on 20/12/2023 530
Sorotan Utama |
|
Sunshine Kids merupakan rangkaian prasekolah yang diasaskan oleh Dr. R.V. Shyam Prasad, yang mempunyai latar belakang yang kukuh dalam industri pendidikan antarabangsa. Ditubuhkan pada tahun 2012, Sunshine Kids ialah prasekolah pelbagai kaum untuk didikan kanak-kanak yang berasal dari semua lapisan masyarakat. Ia mematuhi sukatan pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia, dengan bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa pengantarnya. Kiddy 123 berpeluang untuk bertemu bual dengan Dr. Shyam baru-baru ini, yang merupakan Pengasas & Pengarah Urusan Sunshine Educational Group, bersama isterinya, Pengetua Kanan, Puan Esh. Hasil perbualan tersebut, kami telah mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang cawangan mereka di Seremban 2 Centrio, dan juga sebab-sebab prasekolah pemenang anugerah ini menonjol berbanding yang lain di luar sana.
Dengan matlamat untuk menubuhkan prasekolah segala keperluan untuk kanak-kanak dari pelbagai latar belakang dan yang bakal memasuki sekolah rendah yang berbeza-beza, Dr. Shyam bersungguh-sungguh dalam pendapatnya bahawa pelajar-pelajar Sunshine Kids perlu menguasai bahasa yang mereka perlu gunakan di sekolah rendah pilihan mereka. Walaupun penguasaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia adalah wajib untuk semua, bahasa-bahasa lain yang penting termasuk Mandarin dan Tamil.
Berlokasi di sebuah lot kedai dua tingkat, kelas-kelas di Sunshine Kids Seremban 2 Centrio dikategorikan mengikut kumpulan umur, dan ia bermula dengan Playgroup, yang terdiri daripada anak kecil berumur 2 hingga 3 tahun. “Kelas untuk kanak-kanak berumur 4 tahun pula dipanggil 4th Gold, yang berumur 5 tahun, Diamond, dan bagi kanak-kanak berumur 6 tahun, Platinum. Selepas menamatkan pengajian Prasekolah, ataupun pada usia 5 tahun lagi, kanak-kanak dialu-alukan untuk mengikuti program Cambridge Young Learners, atau Pelajar Muda Cambridge di sini,” kongsi Dr. Shyam. Program buruan ramai ini menawarkan tiga peringkat mengikut umur, iaitu Starters, Movers dan Flyers.
Walaupun Sunshine Kids jelas sekali bukanlah pusat autisme, mahu pun sekolah untuk kanak-kanak berkeperluan pembelajaran khas, Dr. Shyam dan isterinya menekankan tentang sifat keterangkuman yang dipraktikkan prasekolah mereka, di mana mereka sentiasa bersedia untuk membenarkan kanak-kanak dengan kesukaran pembelajaran yang ringan hingga sederhana untuk didaftarkan secara percubaan ke dalam Sunshine Kids, dengan harapan bahawa mereka dapat memperolehi pendidikan awal berkualiti yang sewajarnya. “Dalam lebih kurang 80% daripada kes ini, selepas kanak-kanak tersebut menyertai prasekolah ini dan bergaul dengan kanak-kanak lain, didapati bahawa masalah pembelajaran mereka bukanlah seberat yang disangka, malah mereka amat suka menghabiskan masa di sini,” Dr Shyam berkongsi dengan gembira. "Persekitaran inilah yang mengeluarkan yang terbaik dalam diri mereka," tambah Puan Esh, dan kami amat bersetuju dengan mereka berdua, kerana Sunshine Kids merupakan ruang yang sangat kondusif untuk kanak-kanak belajar, membesar dan berkembang.
Prasekolah buruan ramai ini melaksanakan Pembelajaran Berasaskan Aktiviti yang diintegrasikan ke dalam setiap bahagian kurikulumnya. “Dalam semua mata pelajaran yang diajar di sini, pelajar sentiasa ingin melibatkan diri sambil menggunakan deria serta kemahiran motor masing-masing dengan sepenuhnya, sehingga meninggalkan kesan yang positif dalam pengalaman pembelajaran mereka. Guru kami bukan sekadar mengajar, mereka juga melibatkan pelajar mereka dalam pelajaran, secara fizikal dan bersahaja dalam aktiviti-aktiviti yang telah sedia terancang untuk mereka,” kata Dr Shyam dengan yakin. Sunshine Kids juga menekankan kualiti Mendengar, Bertutur, Membaca dan Menulis, atau Listening, Speaking, Reading, and Writing (LSRW) dalam setiap pelajar. Segala usaha diambil untuk memupuk kemahiran-kemahiran ini kepada kanak-kanak, bagi memastikan mereka sedia sepenuhnya semasa memasuki sekolah rendah.
Kumpulan umur yang termuda di Sunshine Kids terdiri daripada kanak-kanak berumur 2 dan 3 tahun. Mereka dijaga oleh kakitangan yang berkelayakan tinggi, termasuk disuap makan, dimandikan, diuruskan pakaian, serta memastikan mereka rehat petang. Kanak-kanak kecil akan berpeluang untuk menyertai aktiviti permainan yang berfaedah serta permainan deria untuk perkembangan yang menyeluruh. Mereka didedahkan kepada permulaan awal dalam pendidikan sambil diperkenalkan kepada ABL untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik, Seni & Kraf, Pra-penulisan, Muzik & Perkusi, dan Koyak & Tampal (Tear & Paste).
Bagi kanak-kanak berumur antara 3 hingga 6 tahun, prasekolah premium menawarkan program prasekolah serta perkhidmatan penjagaan harian yang berkualiti. Mata pelajaran yang diliputi termasuk BM, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Suku Kata, Jolly Phonics (dari UK), Odonata Mandarin (6 tahun), Pendidikan Nilai, Abakus & Aritmetik Mental (6 tahun), Peter & Jane, Komputer, Muzik, Seni & Kraf, Yoga, dan juga, pilihan antara Mandarin, Tamil atau Agama Islam. Tatabahasa untuk BM dan BI, serta Program buruan ramai Pelajar Muda Cambridge atau Cambridge Young Learners ditawarkan kepada kanak-kanak berumur 5 - 12 tahun.
SSunshine Kids mengikuti perkembangan zaman dengan kemudahan-kemudahannya yang canggih (termasuk bilik darjah berhawa dingin, pemantauan CCTV dengan pembesar suara di dalam bilik darjah, kawasan permainan dalaman, kawasan pembelajaran dan tempat permainan yang luas, dan banyak lagi). Dengan semua kemudahan yang ada, ibu bapa amat berpuas hati kerana bayaran di Sunshine Kids adalah sangat kompetitif walaupun dilengkapi sepenuhnya dengan keselesaan dan kemudahan yang berkualiti. Prasekolah ternama ini juga mempunyai aplikasi mereka sendiri yang dapat memastikan bahawa semua ibu bapa dimaklumkan dan dikemas kini sepenuhnya mengenai semua aspek anak mereka semasa di prasekolah, dari waktu mereka mendaftar masuk ke dalam premis, sehingga masa mereka keluar, dan juga pemberitahuan tentang pelajaran hari berikutnya, acara akan datang, berita, pengumuman, dan sebagainya.
Sunshine Kids ialah rangkaian prasekolah pemenang anugerah di mana kanak-kanak berumur 2 hingga 6 tahun daripada latar belakang dan budaya yang berbeza boleh mendapat akses kepada pendidikan awal bertaraf antarabangsa semasa tempoh pembelajaran mereka yang paling kritikal. Kanak-kanak juga pasti berkembang maju di bawah jagaan dan bimbingan guru yang penuh semangat, dalam persekitaran kondusif di Sunshine Kids. Pembelajaran Berasaskan Aktivitinya (ABL), serta tumpuan kepada penguasaan bahasa dan pembangunan kemahiran Mendengar, Bertutur, Membaca, dan Menulis (LSRW) bermaksud kanak-kanak akan mendapat persediaan yang terbaik untuk perjalanan mereka melalui sekolah rendah dan selanjutnya.
Sunshine Kids sememangnya jauh berbeza jika dibandingkan dengan banyak prasekolah lain di luar sana, dari segi kurikulumnya yang bergaris panduan sukatan pelajaran kebangsaan standard, bersama-sama tambahan lain yang bermanfaat termasuk Jolly Phonics, Program Pelajar Muda Cambridge, Odonata Mandarin dan Yoga, dan kaedah pengajarannya yang menarik yang merangkumi banyak aktiviti yang menyeronokkan. Setelah berkembang dan menerima ribuan pujian untuk kualiti pendidikannya, tidak hairan bahawa Sunshine Kids akan menjadi jenama francais tidak lama lagi, seperti yang dikongsi oleh Dr. Shyam.