oleh beribu-ribu penerbitan saintifik dari universiti dan institut penyelidikan di seluruh dunia menerusi kerjasama global sejak 30 tahun yang lalu dalam projek Genom Manusia yang sedia dimaklumkan di atas. Ia juga melibatkan beratus ribu orang untuk memperoleh hasil penyelidikan yang paling tepat. Oleh itu, ibu bapa tidak perlu berwas-was kerana laporan yang dihasilkan dalam penyahkodan DNA berasaskan bukti, dengan jaminan ketepatan yang tinggi.
Dengan laporan DTDT, sesi perundingan dengan ibu bapa akan dikendalikan untuk membantu mereka merancang pelan perkembangan yang paling berkesan untuk anak mereka. Kini, semakin ramai ibu bapa mula sedar betapa besar impaknya terhadap kehidupan keluarga mereka hasil daripada mengetahui potensi sebenar anak mereka serta langkah-langkah yang perlu diambil, yang disokong oleh sains, untuk membuka semua pintu yang tepat untuk anak mereka. Ia sebenarnya sebuah panduan kehidupan, dengan syarat anda menggunakannya dengan betul.
Kami di Kiddy123 menyarankan supaya setiap ibu bapa menjadualkan temujanji dengan saintis di Nuecleus Talent Decoding hari ini dan mengambil langkah pertama untuk mengetahui potensi anak anda yang tersembunyi.