by on 27/02/2020 1780
Tidak sama dengan awan musim panas yang berarak pergi atau bunga-bungaan yang mekar seketika, Tadika Sri Kenanga telah bertahan dan berkembang sejak ditubuhkan pada April 1988 oleh Puan Cheah dan rakan kongsinya. Saya disambut dengan mesra hari ini ketika melawat Tadika Sri Kenanga di Bandar Botanic, Kelang. Kanak-kanak di situ sangat mungil, dan Puan Cheah adalah seorang wanita dengan sikap objektif dan sentiasa ceria; selalu hadir di situ dengan senyuman dan sikap sedia membantu dalam apa-apa sahaja dan segala-galanya. Bersama-sama anak lelakinya Justin Chia, mereka mengendalikan pusat ini sebagai pengetua bersama sejak 2016. Pasukan ibu dan anak ini sangat baik rupa paras dan budi pekerti serta petah berbicara, mempunyai guru-guru yang setia bersama mereka lebih daripada 30 tahun sesetengahnya! Tidak hairanlah Tadika Sri Kenanga telah berkembang dan bertahan begitu lama! Tadika Sri Kenanga yang pertama telah dibuka di Taman Bayu Perdana, Kelang pada April 1988; sementara yang kedua baru sahaja dibuka pada 2016 di Bandar Botanic, Kelang.
Puan Cheah mendedahkan bahawa beliau memperoleh inspirasi untuk membuka sebuah sekolah kerana kepuasan peribadi dan rasa kasih-sayangnya kepada kanak-kanak. Sebelum menubuhkan Tadika Sri Kenanga, Puan Cheah telah bekerja di sebuah sekolah menengah, mengajar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, selain mata pelajaran lain. Inilah ketikanya apabila beliau menyedari bahawa jalan terbaik untuk mendidik kanak-kanak adalah dengan bermula ketika mereka masih kecil, hanya kerana semua perkara yang mereka lakukan datang dari hati mereka, yang menjadikan mereka mudah untuk dibentuk dan diuruskan. Suasana sekolah telah dibina sebagai persekitaran pembelajaran yang positif untuk kanak-kanak, sebagai tempat yang menawarkan asas yang selamat untuk kanak-kanak memperoleh suasana pembelajaran dan pengajaran yang kondusif. Puan Cheah juga menegaskan bahawa kanak-kanak memahami pembelajaran secara berperingkat. Oleh itu, para guru yang sangat berpengalaman dan berkelayakan di Sri Kenanga diajar untuk memberi tindak balas kepada kanak-kanak bukan dalam bentuk jangkaan yang memaksa terhadap “tahap pencapaian” tetapi menerusi kemajuan berperingkat kanak-kanak yang sentiasa dipantau dan ditaksir. Maklum balas kepada setiap kanak-kanak secara individu adalah untuk meraikan “diri mereka seadanya” – dibuktikan melalui sikap tidak menghukum dan sedia menerima.
Kanak-kanak di Tadika Sri Kenanga dipupuk menerusi penglibatan mereka dengan orang dewasa (contohnya guru dan ibu bapa) melalui aktiviti yang melibatkan saling perkongsian untuk membangunkan harga diri mereka. Beberapa bentuk aktiviti ini adalah bermain, makan bersama-sama, membaca dan bercerita mengenai perasaan mereka atau peristiwa lepas. Puan Cheah selalu menekankan tentang mencipta hubungan bermakna antara para guru dan kanak-kanak. Kanak-kanak akan bertindak balas apabila diri mereka dihargai dan dilayan sebagai individu. Dari segi amalinya, ini melibatkan sikap memberi perhatian dan memuji pencapaian yang kecil, kesemuanya merupakan bahagian asas dalam persekitaran yang memupuk.
Tadika Sri Kenanga disusun menurut jadual harian yang teratur dengan rutin yang boleh dijangka. Contohnya, suhu badan kanak-kanak akan diambil dan direkodkan dua kali sehari, sekali pada waktu pagi dan sekali lagi pada waktu petang. Yang mengagumkan adalah suhu badan ini kemudiannya direkodkan dalam satu aplikasi yang dibangunkan oleh Justin. Aplikasi ini juga dapat digunakan untuk hal-hal hebat yang lain, menjadikan sesi penyimpanan rekod tidak menjemukan. Para guru boleh merekodkan waktu masuk dan keluar kerja dengan pengenalpastian wajah yang mudah; sementara untuk kanak-kanak, aplikasi ini boleh merekodkan keseriusan kecederaan atau kesakitan pada gambar rajah badan, menjadikannya aplikasi merekodkan kesakitan. Ibu bapa boleh memastikan jejak anak-anak mereka melalui aplikasi ini. Mudah, bukan?

Suasana di sini penuh dengan semangat kekeluargaan. Puan Cheah menerima beberapa testimoni daripada ibu bapa yang tentu sekali gembira dan berpuas hati dengan kemajuan anak-anak mereka di Tadika Sri Kenanga. Beliau menekankan bahawa perkara yang menjadikan tadika ini istimewa adalah hubungan yang terbina antara para guru dan kanak-kanak. Pada detik akhir temu bual, Puan Cheah menitiskan air mata apabila mengenangkan para pelajarnya yang kini sudah menjadi ibu bapa, menghantar anak-anak mereka ke Tadika Sri Kenanga pula.