by on 13/06/2023 378
Sorotan Utama: |
|
Ibu bapa hari ini perlu menghadapi beberapa perkara berkaitan dengan pendidikan awal anak-anak mereka. Bilakah harus anak mereka bermula? Bagaimana anak mereka seharusnya belajar? Apa yang patut mereka pelajari? Kita tidak mampu lagi sekadar menghantar anak-anak ke tadika selama setahun dua sebelum memasuki sekolah rendah, dan seterusnya mengharapkan mereka berjaya, kerana kurikulum sekolah hari ini jauh lebih maju daripada zaman dahulu.
Keluarga-keluarga yang menetap di Selangor dan Subang menganggap ABC Tot, sekolah asas premium untuk kanak-kanak kecil, sebagai penyelesaian paling ideal, yang membolehkan kanak-kanak memupuk dan membina kemahiran penting yang amat berguna sepanjang hayat sambil memperkenalkan konsep asas mata pelajaran teras sekolah rendah terpilih. Memandangkan ABC Tot menerima kanak-kanak dari umur dua hingga empat tahun, anak-anak kecil akan mendapat pendedahan yang secukupnya kepada persekitaran persekolahan dan pendidikan yang berfaedah pada jangka masa pertumbuhan kritikal mereka, apabila otak mereka berada pada tempoh pembelajaran puncak.
Dengan pendekatan yang tidak biasa digunakan oleh kebanyakan pusat-pusat pendidikan awal di Malaysia, para guru di ABC Tot Ara Damansara berusaha untuk memanfaatkan pelbagai jenis kecerdasan semula jadi kanak-kanak. Dengan mengiktiraf kualiti kanak-kanak ini, yang mungkin berbeza dari individu ke individu, keunikan masing-masing juga dihormati.
Pendekatan ini memerlukan guru mengenal pasti dan menggunakan pelajaran untuk cerita yang terpilih dalam rancangan pengajaran mereka. Ini dicerminkan dalam aktiviti mereka yang dicipta dan dirancang untuk kanak-kanak. Dalam kaedah yang mesra kanak-kanak, kecerdasan pelbagai juga dibangunkan, dan ia termasuk Kecerdasan Linguistik-Verbal; Kecerdasan Logik-Matematik; Kecerdasan Visual-Spatial; Kecerdasan Kinestetik Tubuh; dan Kecerdasan Muzik; Kecerdasan Interpersonal; Kecerdasan Intrapersonal; Kecerdasan Naturalistik; dan juga Kecerdasan Wujud. Cara ABC Tot mengajar kanak-kanak telah menghasilkan anak-anak kecil yang cerdik, bersopan, suka menolong orang lain dan cukup bersedia untuk menghadapi Sekolah Rendah!
Aspek lain dalam kehidupan seperti pembinaan kemahiran hidup yang penting, kemahiran interaksi sosial, tingkah laku, serta kreativiti masing-masing sebagai individu juga tidak diabaikan, menyebabkan graduan ABC Tot muncul dengan bakat tersendiri, dan berkeyakinan diri.
Bilik darjah yang lebih kecil: Bilik darjah di ABC Tot dikekalkan pada saiz kecil, dengan kadar 4 pelajar kepada seorang guru, atau enam pelajar kepada seorang guru. Inilah yang membolehkan guru memberi perhatian yang lebih kepada setiap kanak-kanak dan membimbing mereka mengikut keperluan masing-masing, yang seterusnya meninggalkan kesan positif kepada hasil pembelajaran mereka. ABC Tot, sebenarnya, adalah antara pusat pendidikan awal yang menawarkan saiz bilik darjah yang paling kecil berbanding yang lain.
Tiada umur yang terlalu awal supaya kanak-kanak diterapkan dengan tabiat yang baik, seperti amalan kebersihan diri, dan juga mengemas tempat bermain, dan sebagainya. Begitu juga dengan pembangunan tingkah laku yang lebih baik, yang seterusnya akan membina watak yang lebih baik - segala yang memberi manfaat kepada kanak-kanak dalam pelbagai cara, dan semua itu merupakan sebahagian daripada kurikulum di ABC Tot. Sudah tentu juga, terdapat amalan kemahiran hidup seharian, yang merupakan salah satu ciri khas ABC Tot. Semua yang di atas diterapkan melalui rutin harian, iaitu kaedah yang terbukti untuk kanak-kanak mempelajari tabiat dan kemahiran baru. Hasilnya, anak-anak kecil yang menghadiri Sekolah Tot akan membina keyakinan diri yang lebih baik, mereka lebih hormat terhadap orang lain, dan juga menjadi lebih produktif serta bertanggungjawab.
Tidak semestinya setiap keluarga dapat mengikuti jadual konvensional sekolah disebabkan kerja dan juga tanggungjawab lain. Memahami fakta ini, ABC Tot menawarkan jadual operasi yang lebih santai, yang memudahkan ibu bapa berkenaan. Mereka menawarkan pilihan dari segi hari persekolahan, dan ini termasuk 2 hari; 3 hari atau 5 hari persekolahan seminggu. Terdapat juga pilihan separuh hari atau sehari penuh untuk perkhidmatan jagaan harian mereka. Ini juga merupakan salah satu ciri ABC Tot yang membantu menonjolkannnya.
Ibu bapa sentiasa diberitahu mengenai kemajuan anak mereka di sekolah melalui aplikasi dalaman milik ABC Tot. Guru akan menyediakan laporan harian bertulis tentang kemajuan setiap kanak-kanak, yang dimuat naik ke aplikasi mudah alih. Ciri ini membolehkan ibu bapa mengetahui pembelajaran yang berlaku pada ketika itu.
Kanak-kanak yang hadir ke ABC Tot tidak mungkin kekurangan aktiviti menarik dan berfaedah, di mana salah satu aktiviti yang membanggakan sekolah itu sendiri adalah program Masakan Kolaboratif. Program memasak untuk kanak-kanak kecil ini membolehkan mereka bekerjasama dengan rakan sebaya, atau bekerja secara individu untuk menyediakan hidangan atau snek. Program Masakan Kolaboratif mengajar kanak-kanak tentang kebaikan kerjasama, pembahagian kerja, dan cara-cara menjaga kebersihan semasa menyediakan makanan. Ia juga membantu kanak-kanak supaya lebih menghargai makanan mereka, dan menyedarkan mereka proses yang berlaku sebelum hidangan disajikan di meja makan.
Melalui kerjasama dengan program Mi Art (Multiple Intelligence Art), hujung minggu di ABC Tot amat menceriakan dengan daya ciptaan dan keseronokan berikutan penglibatan kanak-kanak dalam pelbagai bentuk seni. Program ini mendapat sambutan hangat daripada kanak-kanak serta keluarga mereka. Kanak-kanak dapat melibatkan diri dengan projek dan tugasan yang sesuai dengan umur masing-masing, sambil mempamerkan kebolehan mereka, malah mungkin juga dapat mendedahkan bakat yang terpendam. Kelas yang disediakan termasuk: Messy Art (3-6 tahun); Seni Penjelajah (6-9 tahun); dan Pengembara (9-12 tahun).