by on 24/05/2024 200
Sorotan Utama |
|
The children’s house sememangnya nama yang tidak janggal lagi dalam bidang pendidikan awal tempatan, semenjak ianya ditubuhkan pada tahun 1986. Kini, sebagai prasekolah Montessori yang paling lama bertapak di Malaysia, jenama ini mempunyai cawangan-cawangan di seluruh negara, setiap satunya membekalkan pengalaman pendidikan awal yang berkualiti, di samping memupuk individu-individu yang cemerlang dan mampu menghadapi cabaran kehidupan.
Terdapat dua cawangan The children's house di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.
Cawangan yang lebih baru, iaitu The children’s house TTDI 2 terletak di Persiaran Zaaba dan telah beroperasi sejak tahun 2018 lagi. Ia terdiri daripada kampus untuk kumpulan junior dan senior; kampus senior baru sahaja ditubuhkan pada tahun 2022 dengan program Montessori Senior untuk kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun.
The children’s house TTDI 2 direka dengan reka bentuk yang cantik, yang mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa dan kondusif untuk pembelajaran.
Ruang dalaman dicat dengan warna-warna utama The children's house iaitu merah dan putih, dengan pintu gaya Perancis yang menghubungkan ruang dalaman dan luaran sekolah dengan lancar. Reka bentuk ini juga menerangi kawasan umum dengan cahaya semula jadi.
Bilik-bilik darjah pula diterangi dengan cahaya yang lebih malap untuk mewujudkan suasana selesa seperti rumah sendiri, dan dilengkapi dengan perabot bersaiz kanak-kanak yang dibuat dari kayu.
Kurikulum Montessori di sini memberikan manfaat yang terbaik untuk kanak-kanak kerana ia menggabungkan pendekatan akademik dengan permainan supaya kanak-kanak dapat berkembang mengikut tahap masing-masing, dan menjadi pelajar yang bukan sahaja berdikari, tetapi juga saling menghormati, memiliki sifat tanggungjawab, dan prihatin terhadap orang lain.
Selaras dengan prinsip-prinsip Montessori, kanak-kanak boleh mengakses pelbagai bahan-bahan dan sumber-sumber untuk mengalakkan sikap dan pembelajaran secara berdikari. Kurikulum mengikut perkembangan yang semulajadi dari tahap Junior hinggalah ke Senior.
Di tahap Junior, aktiviti-aktiviti bertumpukan permainan mengalakkan kanak-kanak untuk membuat eksperimen, meningkatkan pemahaman tentang dunia di sekeliling mereka, meluahkan rasa ingin tahu mereka, dan membina asas yang kukuh dalam pelbagai kemahiran. Dengan menggunakan rasa ingin tahu dan semangat eksplorasi yang cenderung dalam diri setiap kanak-kanak, mereka menjadi lebih bermotivasi dan ini sekaligus akan memupuk sikap yang positif terhadap pembelajaran.
Dengan asas yang kukuh ini, tumpuan seterusnya beralih kepada meningkatkan kemahiran hidup dan juga akademik semasa tahap Senior, bagi menyediakan kanak-kanak untuk Darjah 1, sama ada di sekolah kebangsaan mahupun antarabangsa.
Kanak-kanak diajar kemahiran membaca, menulis, bahasa, sains, dan matematik melalui kaedah bersepadu yang menekankan peneguhan dan bimbingan positif, memastikan mereka berasa cekap dan terdorong untuk menghadapi tahap seterusnya dalam pembelajaran mereka.
Sama seperti di tahap Junior, kelas Senior juga menggunakan kaedah yang sama, di mana kanak-kanak dilayan dengan rasa hormat dan diberi autonomi untuk membuat pilihan sendiri.
Perbezaan di antara dua tahap ini adalah kesukaran tugasan dan alat-alatan yang digunakan, kerana kumpulan murid yang lebih besar akan diberikan kerja yang sesuai dengan peringkat umur mereka bagi membina daya pemikiran kritis dan daya penyelesaian masalah. Ini akan membantu mereka menghadapi cabaran secara berdikari dan memudahkan mereka untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran baru.
Sekolah ini turut menawarkan pelbagai aktiviti pengayaan dalam Bahasa Inggeris, Mandarin, dan Bahasa Melayu, selain program robotik dan sukan. Makanan yang berkhasiat disediakan supaya keperluan nutrisi setiap murid terjamin..
Sama ada di kampus Junior mahupun Senior, persekitaran yang tersedia di The children's house membekalkan suasana yang optimal bagi perkembangan kanak-kanak yang menyediakan mereka bukan sahaja untuk alam persekolahan formal tetapi kehidupan secara am.
Guru-guru yang berdedikasi tekun memastikan setiap murid yang melangkah masuk ke sekolah ini menghabiskan tahun-tahun yang paling formatif dalam kehidupan mereka dalam persekitaran yang penuh kasih sayang, di mana mereka boleh membina hubungan yang kekal dengan rakan-rakan sebaya dan guru-guru sekolah.