by on 28/02/2018 4611
Tadika Nemo Bestari, sebuah tadika yang berlesen di bawah Kementerian Pelajaran (Selangor), telah beroperasi selama 10 tahun sebagai pusat pengajaran dan penjagaan kanak-kanak yang dipercayai di kawasan SS14, Subang Jaya, dengan pelajar-pelajar celik yang bukan sahaja memulakan tetapi juga menamatkan pendidikan awal mereka di premis berbilik kelas enam ini.
Biarpun wujudnya persaingan sengit dalam arena pendidikan awal kanak-kanak di Subang Jaya, tadika ini tetap menikmati kejayaannya sendiri sejak sedekad yang lalu. Lawatan kami pada awal minggu ini disambut mesra oleh pemiliknya Puan Marlene - Suaminya Encik Mano menyertai kami sejenak kemudian.
Premis tadika ini bersih sekali, dan tidak hairanlah mereka dianugerahkan 4 Bintang untuk kebersihan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ). Unit-unit CCTV di dalam bilik kelas serta kawasan-kawasan utama premis memberi jaminan bahawa keselamatan pelajar-pelajar di sini bukannya sesuatu yang diambil ringan.
Satu lagi ciri menarik adalah kelompok dokumen-dokumen berbingkai yang bergantung di dinding, di mana sebarang keraguan yang mungkin wujud mengenai pelesenan, pensijilan dan lain-lain pun lenyap sama sekali. Kami juga diberitahu kemudian bahawa setiap pendidik di Tadika Nemo Bestari adalah pemegang sekurang-kurangnya Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak dari Kolej Dika, sebuah institusi pendidikan dan perkembangan awal kanak-kanak yang kerap menghasilkan pakar berkaliber tinggi dalam bidang tersebut.
Pada lewat tahun 2008, Madam Marlene yang sendirinya seorang graduan Kolej Dika, memutuskan untuk membuka tadikanya sendiri. Pada masa itu, beliau masih megajar di sebuah sekolah antarabangsa yang terkenal. Berikutan insiden-insiden tertentu yang membuka peluang keemasan baginya, beliau dapat mengambil alih tadika ini daripada pemilik asalnya, serta membaik pulihkan premisnya sehingga menjadi menarik dan sesuai untuk mengajar dan mangasuh kanak-kanak kecil dan prasekolah.
Selanjutnya, Puan Marlene mula dikenali dan disenangi oleh komuniti SS 14 Subang Jaya, di mana beliau dirujuk sebagai ‘teacher’ di kalangan orang ramai.
Minat yang mendalam serta dorongan semulajadi untuk meninggalkan kesan positif dalam kehidupan pelajar-pelajar merupakan faktor-faktor yang membantu Puan Marlene dan kakitangannya memacu kehadapan walaupun berhadapan dengan saingan sengit dalam industri pendidikan awal kanak-kanak ketika ini. Mereka jelas memiliki sifat berkerjasama untuk memupuk perkembangan intelektual, emosi, mental, sosial dan fizikal kanak-kanak di bawah didikan mereka, yang berumur dari 2 ½ sehingga 6 tahun.
Melalui teknik pengajaran berintegrasi, serta berdasarkan teori dan amalan terbaik pendidikan awal kanak-kanak, setiap pelajar diberi keutamaan dengan penjagaan dan perhatian yang teliti untuk memastikan mereka bersedia untuk tahap selanjutnya dalam pendidikan mereka, tanpa perlu mengorbankan zaman kanak-kanak yang singkat lagi berharga. Di sini, hanya buku-buku asal digunakan dan bukannya salinan-salinan fotostat seperti yang diamalkan oleh kebanyakan tadika hari ini. Yang agak menarik juga tentang tadika ini ialah mereka yang daripada kumpulan umur yang termuda dapat belajar dalam bilik kelas berbentuk sebuah rumah kampung yang comel sekali, bertempat di sisi kawasan permainan yang selamat dan kukuh.
Sambil mematuhi Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), para pelajar dididik secara berperingkat menggunakan teknik Pembelajaran Bertema bersepadu dengan Bermain yang bersifat mesra umur. Pendekatan ini merupakan punca ramai graduan tadika mencapai kejayaan yang mengkagumkan tidak kira apa jua sekolah yang dimasuki. Lebih lagi, ramai pemenang anugerah “Anak Cemerlang” dari tahun 2011 - 2017 adalah graduan Tadika Nemo Bestari.
Program tadika yang ditawarkan termasuk:
Kelas-kelas tadika dikendalikan dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan juga Bahasa Mandarin. Ibu bapa boleh memilih antara sesi-sesi berikut: Half Day (sesi pagi atau petang); Mid Day (kedua-dua sesi pagi dan petang); atau Full Day (sesi-sesi pagi, tengah hari dan petang). Kelas Bahasa Mandarin ditawarkan kepada pelajar yang ingin mendaftar masuk ke SJK (C) serta sekolah Cina swasta.
Pelajar-pelajar Full Day juga ditawarkan kelas pengayaan yang berdasarkan sukatan pelajaran Singapura yang beriktiraf tinggi untuk melengkapkan mereka supaya lebih senang mendaftar masuk ke mana-mana sekolah rendah di seluruh negara sama ada SRJK, SJK (C), Swasta atau Antarabangsa.
Dari segi komunikasi antara guru dan pelajar, inisiatif diambil untuk memastikan pelajar sentiasa rasa diterima dan dijaga. Berhubung dengan kesihatan kanak-kanak dalam jagaannya, Madam Marlene juga mendedahkan bahawa dia mempunyai kerjasama seorang doktor yang kliniknya berdekatan sahaja dengan tadika sekiranya timbulnya sebarang kecemasan.
Makanan dihidangkan dalam bentuk snek pagi, hidangan tengah hari serta snek petang di mana semuanya disediakan di dapur tadika sendiri. Langkah-langkah sewajarnya diambil untuk memastikan makanan pelajar berkhasiat dan sesuai untuk tubuh badan yang sedang membesar.
Akibat sebaran khabar dari orang ramai dan juga rujukan daripada para ibu bapa, Tadika Nemo Bestari kini agak terkenal di kalangan ibu bapa di Subang Jaya. Yuran tadika, yang berada dalam julat pertengahan yang mampu dibayar oleh kebanyakan keluarga, serta perkhidmatan pengangkutan yang melitupi beberapa kawasan sekitar Subang Jaya menambah lagi kepada nilai dan tarikan Tadika Nemo Bestari.