on 18/03/2025 16
Sorotan |
|
Peringkat bayi sehingga kanak-kanak kecil adalah antara tempoh tumbesaran yang paling penting: ia adalah masa mereka mengucapkan perkataan pertama, menjalan langkah pertama, dan membina asas fizikal dan minda untuk kejayaan masa depan.
Tempoh kritikal inilah yang menjadi focus Pusat Jagaan Bayi & Kanak-Kanak Sunshower di cawangan barunya di Petalz Residence, Jalan Klang Lama. Mereka mempunyai pengalaman dalam mendidik minda muda di prasekolah Sunshower Educare yang terkenal di Happy Garden, dan cawangan baru di Jalan Klang Lama ini mengikuti falsafah pembelajaran Reggio Emilia yang disesuaikan untuk bayi dan kanak-kanak kecil berumur 2 bulan - 4 tahun.
Meninggalkan bayi anda buat kali pertama boleh menjadi sesuatu yang menyayat hati, terutamanya bagi ibu bapa baru. Sebagai ibu bapa sendiri, CEO dan pengetua Sunshower Educare -- Encik Steven Lim dan Cik Poh Sin -- memahami hal ini dengan baik. Inilah sebabnya di Sunshower Educare telah mencipta ruang yang selamat, bersih dan selesa untuk bayi dan kanak-kanak kecil. Oleh itu, ibu bapa boleh berasa tenang bahawa semua keperluan anak mereka dijaga sepanjang hari.
Pusat ini menggunakan dua tingkat premis komersial yang luas. Dalamannya dihiasi dengan palet warna yang cerah kian menenangkan. Pusat ini selamat kerana ia menggunakan perabot yang rendah dan tidak berbucu tajam serta kawasan yang berlapik. Tambahan lagi, setiap sudut dilengkapi dengan CCTV untuk memerhati pergerakan kanak-kanak dan guru-guru.
Bayi berehat di bilik yang senyap dengan muzik lembut yang menenangkan, manakala bilik aktiviti bayi dilengkapi dengan teknologi peredaran udara NANOE untuk menghapuskan bakteria dan memastikan ruangan itu bersih apabila bayi perlu merangkak. Siling yang tinggi dan dalaman yang terang memberikan suasana ceria yang menyokong penerokaan dan pembelajaran aktif.
Menu makanan dirancang dengan teliti di bawah bimbingan pakar pemakanan, supaya keperluan nutrisi kanak-kanak dipenuhi pada peringkat kritikal ini di mana mereka sedang membesar dengan pantas.
Program di Pusat Jagaan Bayi & Kanak-Kanak Sunshower Educare disesuaikan untuk membantu setiap umur mencapai tahap perkembangan penting mereka. Sebagai contoh, bayi di bawah enam bulan bukan berbaring di katil bayi sahaja, tetapi juga mendapat manfaat daripada aktiviti seperti 'tummy time', latihan tarik-berdiri, dan urutan lembut untuk merangsang dan menggalakkan pertumbuhan fizikal. Selain itu, kad imbasan hitam-putih akan digunakan untuk meningkatkan perkembangan visual dan kognitif mereka, yang kemudiannya beralih kepada kad imbasan berwarna apabila mereka semakin membesar.
Bagi kanak-kanak kecil dan yang lebih besar, aktiviti termasuk penerokaan deria, konsep matematik awal, bahasa, dan sesi bermain. Pedagogi Sunshower Educare yang diilhamkan oleh Reggio Emilia menekankan perkembangan menyeluruh yang merangkumi enam bidang teras, iaitu fizikal, bahasa, komunikasi & literasi; perkembangan sosio-emosi & personaliti, seni & kreativiti, matematik awal & pemikiran logik, serta perkembangan deria.
Kanak-kanak terlibat dalam aktiviti praktikal untuk mencetuskan rasa ingin tahu dan memupuk kreativiti mereka termasuk aktiviti senang seperti menggenggam mainan atau melukis dengan tangan. Pengalaman asas ini adalah penting supaya mereka bersedia daripada segi fizikal, sosial, dan emosi untuk beralih ke prasekolah dan seterusnya.
Pengasuh dan pendidik adalah nadi Pusat Jagaan Bayi & Kanak-Kanak Sunshower Educare. Mereka terlatih dalam pendidikan dan perkembangan awal kanak-kanak. Selain itu, mereka mempunyai kasih sayang, keikhlasan, dan dedikasi membimbing kanak-kanak. Pendidik dan pengasuh sentiasa menerima Latihan semasa untuk kekal menyumbang kepakaran mereka dengan amalan terbaik.
Pusat ini mengekalkan nisbah pengasuh:kanak yang rendah untuk memberikan perhatian peribadi kepada setiap kanak-kanak. Bagi bayi, pengasuh memberi tumpuan melalui penjagaan responsif, manakala bagi kanak-kanak kecil, penekanan beralih kepada membantu kanak-kanak membina keyakinan diri dan menjadi berdikari.
Apabila Sunshower berkembang dengan cawangan baru ini, ia mengekalkan standard tinggi dengan menyediakan penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak yang luar biasa. Lokasinya yang strategik di Jalan Klang Lama yang berhampiran pusat bandar Kuala Lumpur juga menjadikannya pilihan yang baik untuk ibu bapa yang bekerja menghantar dan menjemput anak-anak mereka. Tambahan lagi, ibu bapa akan berasa lega kerana di sini, ialah pusat yang selamat, mesra, dan dipenuhi dengan kasih saying serta pendidikan bermutu tinggi.