on 16/08/2017 2985
TCH Cyberjaya merupakan sebuah prasekolah yang terletak berhampiran dengan pejabat perniagaan antarabangsa dan kawasan kediaman yang berada di tengah-tengah wilayah Cyberjaya. Bertemakan warna iconic merah putih dan gaya seni bina yang bercirikan ultramodern di luar dan dalam adalah ciri yang diterapkan oleh TCH Cyberjaya. Kompleks ruang letak kereta yang bertingkat juga disediakan bagi melancarkan perjalanan ibu-bapa menghantar dan mengambil anak-anak mereka. Sekolah ini menawarkan program-program pendidikan yang direka khas bagi memastikan setiap kanak-kanak diberi peluang pembelajaran yang sebaik mungkin.
Selaku institusi terawal yang telah memperkenalkan pendidikan Montessori di Malaysia 32 tahun yang lalu, TCH Cyberjaya merupakan salah satu puncak kecemerlangan mereka di mana ia masih lagi mengekalkan saranan dan tradisi Montessori. Dengan ruang premis yang besar, pencahayaan yang baik, nisbah guru dan murid yang rendah serta persekitaran yang selesa membuatkan kanak-kanak berasa sangat teruja dan bermotivasi untuk melakukan aktiviti pembelajaran.
Selain berusaha memberi kurikulum yang terbaik, TCH Cyberjaya juga mengutamakan aspek keselamatan di premis mereka. Sama ada di dalam mahupun di luar, kanak-kanak dijamin akan berada dalam keadaan selamat sepanjang tempoh persekolahan di situ.
Sebagai sebuah prasekolah yang sentiasa penuh dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat, TCH Cyberjaya juga menekankan aspek kebersihan. Ringkasnya, TCH Cyberjaya adalah epitome, “Tempat untuk segala-galanya, dan segala-galanya berada di tempat yang betul.” Setiap kanak-kanak berhak menerima pendidikan dan pendidikan yang berorientasikan Montessori adalah kurikulum yang terbaik untuk kanak-kanak berumur 8 bulan hingga 6 tahun.
Menerima pembelajaran yang sedemikian dari perintis utama sistem pendidikan yang berasaskan Montessori adalah satu pilihan yang bijak.
Pendidikan di sini mengutamakan aspek memelihara, bimbingan, kemesraan dan kasih sayang jelas Cik Aizara Johar Lim
Semasa menemu bual Aunty Aizara, saya dapat merasakan keazaman beliau untuk berjaya. Perwatakan beliau yang tenang dan merendah diri menjadi sumber inspirasi bagi seluruh kakitangan di TCH Cyberjaya.
Kawasan persekitaran TCH Cyberjaya direka khas untuk menggalakkan kanak-kanak belajar menghargai alam sekeliling melalui aktiviti-aktiviti rekreasi. Kegiatan akademik seperti aktiviti pembacaan kadang kala berlaku di luar kawasan kelas.
Aristotle pernah berkata, “Mendidik minda tanpa mendidik jiwa adalah seoalah-olah tiada pendidikan.”
Seperti semua prasekolah yang berada di bawah naungan TCH yang lain, TCH Cyberjaya menawarkan sistem pendidikan yang cukup holistic. selain mematuhi saranan Montessori, kemudahan pengajaran, buku-buku dan perabot di sini adalah mengikut kesesuaian kanak-kanak. Secara kesuluruhannya, TCH Cyberjaya adalah sebuah prasekolah yang bukan sahaja bagus dari aspek pendidikan dan pencapaian akademik, malah juga dari aspek keselesaan, estetika dan keselamatan.