on 16/08/2017 2344
Di hari yang cerah seperti hari ini, TCH Mont Kiara berdiri merebut perhatian mereka yang berada di sekitarnya. Menyusur Jalan Duta Kiara, mustahil untuk tidak mengendahkan kewujudan banggunan merah putih TCH ini. Aspek keselamatan di TCH diberi penekanan yang serius, di mana kehadiran setiap pelawat akan disahkan terlebih dahulu.
Sejurus tiba, saya disambut dengan senyuman dan ucapan selamat pagi dari pengetua TCH Mont Kiara. Premis TCH Mont Kiara mempunyai lobi yang agak besar. Ruang pejabat untuk kakitangan juga berada di kawasan berhampiran lobi. Reka bentuk dan susun atur kelengkapan perabot di TCH berorientasikan tema korporat yang moden.
TCH Mont Kiara mempunyai lif yang berdindingkan kaca untuk bergerak ke tingkat atas. Rak-rak serba guna tersusun rapi di satu sudut. Setiap pintu besar bilik darjah mempunyai pintu kecil untuk kanak-kanak. Sentuhan sebegini secara tidak langsung mengingatkan pelawat yang mereka kini sedang berada di prasekolah.
Tangga di situ juga mempunyai susur tangan kedua yang mesra kanak-kanak. Saiz tumpuan kaki di tangga juga mesra kanak-kanak. Dan, jika anda pandang ke atas, ke siling, anda akan melihat carta naratif yang telah dilukis menceritakan sejarah penubuhan semua prasekolah TCH di Malaysia.
Kurikulum dan sukatan pelajaran di TCH Mont Kiara adalah sama seperti kurikulum yang digunakan di prasekolah-prasekolah TCH yang lain, iaitu berorientasikan pendidikan Montessori. Persekitaran di prasekolah TCH lazimnya terbimbing, di mana segenap ruang direka dan dihias berdasarkan saranan Montessori yang menekankan aspek-aspek fizikal, sosial, emosi, intelektual dan kreativiti setiap kanak-kanak. Ringkas nya, kesemua ini telah ditulis bertujuan bagi memupuk pembelajaran yang tidak terbatas dan perjalanan eksplorasi yang lancar.
Situasi di mana kanak-kanak dilihat begitu asyik melakukan sesuatu aktiviti pilihan mereka adalah normal di sini. Mereka diberi kebebasan untuk berkecimpung dalam kegiatan yang menarik minat mereka. Melalui kebebasan sebegini, kanak-kanak akan dengan sendiri berusaha tanpa sebarang paksaan. Peranan cikgu di situ adalah untuk memerhati selain peka dengan kemajuan mereka. Peranan cikgu mungkin melibatkan usaha penetapan garis kasar, dan murid-murid akan berpaut dengan garis ini ketika menyelesaikan tugasan mereka.
Satu lagi aspek menarik di TCH Mont Kiara ialah sesi yang diberi nama “Circle Time.” “Circle Time” adalah istilah yang digunakan untuk kanak-kanak di dalam bilik darjah berkumpul di dalam bentuk bulatan. Setelah berkumpul, mereka akan menyanyi, berdeklamasi membaca sajak dan puisi, selain berbincang mengenai topik yang telah ditetapkan untuk hari tersebut.
Walaupun perjumpaan kami agak singkat, saya dapat merasakan serpihan aura personaliti yang unggul dari pengetua. Mungkin daripada minat beliau yang mendalam dalam perihal pendidikan kanak-kanak.
Namun, apa yang lebih mengagumkan saya adalah keperibadiannya yang ideal. Bukan niat saya untuk membesar-besarkan, tetapi percayalah, TCH Mont Kiara adalah sebuah prasekolah yang unggul seperti pengetuanya, penuh dengan warna-warni kehidupan di dalamnya.
Kurikulum TCH Mont Kiara mengalu-alukan kanak-kanak yang berumur seawal 8 bulan sehingga 6 tahun. Jangka masa setiap program disitu adalah fleksibel. Daripada sepenuh hari hinggalah ke separuh hari. Waktu lazim operasi di situ adalah dari 8 pagi hingga 6 petang (Isnin - Jumaat)
“Kami semua sama, tetapi kami berbeza” jelas pengetua. TCH Mont Kiara adalah satu-satunya prasekolah yang mempunyai ahli terapinya sendiri. Ahli terapi ini bertanggungjawab untuk melakukan pemerhatian dan analisis ke atas kanak-kanak yang mungkin mengalami masalah pembelajaran. Selepas sesi pemerhatian, jika kanak-kanak tersebut mempunyai masalah, kanak-kanak tersebut serta ibu bapa mereka akan disarankan untuk berjumpa dengan pakar yang berkaitan.
Secara keseluruhan, serta sejajar dengan saranan Montessori, kurikulum di TCH menekankan usaha pengajaran dan pemeliharaan aspek keyakinan, harga diri, kebebasan, kesedaran sosial serta disiplin dalaman yang diharap dapat membantu kanak-kanak ini dalam fasa kehidupan yang lebih mencabar kelak.
Sedang aku mencorak kanvas kehidupan aku, berbantukan tangan yang tidak boleh dilihat, aku nyanyi, aku bermain, aku senyum, aku belajar, aku cinta, aku ketawa. Aku kerja lebih keras lebih dari apa yang telah aku bayangkan. Aku adalah cikgu. Pendeknya, inilah ekspresi TCH Mont Kiara.
*The source is attributed to UNKNOWN