on 20/12/2023 377
Sorotan Utama |
|
Cetusan idea Dr R.V. Shyam Prasad yang mempunyai latar belakang antarabangsa yang dihormati dalam pendidikan kanak-kanak, Sunshine Kids telah ditubuhkan di Malaysia hampir sedekad yang lalu dan telah maju dengan pesatnya sebagai prasekolah buruan ramai. Ia juga sentiasa muncul sebagai pilihan utama untuk ibu bapa yang ingin memberikan permulaan terbaik dalam pendidikan awal anak-anak mereka. Kiddy 123 telah bertemu bual dengan pengasasnya, Dr. Shyam, yang juga Pengarah Urusan Sunshine Educational Group, dan isterinya, Pengetua Kanan Puan Esh, di mana kami telah diberikan gambaran tentang aspirasi dan visi mereka untuk cawangan terbaru mereka di Forest Heights.
Sunshine Kids Forest Heights mengalu-alukan kanak-kanak berumur antara tiga hingga enam tahun untuk memulakan perjalanan mereka dalam dunia pembelajaran berasaskan aktiviti, penerokaan dan penemuan, sambil berkenalan dengan kawan baru dan memulakan persediaan untuk memperoleh pengalaman yang lebih bermakna di sekolah rendah. Sebagai cawangan terbaru kepada rangkaian prasekolah berkualiti yang sedia ada, Sunshine Kids, iaitu prasekolah premium pertama di Forest Heights, akan menawarkan segala kemudahan serta ciri-ciri bernilai tinggi yang menyerupai cawangan-cawangannya yang lain, termasuk keselesaan bilik darjah berhawa dingin, sistem CCTV, kawasan permainan dalaman, ruang pembelajaran dan permainan yang bersih dan luas, bilik darjah bersaiz kecil yang tidak melebihi 12 pelajar kepada seorang guru, dan persekitaran yang pada keseluruhannya amat kondusif lagi menyeronokkan. Di sini, kanak-kanak pasti akan cemerlang dalam kemahiran Mendengar, Bertutur, Membaca dan Menulis (LSRW) yang penting, sambil mereka berkembang dan maju ke arah kecemerlangan dari hari ke hari.
Zamannya telah pun berlalu di mana kanak-kanak sekadar hadir untuk setahun, atau paling lama pun, dua tahun di tadika sebelum memasuki sekolah rendah. Dalam masyarakat kini, berikutan kesedaran meluas mengenai jangka waktu pembelajaran kritikal kanak-kanak, iaitu enam tahun pertama dalam kehidupan, ibu bapa kebanyakannya ingin bertindak supaya dapat memanfaatkan tempoh sensitif tersebut dengan menghantar anak-anak mereka ke pusat pendidikan awal semasa mereka berusia tiga tahun lagi. Di Sunshine Kids, kumpulan umur ini diklasifikasikan sebagai Playgroup, dan mereka diasuh sebagaimana di rumah sendiri, iaitu dengan kasih sayang dan penuh keprihatinan. Terdapat pelbagai aktiviti berfaedah yang telah disediakan untuk mereka, dan setiap hari mereka pasti pelajari atau menerokai perkara yang baru. Kumpulan umur termuda di Sunshine Kids ini juga terdedah kepada permulaan awal dalam mata pelajaran seperti Bahasa Inggeris, Matematik, Seni & Kraf, Pra-penulisan, Muzik & Perkusi (Music & Percussion), dan Koyak & Tampal(Tear & Paste).
Kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun di Sunshine Kids didapati amat gemar menghabiskan masa di sana dan sebabnya ketara sekali, kerana prasekolah premium itu tidak pernah kehabisan aktiviti menarik minat yang menjadikan pembelajaran mereka begitu menyeronokkan! "Pembelajaran Berasaskan Aktiviti adalah nadi kurikulum di Sunshine Kids," kongsi Dr. Shyam. "Cara biasa untuk mengajar tidak dipraktikkan di sini, kerana kami ingin memastikan bahawa setiap kanak-kanak menghayati pelajaran mereka dan akan mengekalkannya, dan juga dapat membuat kaitan," katanya dengan penuh semangat. Mata pelajaran-mata pelajaran prasekolah termasuk BM, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Suku Kata, Jolly Phonics (dari UK), Odonata Mandarin (umur 6 tahun), Pendidikan Nilai, Abakus & Aritmetik Mental (umur 6 tahun), Peter & Jane, Komputer, Muzik , dan Seni & Kraf. Kanak-kanak juga akan diajar sama ada bahasa Mandarin, Bahasa Tamil atau Agama Islam. "Kami berbangga kerana dapat menawarkan Yoga untuk kanak-kanak, dan mereka yang tidak ingin menyertainya akan ditawarkan aktiviti atau pelajaran pengganti yang lain," tambah Puan Esh. Tatabahasa BM, Tatabahasa BI, serta Program Pelajar Muda Cambridge atau Cambridge Young Learners Program yang amat disanjungi ditawarkan kepada kanak-kanak berumur lima hingga 12 tahun.
Sunshine Kids juga menawarkan perkhidmatan penjagaan seharian penuh untuk keluarga yang memerlukannya. Ia merangkumi aktiviti-aktiviti selepas sekolah, bimbingan kerja rumah dan juga sajian makan. Kanak-kanak boleh juga memilih untuk menyertai kelas membaca tambahan, seni & kraf, atau pun bermain sementara menunggu untuk dijemput oleh ahli keluarga masing-masing. Pengangkutan juga disediakan untuk keluarga yang memerlukannya.
Di samping mempunyai kelayakan tinggi dalam pendidikan awal kanak-kanak, guru-guru Sunshine Kids juga diberi latihan rutin supaya sentiasa dikemaskinikan dari segi kaedah dan idea pengajaran mereka. Prasekolah ini ingin menampilkan yang terbaik dalam setiap pelajar mereka, justeru memastikan profesionalisme dan semangat guru mereka adalah amat mustahak. Mengenai perkara ini, Puan Esh berkata, "Kelayakan mereka bukan satu-satunya kriteria untuk guru kami - sikap dan kasih sayang yang dirasa untuk kanak-kanak juga amat penting bagi memastikan kualiti prasekolah kami dan persepsi masyarakat terhadap kami."
Menguasai bahasa adalah sesuatu yang dekat di hati pengasas Sunshine Kids, dan seperti yang beliau katakan, “Saya benar-benar merasakan selain mahir dalam bahasa kebangsaan kita, kanak-kanak juga harus mahir membaca, menulis dan bertutur dalam bahasa antarabangsa, iaitu bahasa Inggeris, atau mereka mungkin tidak akan dapat melangkah jauh dalam kehidupan.” Dalam hal ini, para pelajar muda Sunshine Kids berpeluang untuk mengikuti Program Pelajar Muda Cambridge atau Cambridge Young Learners Program yang disanjungi, dengan sijilnya dari UK sendiri. Ini bererti, pada usia semuda 6 tahun, kanak-kanak kini dapat menjadi pemegang sijil Cambridge yang sah!
Masih dalam subjek bahasa, kanak-kanak yang ingin meneruskan pengajian ke sekolah rendah Cina boleh menguasai bahasa Mandarin untuk memastikan mereka cemerlang dalam pengalaman persekolahan mereka kelak. Begitu juga dengan pelajar Sunshine Kids yang ingin mendaftar ke sekolah rendah Tamil, di mana mereka juga akan dapat menguasai bahasa Tamil semasa masih di prasekolah. Pendek kata, tidak kiralah sekolah rendah yang mana satu yang menjadi pilihan, pendidikan mereka di Sunshine Kids akan memastikan mereka cukup bersedia untuk kecemerlangan!
Sunshine Kids Forest Heights merupakan sebahagian daripada rangkaian prasekolah yang disegani, dan juga berjenama pemenang anugerah. Ia ditubuhkan untuk menawarkan pengalaman prasekolah yang sihat dan menyeronokkan untuk kanak-kanak, sambil menyediakan mereka dengan sebaik-baiknya untuk memasuki mana-mana sekolah rendah pilihan mereka. Prasekolah buruan ramai ini menawarkan ruang pembelajaran yang selamat, luas dan kondusif. Kanak-kanak dapat menikmati pelbagai aktiviti yang menyeronokkan, sambil mengasah kebolehan masing-masing untuk Mendengar, Bertutur, Membaca dan Menulis, dibantu oleh guru yang prihatin dan berkelayakan tinggi. Kemahiran-kemahiran ini bukanlah ciri semulajadi, dan kanak-kanak perlu diajar dengan baik supaya dapat melangkah jauh dalam perjalanan persekolahan mereka dan selanjutnya. Sunshine Kids telah berkembang dengan pesatnya dan kini ia adalah jenama yang dikenali ramai dan disokong oleh komuniti tempatan. Dengan bangganya, pengasas ingin mengumumkan bahawa tidak lama lagi, peluang francais akan ditawarkan bagi prasekolah ini!