by on 21/06/2019 2294
3Q MRC Toddlers bertekad untuk menyediakan kanak-kanak berusia 6 bulan hingga 3 tahun dengan permulaan hidup yang betul. Bermatlamat untuk mencetuskan rasa cinta akan pembelajaran dari usia yang muda dan memberi galakan dalam perjalanan pendidikan yang mengujakan, menginspirasi dan merangsang minda mereka. Melalui program unik 3Q™ MRC Toddlers, ruang pembelajaran yang direka khas dan tumpuan terhadap hubungan, sekolah ini memberi kanak-kanak persekitaran terbaik untuk bermain, belajar dan menjadi versi terbaik diri mereka sendiri. Dengan pengalaman mendalam dalam memberikan perkhidmatan pendidikan awal yang baik, 3Q™ MRC Toddlers yakin dalam memastikan anak-anak kecil berkembang maju.;
Kemudahan-kemudahan di sini direka untuk melengkapi program holistik. Bayi dan kanak-kanak menikmati waktu bermain mereka dan belajar dalam konsep pelan terbuka yang merangkumi semua bidang yang diperlukan untuk pembangunan mereka. Terdapat ruang yang disediakan untuk kumpulan usia yang berbeza dan kawasan luar yang terbuka. Bahan-bahan pelajaran yang sesuai dirancang bagi menggalakkan kanak-kanak untuk meneroka pelbagai minat agar mereka menemui minat tersendiri dan mencapai potensi penuh mereka.
Kekuatan kurikulum terletak pada keupayaannya untuk mengembangkan seluruh otak iaitu membantu kanak-kanak meningkatkan kedua-dua aspek logik dan kreatif otak. Si kecil dapat memahami pelbagai konsep berbeza disebabkan oleh pendidikan bersepadu dalam tema yang berlainan. Pelajaran menggabungkan pembelajaran dalam permainan, penerokaan, pelbagai aktiviti amali, tugas individu, begitu juga kerja berkumpulan. Melalui kurikulum yang pelbagai ini, kanak-kanak dapat memaksimumkan potensi mereka untuk berkembang menjadi pelajar yang serba boleh dan aktif.
Pembelajaran menggunakan Teori Kecerdasan Pelbagai yang digaris oleh Howard Gardner. Untuk melengkapkan perkembangan seluruh otak, para pengajar menumpukan kepada 9 bidang kecerdasan yang berbeza: Linguistik (“pintar bahasa”), Logikal Matematik (“nombor/ pemikiran pintar”), Muzikal (“pintar muzik”), Ruang (“pintar visual”), Badan/Kinestetik (“pintar fizikal”), Interpersonal (“pintar hubungan”), Intrapersonal (“pintar diri”), Naturalistik (“pintar alam”) dan Eksistensial (“pintar kosmik”).
Ibu bapa dapat merasakan bahawa sekolah ini bukan sahaja berpusatkan kanak-kanak malahan juga pada keluarga. Peruntukan penjagaan dan makanan selepas sekolah dijadikan perkhidmatan tambahan yang disambut baik oleh para ibu bapa yang sibuk bekerja. Struktur masa yang dibentuk untuk belajar, bermain, makan, dan tidur sekejap menawarkan manfaat akademik dan sosial kepada kanak-kanak, termasuklah manfaat ekonomi kepada ibu bapa. Tempoh lanjutan selepas sekolah membolehkan kanak-kanak meluangkan lebih banyak masa bersama rakan-rakan sebaya mereka, di mana mereka boleh belajar untuk berkongiss dan menyelesaikan masalah bersama-sama, di samping minda dan keperibadian mereka berkembang.
Semua aspek persekitaran dan amalan pembelajaran bermatlamat untuk memupuk si kecil menjadi individu yang berkeyakinan dan berkebolehan apabila mereka membesar. Kanak-kanak sentiasa digalakkan untuk mempunyai pemikiran positif, proaktif dari segi pembelajaran, kreatif dalam menangani cabaran dan bertanggungjawab ke atas keputusan diri mereka sendiri. Segalanya mampu meningkatkan keupayaan mereka untuk menjalani kehidupan yang seimbang dan berjaya.
Sekolah ini bermatlamat untuk mendedahkan kanak-kanak kepada pelbagai pengalaman pendidikan yang akan membantu dalam peralihan ke tadika dengan lancar dan positif. Tadika 3Q MRC Junior mengamalkan rangka kerja pembelajaran yang sama, yang bertujuan membangunkan seluruh otak. Program sokongan diwujudkan untuk merangsang semua aspek perkembangan kanak-kanak justeru mengembangkan intelek dan emosi mereka dengan baik. Lama-kelamaan, kanak-kanak akan membina asas literasi, matematikal, sains dan nilai moral yang kukuh. Tadika ini menganjurkan untuk bermain, bergerak secara fizikal dan meneroka bakat sebagai sebahagian daripada perkembangan optimum untuk kanak-kanak. Falsafah dan matlamat tadika ini menyediakan otak kanak-kanak kepada pembelajaran dan mengasah kemahiran yang diperlukan untuk pencapaian cemerlang di sekolah rendah.