by on 28/08/2017 2427
The children’s house (TCH) Batai adalah merupakan cawangan yang pertama ditubuhkan oleh Nan Civel pada tahun 1986. Pada mulanya TCH Batai yang berpusat di sebuah rumah banglo dua tingkat hanya mempunyai seorang kanak-kanak ketika di peringkat awal beroperasi tetapi kini TCH Batai telah berkembang menjadi sebuah pusat prasekolah terbaik dalam menyediakan pendidikan Montessori di Malaysia.
Kawasan kejiranan di sini begitu selesa dan tenteram walaupun terletak di tengah-tengah bandar. Dengan bertemakan merah dan putih, TCH Batai tersergam indah menggamit segenap perhatian.
Berjalan melalui pintu gerbang merah terasa seperti memasuki dunia baharu yang terpisah, iaitu dunia kanak-kanak yang berorientasikan usaha yang memberi manfaat kepada kanak-kanak.
TCH Batai mempunyai ruang yang agak luas dan terang. Suara gelak tawa kanak-kanak yang masih kedengaran di telinga, mengingatkan saya akan kenangan indah di masa lalu.
Susun atur hiasan dalaman TCH Batai direka sebegitu rupa bagi membolehkan kanak-kanak menjalankan aktiviti mereka dengan teratur dan lancar. Kesemua perabot di sini dibuat mengikut kesesuaian kanak-kanak. Alatan Montessori disusun atur di atas rak mengikut urutan dari yang mudah hingga rumit. Ini membolehkan kanak-kanak merasa lebih konfiden untuk mencuba alatan tersebut. Kualiti sebegini membuatkan TCH Batai menjadi pilihan utama ibu bapa untuk pendidikan prasekolah yang berkualiti.
Di tingkat atas pula, terdapat dua bilik darjah untuk program penyediaan untuk kanak-kanak memasuki alam persekolahan yang sebenar. Di kelas ini, kanak-kanak diajar untik mengira, membaca and menulis dengan lebih konsisten. Nisbah guru dan kanak-kanak di sini amat rendah bagi memastikan pembelajaran yang lebih efektif. Ini adalah kerana TCH Batai mahu setiap kanak-kanak di sini menerima perhatian yang menyeluruh dari guru mereka.
Aunty Yani selaku pengetua di TCH Batai mempunyai 11 tahun pengalaman sebagai tenaga pendidik. Beliau percaya pendekatan Montessori ini adalah amat berguna dan bermanafaat untuk kanak-kanak sebelum mereka memasuki sekolah rendah. Pendekatan Montessori berkemampuan membina keyakinan, selain memelihara daya kreativiti seseorang kanak-kanak. Kanak-kanak yang telah menerima pendidikan Montessori lazimnya tidak akan merasa malu, sebaliknya berkeyakinan untuk berdepan dengan orang lain.
TCH Batai menyediakan makanan dan minuman sendiri berdasarkan menu yang telah disediakan oleh pakar permakanan. Ketika di musim perayaan, kanak-kanak diajar untuk menyediakan biskut atau makanan yang berkaitan dengan perayaan tersebut.
Melalui kegiatan ini, kanak-kanak secara tidak langsung diajar untuk mengenali perbezaan budaya dan agama dalam negara kita.
Selain melakukan aktiviti memasak kek, kanak-kanak juga telah didedahkan dengan pembelajaraan mengenai budaya dan adat resam yang berbeza melalui aktiviti-aktiviti seperti membuat kraf, bercerita, melakonkan semula peranan dan sebagainya. Melalui pembelajaran sebegini, ianya dapat memupuk kanak-kanak di TCH supaya menjadi lebih peka dengan dunia yang lebih global, selain belajar menghormati perbezaan.
Dengan rekod dan reputasi cemerlang selama 30 tahun berkecimpung dalam pendidikan Montessori, menjadikan TCH sebagai pilihan utama ibu bapa untuk anak-anak mereka. Dari awal lagi TCH mempunyai visi untuk memupuk kanak-kanak menjadi seorang insan yang berkeyakinan, bebas, positif dan penuh dengan sifat kasih sayang. Kualiti sebeginilah yang telah meletakkan TCH di mana mereka berada sekarang.
Senyuman manis, gelak tawa girang, serta telatah kanak-kanak di TCH Batai akan tersimpan di dalam memori saya selama-lamanya.