by on 24/06/2024 228
Sorotan Utama |
|
Wonder Minds Preschool, Ampang merupakan sebuah prasekolah dan pusat penjagaan kanak-kanak dengan reputasi yang tinggi. Terletak di kawasan yang strategik berdekatan pusat bandar raya Kuala Lumpur, perkhidmatan sekolah terbuka kepada penjagaan bayi sehinggalah program prasekolah untuk kanak-kanak berusia enam tahun. Tumpuan di sini adalah untuk membekalkan pendidikan yang holistik dan seimbang melalui perkhidmatan jagaan harian dan juga program prasekolahnya yang menyeluruh.
Jenama Wonder Minds ditubuhkan pada tahun 2014 oleh Cik Dashini Sarawanah, yang sebelumnya dalam bidang HR sebelum menceburi alam pendidikan awal kanak-kanak. Dalam jangka masa 10 tahun, jenama ini telah membina reputasi yang kukuh sebagai sebuah pusat pendidikan awal kanak-kanak yang ulung, berkat persekitarannya yang ramah mesra serta pendekatan pendidikannya yang seimbang.
Salah satu ciri utama Wonder Minds Preschool, Ampang, adalah persekitarannya yang selamat. Selain mengupah pengawal untuk mengawasi premis sekolah, prasekolah ini juga salah satu daripada bilangan prasekolah yang kecil, yang memberikan akses CCTV kepada ibubapa.
Sebagai seorang ibu, Dashini benar-benar faham akan perasaan ibubapa apabila anak-anak mereka tidak di sisi mereka, terutamanya buat kali pertama, apabila mereka dihantar ke sekolah ataupun pusat jagaan harian. Dengan akses CCTV yang membolehkan ibubapa memerhati anak-anak mereka secara 'real-time', pihak sekolah memberi ketenangan minda kepada ibubapa. Ini juga membuktikan keyakinan dan keupayaan sekolah dalam mewujudkan suasana dan persekitaran yang selamat di mana kanak-kanak boleh bermain dan belajar secara bebas.
Wonder Minds Preschool, Ampang mengamalkan pendekatan yang seimbang dan bertumpukan minat kanak-kanak, dengan elemen dari falsafah Montessori, pembelajaran bertema, serta silibus kebangsaan bagi memastikan kanak-kanak menerima pendidikan yang seimbang.
Bilik-bilik darjah direka khas untuk mewujudkan persekitaran yang ceria dan merangsangkan, mengalakkan kanak-kanak untuk belajar secara hands-on, kolaboratif, dan mengikut minat masing-masing. Kurikulum di sini diselaraskan mengikut tahap kemajuan kanak-kanak, di mana mereka dapat belajar sambil bermain untuk memupuk rasa ingin tahu semulajadi, meningkatkan daya penyelesaian masalah, dan pemikiran kritis mereka.
Elemen-elemen berstruktur diperkenalkan secara perlahan sepanjang masa mereka berada di prasekolah ini, seperti buku-buku teks ataupun kerja latihan dalam subjek seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,dan Matematik. Pendekatan ini dapat membantu mereka membina asas yang kukuh dan menyediakan kanak-kanak untuk alam sekolah rendah sama ada di sekolah antarabangsa mahupun kebangsaan.
Hari Jumaat setiap minggu dikhaskan sebagai "Fun Fridays", di mana kanak-kanak bebas dari kerja latihan dan akan meluangkan masa sepanjang hari menyertai pelbagai aktiviti menarik yang berasaskan tema tertentu, seperti robot, angkasa lepas, atau sambutan perayaan budaya seperti Tahun Baru Cina, Deepavali, dan Hari Raya Aidilfitri.
"Pandangan saya, kanak-kanak tidak seharusnya belajar sepanjang masa. Apabila mereka digalakkan untuk bermain, secara tidak langsung, mereka dapat belajar juga. Moto sekolah kami adalah bermain, berlajar, dan meneroka," kata Cik Dashini.
Nisbah guru ke pelajar yang rendah, iaitu seorang guru untuk tiga bayi, seorang guru untuk lima pelajar dalam kumpulan toddler, dan seorang guru untuk 10 pelajar untuk kanak-kanak yang lebih besar (dari umur empat hingga enam tahun) membolehkan guru-guru memberi perhatian yang secukupnya. Semua guru di sini memiliki sijil dalam jurusan pendidikan awal kanak-kanak ataupun Montessori.
Dalam program infant care, bayi dibekalkan dengan persekitaran yang aman, selesa, dan selamat, dengan mainan dan aktiviti yang boleh merangsangkan deria-deria mereka. Penjaga di sekolah melalui proses semakan latarbelakang yang teliti untuk memastikan mereka mempunyai naluri keibuan dan boleh memberi kasih sayang yang secukupnya kepada kanak-kanak.
Kanak-kanak dalam kumpulan 'toddler' suka bergerak dan meneroka persekitaran mereka; oleh sebab itu Wonder Minds Ampang menyediakan ruang yang ceria dan luas untuk mereka. Kurikulum yang digunakan adalah berasaskan pendekatan Montessori, dan mengalakkan kanak-kanak untuk melakukan aktiviti seperti menyusun, menolak bola, dan bermain dengan rakan-rakan. Aktiviti di luar, seni dan kraf, memasak kek, dan permainan air diterapkan dalam jadual waktu untuk memastikan pembelajaran yang penuh bermakna.
Murid-murid prasekolah Wonder Minds digalakkan untuk memenuhi rasa ingin tahu mereka melalui kaedah pembelajaran aktif yang merangkumi pendekatan Montessori dan bertema, digabungkan dengan silibus kebangsaan. Program ini menekankan sifat berdikari, kreativiti, dan kemahiran komunikasi. Aktiviti seperti membaca, permainan peranan, dan projek sains awal membantu mereka meningkatkan daya kognitif dan sosial, serta menyediakan mereka untuk pendidikan sekolah rendah.
Program selepas sekolah menawarkan persekitaran yang selamat dan diawasi, di mana kanak-kanak boleh beristirehat, bermain, dan bersosial. Selain bantuan kerja rumah, kanak-kanak diberi peluang untuk meneroka minat masing-masing melalui aktiviti seperti melukis, mewarna, dan bercucuk tanam.
Semua cawangan Wonder Minds dilengkapi dengan kawasan luar yang luas dan hijau, termasuklah ruang permainan air. Kemudahan-kemudahan ini sangat kondusif untuk perkembangan fizikal kanak-kanak.Di Cawangan Ampang, terdapat beberapa pokok buah manggis di halaman sekolah dan juga nurseri di mana kanak-kanak boleh belajar untuk menanam pokok dan tumbuhan. /p>
Penekanan terhadap aktiviti di luar selaras dengan falsafah sekolah, iaitu belajar sambil bermain. Selain itu, kanak-kanak di sini juga diberikan makanan yang berkhasiat, yang dimasak segar setiap hari.
Dengan gabungan kurikulumnya yang holistik, tumpuan kepada permainan di luar, dan ciri-ciri unik seperti akses CCTV, Wonder Minds Preschool, Ampang merupakan pilihan yang bernas untuk ibubapa yang sedang mencari persekitaran yang holistik untuk anak-anak mereka. Jelas terpampang komitment pihak sekolah terhadap membekalkan pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti tinggi.