on 28/03/2017 2177
Pengalaman meninjau “The children’s house” di Bangsar berasa seolah-olah berada di syurga tropika, berjalan di tepi pantai putih berpagarkan pokok-pokok sawit yang tersegam indah. Premis yang lengkap dengan taman yang dihias cantik, laluan pejalan kaki, rumah mini di atas pokok, lantas mencetuskan suasana yang amat nyaman dan selesa di sebalik kesibukan dan keriuhan kawasan membeli-belah yang berada berhampiran dengannya.
Di sebalik pintu merah pusat tesebut, tersergam kepakaran dan sumber pembelajaran tanpa perlu dicari lagi. Children’s house menawarkan kurikulum yang berteraskan Montessori, yang mendukung gagasan “persekitaran terbimbing.”
Maka tidak hairanlah jika segenap sudut premis ini telah direka berdasarkan saranan Montessori, di mana penekanan diberi kepada setiap kanak-kanak, samada dari aspek fizikal, sosial, emosi, intelektual hinggalah ke aspek kreativiti. Di bawah kondisi ini, kanak-kanak akan dibimbing sebaik mungkin untuk belajar, di samping terus melakukan penjelajahan.
Situasi di mana kanak-kanak dilihat bergitu asyik melakukan sesuatu aktiviti pilihan mereka adalah normal di sini. Mereka diberi kebebasan untuk berkecimpung dalam kegiatan yang menarik minat mereka. Melalui kebebasan ini, kanak-kanak akan dengan sendiri berusaha tanpa paksaan. Peranan cikgu di situ adalah hanya untuk memerhati selain peka dengan kemajuan mereka. Peranan cikgu mungkin juga melibatkan usaha penetapan garis kasar, dan murid-murid akan berpaut dengan garis ini ketika menyelesaikan tugasan mereka.
“Circle Time” adalah istilah yang digunakan untuk kanak-kanak di dalam bilik darjah berkumpul di dalam bentuk bulatan. Mereka akan menyanyi, berdeklamasi membaca sajak dan puisi, selain berbincang mengenai topik yang telah ditetapkan untuk hari tersebut.
Secara keseluruhan, program-program di The children’s house mempunyai kemampuan untuk meningkatkan keyakinan, kesedaran sosial, dan disiplin, selain membuatkan kanak-kanak ini berasa dihargai dan selesa ketika berada di pusat tersebut. Kemahiran sebegini berkeupayaan membentuk kanak-kanak ini menjadi lebih bersedia menghadapi pancaroba kehidupan kelak.
Lantai di The children’s house telah disalut dengan material yang berfungsi sebagai penebat, selain bertindak sebagai kusyen. Kamera keselamatan dipasang di hampir setiap sudut premis tersebut. Terdapat rak-rak penyimpanan untuk kanak-kanak meletak kasut dan barang-barang mereka.
Ketika lawatan kami di children’s house, suasana tenang dan teratur dapat dirasai. Situasi ini mengingatkan saya kepada pepatah, “tempat untuk segala-galanya, dan segala-galanya berada di tempat yang betul.”
Sebagai sebahagian daripada usaha untuk memberi pembelajaran dan pengalaman yang berkualiti, makanan dan minuman di sini disediakan yang oleh tukang masak yang telah diupah. Menu akan dimasak berdasarkan saranan USDA (Centre for Nutrition Policy and Promotion).
Tenaga pendidik di situ bukan sahaja mempunyai kelayakan dalam pendidikan berteraskan Montessori, malah aspek pertolongan cemas. Sejurus selesai sahaja sesi temu ramah kami bersama Madam, kami pun pulang, melangkah perlahan-lahan melalui jalanan hijau yang indah mengelilingi pusat tersebut. Cogan kata “Embracing Diversity, Nurturing Inclusivity” bermain-main di minda kami.