by on 12/02/2018 3928
3Q MRC Junior Menglembu Ipoh (Tadika Junior Mahir) terletak di Menglembu, Perak, lebih kurang 250 km dari pejabat kami di Taman Gembira, Kuala Lumpur. Temu bual kami dijadualkan pada pukul 2 petang. Perjalanan kami ke Tadika Junior Mahir dengan panduan GPS adalah amat lancar dan selesa kerana cuaca yang amat selesa pada hari itu. Ia hanya mengambil masa 2 jam sahaja.
Langsung tiada sebarang bangunan tinggi atau blok komersial di sekitar Tadika Junior Mahir, maka pemandangannya adalah amat meluas. Di Kinta Valley ini, udaranya nyaman dan persekitaran adalah amat bersih dan segar. Tempat ini adalah amat sesuai untuk tadika.
Tadika Junior Mahir amat mudah dijumpai kerana tadika ini dicat dengan warna hijau dan kuning yang digunakan oleh semua tadika 3Q MRC Junior dan ia terletak di lot kedua barisan rumah teres dua tingkat. Tadika ini terletak betul-betul di depan sebuah padang dan di kirinya ialah SMK Buntong.
Setibanya di Tadika Junior Mahir, kami nampak kawasan yang luas di mana kami boleh meletakkan kenderaan kami. Di sini, ibu bapa boleh menghantar dan menjemput anak mereka dengan mudah, biarpun pada masa puncak. Kami juga mendapati persekitaran tadika ini adalah amat bersih, catnya kelihatan baru, taman dan tempat bermain dipelihara dengan baik dan segala-galanya kelihatan teratur. “Kami cuba sedaya upaya untuk mengekalkan persekitaran yang bersih dan sihat supaya pelajar kami akan memiliki kenangan prasekolah yang gembira dan akan diingati untuk selama-lamanya,” kata Puan Chew Poh Guat, pengetua tadika ini.
Puan Chew adalah seorang yang baik hati, bersuara lembut dan peramah. Dia mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Dia mula meminati bidang ini sejak dia mengandungkan anak pertamanya pada 15 tahun yang lepas. Kami dapat merasakan bahawa Puan Chew masih mempunyai minat yang mendalam dalam bidang ini. Kami percaya dia akan terus mengembangkan tadika 3Q MRC Junior Menglembu untuk 15 tahun ataupun lebih lama lagi.
Tadika moden pada hari ini dikendalikan dengan cekap, seperti dalam syarikat multinasional. Di bawah payung 3Q MRC Junior Menglembu terdapat tujuh lagi tadika/taska di kawasan dan daerah yang berlainan di sekitar Ipoh:
Lokasi |
Jenis prasekolah |
---|---|
|
- 1 3Q MRC Junior & 3Q MRC Toddlers |
|
- 1 MRC JSP - 1 3Q MRC Junior |
|
- 1 3Q MRC Junior - 1 3Q MRC Toddler |
|
- 1 MRC Kids - 1 MRC JSP |
|
- 1 MRC Kids & JSP |
Semua tadika/taska dalam kumpulan ini akan saling bekerjasama serta berkongsi maklumat dan sumbernya. Ini akan diselia oleh Puan Chew sendiri. Mesyuarat yang kerap, maklumat yang terkini serta pertukaran idea di antara tadika/taska ini memastikan segala-galanya dijalankan dengan cekap dan sistematik.
Sebaik saja anda masuk ke dalam Tadika Junior Mahir, anda akan nampak tulisan “TADIKA JUNIOR MAHIR” berwarna jingga pada dinding berwarna putih, dengan logo 3Q MRC Junior di bawahnya. Sambil melawat bilik darjah, kami sempat melihat aksi beberapa orang guru dan pelajar. Ia boleh digambarkan sebagai keadaan huru-hara yang terkawal. Suasana di dalam bilik darjah adalah amat riang dan penuh semangat. Setiap bilik darjah adalah terang, luas dan dilengkapkan dengan penyaman udara.
3Q MRC Junior menyediakan program pendidikan otak menyeluruh yang unik untuk memupuk anak-anak kecil menjadi kanak-kanak yang berkeyakinan. Program tersebut merangkumi 11 subjek berbeza mengikut kategori umurnya:
3Q™ English
3Q™ Bahasa Malaysia
3Q™ Bahasa Cina
3Q™ Matematik
3Q™ Sains
3Q™ 9-Bead
3Q™ Muzik
3Q™ Moral
3Q™ Seni
3Q™ Circle Time
3Q™ Smart ME
Aktiviti kemahiran pembelajaran Super Memory Map, pengenalan perkataan Flazzle Card, pengembangan bakat serta pembentukan peribadi disediakan untuk membantu pelajar dalam pembelajaran subjek tersebut. 3Q MRC Junior Menglembu juga melaksanakan sistem pendidikan unik bernama “Synchronize Thematic Pedagogy”. Mengikut sistem ini, semua subjek yang diajar dalam satu minggu akan berdasarkan satu tema sahaja dan ini dapat membantu kanak-kanak mempelajari pelbagai subjek dengan mudah. Selain itu, terdapat satu lagi program bernama “Kids Online Learning Programme”. Dengan menggunakan program ini, pelajar boleh log masuk menggunakan ID khas mereka untuk berlatih di rumah berdasarkan bab individu. Dengan itu, pelajar boleh membuat persediaan awal untuk pelajaran mereka. Ini juga merupakan tempat yang bagus bagi pelajar dan ibu bapa berinteraksi dan menjalin ikatan sambil belajar bersama-sama di e-platform ini. Pada masa yang sama, ia akan menggalakkan perpaduan keluarga, serta nilai kekeluargaan yang baik.
Sebagai kumpulan yang mempunyai tujuh buah tadika/taska di bawah satu payung, mereka menawarkan hampir kesemua program yang dihasilkan dan ditawarkan oleh SMM Education Group. Kaedah mengajar yang sesuai serta tenaga pengajar yang berkelayakan, berpengalaman dan berdedikasi turut memainkan peranan yang amat penting dalam sesebuah tadika/taska. Guru di tadika 3Q MRC Junior Menglembu adalah terlatih dan kebanyakan mereka mempunyai sekurang-kurangnya kelayakan Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak.
Pelajar 3Q MRC Junior Menglembu juga berpeluang untuk menyertai pelbagai aktiviti di luar bilik darjah yang merangkumi aktiviti sukan, konsert, pertandingan bakat dan rombongan ke tempat-tempat menarik seperti Kidzania dan Farm In The City di Kuala Lumpur dan juga Zoo Taiping.
Tidak kira anda memilih tadika di bawah kumpulan 3Q MRC Junior Menglembu yang mana, anak anda pasti akan menerima pendidikan prasekolah holistik yang menyediakan anak anda untuk ke sekolah, bahkan menyediakannya untuk hidupnya pada masa akan datang.