on 25/02/2022 632
Sorotan Utama |
|
Sunshineville Boutique Preschool, Kota Kemuning (Shah Alam) adalah satu tempat yang mesra, ceria dan penuh keghairahan. Ia juga adalah institusi yang dikhaskan untuk kanak-kanak, yang menyediakan pendidikan dan penjagaan berkualiti untuk mereka. Tadika ini menggunakan pendekatan holistik yang membolehkan kanak-kanak supaya lebih menyesuaikan diri dengan keperluan abad ke-21, sambil memberi perhatian yang teliti terhadap perkembangan sosial-emosi dan perwatakan mereka. Memandangkan segala-galanya boleh berlaku di peringkat awal kanak-kanak, guru-guru di Sunshineville menyokong kanak-kanak supaya memacu pembelajaran mereka sendiri secara aktif. Mereka memberi inspirasi kepada para pelajar yang muda ini untuk berfikir secara kreatif dan bijak, dan pada masa yang sama tidak lupa untuk berbelas kasihan. Dengan memperkasakan kanak-kanak dengan kebolehan untuk bertanya soalan dan bukannya terus memberi jawapan kepada mereka, mereka akan dapat berkembang maju dalam dunia yang pantas berubah yang kita diami.
Suasana Sunshineville Boutique Preschool sesuai dengan namanya: cantik, mesra dan serba lengkap. Tidak seperti tadika tradisional yang menggunakan meja dan kerusi plastik yang berwarna-warni, bilik darjah Sunshineville bertegas untuk menggunakan perabot kayu asli, dan diterangi dengan cahaya matahari yang lembut melalui tingkap besar. Setiap ruang pembelajaran yang ditakrifkan dengan jelas membolehkan kanak-kanak berasa selesa dan memberi inspirasi kepada mereka untuk beerseronok sambil belajar.
Ibu bapa boleh yakin bahawa anak-anak mereka berada di bawah jagaan yang baik kerana keselamatan adalah perkara yang paling diutamakan di Sunshineville. Daripada reka bentuk bilik darjah kepada aliran lalu lintas semasa menjemput dan menghantar kanak-kanak, setiap aspek telah dirancang dengan teliti untuk memastikan persekitaran terkawal supaya mengurangkan kemalangan yang mungkin berlaku. Selain itu, pemeriksaan kesihatan, pembasmian kuman secara berkala, peredaran udara yang baik, dan sistem pengawasan CCTV semuanya disediakan untuk memastikan keselamatan seluruh komuniti sekolah. Bersama-sama dengan SOP ini, sebagai lapisan tambahan dalam usaha pencegahan, semua guru diuji setiap minggu untuk mengurangkan sebarang risiko penularan COVID-19.
Di Sunshineville, kanak-kanak belajar pada setiap masa. Mereka sama ada mempelajari perbendaharaan kata makanan yang baru semasa waktu makan, atau menerokai keajaiban alam semula jadi semasa aktiviti jalan sensori. Tidak kira bagaimana keadaannya, setiap situasi adalah peluang pembelajaran yang baik. Para guru yang terlatih akan mengambil peluang pengajaran ini untuk membantu kanak-kanak memanfaatkan sepenuhnya masa mereka di sekolah. Dan pembelajaran kanak-kanak tidak terhad kepada aktiviti khusus di dalam bilik darjah. Tadika ini mempunyai kawasan luar yang luas untuk memastikan kanak-kanak terlibat dalam pembelajaran konsep antara disiplin. Selain itu, aktiviti-aktiviti di ruang terbuka ini akan menguatkan otot dan kemahiran motor kasar mereka.
Di Sunshineville, tiada hari yang sejagat. Malah, jadual harian tadika telah dirancang untuk mencapai keseimbangan di antara masa belajar dan bermain, masa yang diluangkan di dalam dan di luar bilik darjah, serta masa untuk aktiviti dan berehat. Oleh kerana kanak-kanak dilahirkan dengan perasaan ingin tahu secara semulajadi, guru mencipta peluang bermain dan pengalaman sebagai asas pembelajaran. Dengan membenarkan mereka meneroka dan bereksperimen nggunakan semua deria mereka, ini akan membantu mereka membina pemahaman mereka sendiri tentang cara dunia di sekeliling mereka berfungsi. Di samping itu, guru juga akan terus memupuk sifat ingin tahu kanak-kanak, dan menggalakkan mereka membuat pemerhatian, berkongsi penemuan mereka, dan bertanya soalan. Semua ini akan mendorong kanak-kanak kecil melibatkan diri denga aktif dalam pembelajaran mereka sendiri.
Apabila pelajaran disampaikan dengan cara yang menyeronokkan dan menarik seperti ini, ia akan menyemai minat belajar untuk sepanjang hayat di dalam kanak-kanak pada usia awal. Melalui pengalaman pembelajaran yang bermakna ini, kanak-kanak juga akan mengembangkan kemahiran yang diperlukan untuk meluahkan pendapat mereka, bekerjasama dengan rakan sebaya secara berkesan, dan menjadi pelajar yang yakin yang mampu menyesuaikan diri dengan mana-mana persekitaran sekolah rendah.
Sunshineville Boutique Preschool juga menawarkan program Sensori Bayi yang memenangi pelbagai anugerah. Ia adalah satu program yang telah dikaji dan direka bentuk dengan teliti untuk menyokong perkembangan awal bayi dan kanak-kanak, melalui pendedahan kepada pelbagai pengalaman perangsangan deria. Terdapat beberapa pusat Sensori Bayi yang terletak di Lembah Klang di mana ibu bapa boleh mendaftarkan anak-anak mereka, dan menikmati manfaat dari peralihan yang lancar sejak kelahiran sehingga prasekolah. Pendedahan awal kepada program sebegini bukan sahaja membantu kanak-kanak berasa lebih yakin untuk bersedia ke sekolah, tetapi juga membantu ibu bapa mengenal pasti sebarang kelewatan perkembangan yang berpotensi pada anak-anak mereka dari awal lagi.
Guru-guru di Sunshineville sedar bahawa tiada pendekatan yang sesuai untuk semua dalam pendidikan kanak-kanak. Mereka sentiasa melihat melalui sudut pandangan kanak-kanak kerana setiap kanak-kanak belajar dengan cara yang sangat berbeza dan pada kadar yang berbeza. Para guru akan melakukan yang terbaik untuk merangsang minat kanak-kanak untuk belajar, dan bersedia untuk berkongsi amalan pengajaran yang berkesan di kalangan rakan sekerja, supaya dapat memberi sokongan yang sepenuhnya kepada semua pelajar di sekolah.
Yang paling penting sekali, semua orang di Sunshineville Boutique Preschool mengamalkan nilai-nilai perhubungan yang positif. Guru-guru berusaha sedaya upaya untuk menjalinkan hubungan yang tulen dengan ibu bapa, mengalu-alukan komunikasi terbuka dan kerap memberi laporan tentang kemajuan anak-anak mereka. Semua ini pada akhirnya adalah untuk kebaikan kanak-kanak Sunshineville.