by on 06/05/2025 39
Sorotan |
|
Bidang pendidikan awal kanak-kanak berada di ambang perubahan yang besar di Malaysia. Treetops Montessori di Johor Bahru berdiri sebagai mercu tanda pendidikan awal yang progresif, menggabungkan falsafah Montessori dengan pendekatan pedagogi moden. Di bawah kepimpinan pengasas dan pengetuanya, Cik Andrea Chen, institusi ini telah mewujudkan persekitaran yang bukan sahaja menyediakan anak-anak untuk kejayaan akademik tetapi lebih penting lagi, untuk membina kemahiran hidup yang asa. Beliau menggunakan amalan pendidikan tempatan dan global, bertujuan mengubah cara kita mendekati pendidikan awal serta memberi inspirasi kepada sistem yang benar-benar menyediakan kanak-kanak untuk kehidupan sebenar.
Teras prinsip Treetops Montessori adalah kepercayaan bahawa setiap kanak-kanak mempunyai rasa ingin tahu dan keinginan untuk belajar. Kajian Montessori menekankan satu kebenaran asas: enam tahun pertama kehidupan kanak-kanak adalah amat penting kepada perkembangan menyeluruh mereka. “Kita belajar banyak perkara dalam tempoh ini, dan terdapat fasa sensitif di mana kanak-kanak paling bersedia untuk menerima pembelajaran,” kata Cik Andrea. Dalam kaedah Montessori, tempoh kritikal ini dilihat sebagai peluang untuk memupuk sifat ingin tahu, berdikari, dan disiplin diri.
Kepercayaan ini diterapkan ke dalam kurikulum yang dirangka dengan teliti bagi menghormati keperluan perkembangan pada setiap umur. Menurut Cik Andrea, “Pendidikan Montessori tidak memaksa anak-anak. Ia menghormati rentak mereka. Apabila kita membenarkan anak-ana belajar sendiri, ia membuka potensi yang mendalam dan membahagiakan untuk mereka.”
Walaupun Treetops Montessori kekal teguh dengan falsafah Montessori, ia turut menggabungkan pendekatan pembelajaran yang lain. Dunia ini sentiasa berubah, jadi, sekolah ini menyepadukan pelbagai pedagogi untuk memenuhi keperluan pelajarnya. Pembelajaran termasuk masa permainan bebas, pembelajaran berasaskan projek, serta peluang untuk membuat keputusan dalam aktiviti harian mereka. “Ia adalah penting untuk mengikuti rentak anak dan menyesuaikan diri kita dengan dunia yang kian berubah, supaya kita benar-benar memenuhi keperluan mereka,” ujar Cik Andrea.
Treetops Montessori menawarkan pelbagai program yang disusun rapi untuk menyokong perkembangan kanak-kanak dalam pelbagai peringkat umur bagi program separuh hari (8:00 pagi – 12:00 tengah hari) dan sepenuh hari (8:00 pagi – 5:30 petang):
Bagi program sepenuh hari, kanak-kanak mengambil bahagian dalam aktiviti pengayaan pada waktu petang termasuk program kepimpinan yang menekankan ucapan awam, penyelesaian masalah secara berkumpulan dan pendidikan berasaskan nilai murni. Program tarian jalanan yang dibimbing jurulatih profesional turut membantu membina keyakinan melalui pergerakan tubuh yang kreatif dan berirama.
Sebaik sahaja anda melangkah masuk ke perkarangan Treetops Montessori, anda akan disambut dengan suasana yang tenang dan penuh niat. Ruang disusun secara teliti — dengan cahaya semula jadi, kawasan bersih, perabot bersaiz kanak-kanak, dan kawasan permainan yang menggalakkan penerokaan.
Pusat ini meliputi tiga unit kedai yang telah diubah suai sepenuhnya untuk menyokong fungsi-fungsi bilik darjah Montessori yang dilengkapi bahan khas, bilik muzik dan pergerakan, taman permainan dalaman dan atas bumbung untuk permainan tidak berstruktur, serta kawasan pasir. Semua ini direka bentuk untuk menyediakan pembelajaran deria dan pengalaman secara langsung kepada kanak-kanak.
Keselamatan dan kesejahteraan murid adalah keutamaan di sini. Protokol kesihatan dan keselamatan yang ketat dilaksanakan termasuk saringan kesihatan harian, sanitasi berkala, dan pemasangan hampir 90 kamera CCTV untuk pemantauan. Sekolah juga dilengkapi tangga kecemasan dan pintu keluar pelbagai arah untuk bersiap sedia menghadapi situasi yang tidak dijangka.
Prasekolah ini mempunyai tukang masak sendiri yang menyediakan menu-menu yang sihat dan seimbang — daripada bubur dan mi sehingga kek dan roti buatan sendiri. Menu diubah secara berkala untuk memastikan kanak-kanak menerima nutrisi yang optimum sepanjang hari, termasuk sarapan, makan tengah hari dan snek petang.
Pada masa kini, Treetops mempunyai 24 orang guru untuk kira-kira 160 orang pelajar. Nisbah guru kepada murid dikekalkan rendah demi penglibatan berkualiti. Untuk kelas yang lebih muda, nisbahnya ialah 2:14, manakala kelas untuk pelajar yang lebih tua ialah 2:16. Semua guru mempunyai sekurang-kurangnya Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak atau sijil PERMATA, dan lebih 70% guru di sini mempunyai lebih daripada lima tahun pengalaman. Mereka juga menyerlah sebagai pendidik yang menyeronokkan, berdedikasi, dan berintegriti tinggi.
Treetops Montessori memperluas pembelajaran ke luar bilik darjah melalui inisiatif kemasyarakatan. Semasa sambutan Hari Kebangsaan, kanak-kanak terlibat dalam aktiviti mengutip dana dengan menjual hasil kraftangan dan makanan. Hasil kutipan digunakan untuk membeli barangan keperluan rumah anak yatim, dan kanak-kanak Treetops sendiri menyerahkan barangan tersebut. Ia adalah satu pengalaman yang mengajar empati, celik kewangan, dan tanggungjawab sosial.
Hubungan antara sekolah dan ibu bapa di Treetops Montessori dibina atas asas kepercayaan dan kerjasama. Ibu bapa dimaklumkan serta dilibatkan dalam perjalanan pembelajaran anak mereka melalui mesyuarat, perbincangan berkala, dan aplikasi LittleLives yang memberikan kemas kini mengenai perkembangan, aktiviti dan kesejahteraan anak.
“Komunikasi di antara ibu bapa dan guru sangat penting. Di sini, kami pastikan ibu bapa memahami pendekatan pendidikan kami dan manfaat terhadap anak-anak apabila mereka belajar melalui permainan, penerokaan dan pengalaman yang bermakna,” kata Cik Andrea.
Beliau menambah lagi “Ibu bapa perlu faham bahawa ia tidak mengapa jika anak-anak terkena gigitan nyamuk atau luka kecil, asalkan pengalamannya bermakna dan tidak membahayakan. Ia adalah sebahagian daripada proses tumbesaran dan pembelajaran dunia sebenar.”
Treetops Montessori merupakan lambang masa depan untuk pendidikan awal yang mengutamakan profesionalisme, pemikiran kritikal dan pertumbuhan peribadi. Melalui usaha Cik Andrea, bukan sahaja masa depan pelajarnya dibentuk, malah hala tuju pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia turut dipengaruhi. Dengan fokus kepada pembentukan pelajar yang berdikari, yakin dan ingin tahu, Treetops Montessori sedang membuka laluan kepada pendidikan yang lebih cerah untuk generasi masa depan.