by on 19/08/2024 320
Sorotan Utama |
|
Terletak di dalam Sunway Geo Avenue, tadika yang berdaftar ini mengalu-alukan murid=muridnya dengan suasana yang mesra dan reka bentuk sekolah yang cantik, sesuai untuk pelajaran kondusif kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun.
Kurikulum yang seimbang menggabungkan unsur-unsur dari Early Years Foundation Stage (EYFS) dan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).
Jikalau anda mencari pengalaman pendidikan yang seimbang, Sunny Step Preschool merupakan pilihan yang baik untuk si manja anda.
“Kami mengamalkan pendekatan yang seimbang terhadap pelajaran, oleh itu, selain aktiviti berasaskan permainan, kami juga meluangkan masa untuk akademik, terutamanya untuk kanak-kanak yang lebih besar, supaya mereka sedia menghadapi cabaran sekolah rendah,” kata direktor sekolah, Cik Lilian.
Untuk kanak-kanak berusia empat tahun, tumpuan diberikan kepada pengenalan kepada kemahiran sosial, memupuk sifat berdikari, dan membina asas akademik seperti mengenali huruf abjad, phonics, dan nombor.
Apabila kanak-kanak mencapai usia lima tahun, kurikulum lebih berstruktur akan diperkenalkan, dengan kelas formal untuk matematik, sains, dan tiga bahasa utama (Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, dan Bahasa Mandarin).
Masa kanak-kanak di sini tidak hanya dihabiskan dengan aktiviti membaca dan belajar: mereka juga terlibat dalam pembelajaran secara hands-on melalui eksperimen yang menarik, aktiviti menyeronokkan, dan pengunaan objek bagi mengaitkan apa yang dipelajari dengan konsep di dunia sebenar. Melalui cara ini, kanak-kanak tidak akan berasa bosan untuk belajar, malah akan berasa pelajaran itu sangat menyeronokkan.
Sunny Steps Preschool mempunyai kawasan-kawasan yang luas, termasuklah ruang separa-terbuka di luar yang dilindungi dari cahaya matahari dan hujan, yang juga dilengkapi dengan taman permainan. Di sini, kanak-kanak boleh menyertai pelbagai aktiviti fizikal seperti bermain bola, melompat, dan merangkak di dalam kawasan yang selamat, yang diselaputi dengan rumput palsu.
Melangkah masuk ke premis sekolah, terdapat bilik-bilik darjah yang mengelilingi ruang utama yang besar, yang boleh digunakan untuk aktiviti yang fleksibel seperti permainan air dan messy play.
Selaras dengan konsep EYFS, terdapat tujuh sudut pembelajaran di sini, dan setiap satunya merangkumi salah satu aspek perkembangan kanak-kanak. Ini termasuklah komunikasi dan bahasa, perkembangan fizikal, diri, sosial, dan emosi, literasi, matematiks, pemahaman dunia, dan reka bentuk dan seni ekspresif.
Permainan peranan (role-playing) juga sebahagian penting kurikulum di sini, dengan kelengkapan seperti alat-alat masakan. Pada masa hadapan, sekolah akan memperkenalkan sudut pasar raya juga untuk mengalakkan imaginasi kanak-kanak.
Sunny Steps Preschool memandang berat aspek keselamatan. Sekolah mengambil langkah-langkah seperti pengambilan dan penurunan kanak-kanak di hadapan premis sekolah, semak suhu badan, dan ibubapa boleh juga memantau masa anak-anak mereka tiba dan berlepas dari sekolah melalui applikasi mobil.
Bilik sakit yang khusus disediakan untuk kes-kes yang memerlukan kanak-kanak diasingkan dari pelajar-pelajar lain. “Kami hendak kanak-kanak di sini belajar dalam suasana yang gembira dan selamat,” kata Cik Lilian.
Sekolah juga amat menghargai komunikasi di antara ibubapa dan guru. “Tanpa komunikasi, kanak-kanak tidak mendapat apa-apa manfaat jua,” kata Cik Lilian. Oleh sebab itu, sekolah berusaha untuk mengurangkan jurang komunikasi dan sentiasa berkomunikasi secara terbuka tentang isu-isu yang dihadapi kanak-kanak di sekolah, supaya mereka dapat menerima sokongan yang sepenuhnya di sekolah dan juga di rumah.
Sunny Steps Preschool menawarkan program separuh hari dan sepenuh hari, dengan pilihan untuk program pengayaan selepas waktu sekolah. Sekolah tidak memberi kanak-kanak kerja rumah, sebaliknya akan melibatkan mereka dalam program yang menarik seperti S.T.E.M (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik), kelas bahasa, dan aktiviti seperti seni dan muzik.
Cik Lilian berbangga dengan pasukan tenaga pengajarnya, yang semuanya berkelayakan dan mempunyai pengalaman yang sesuai. Ketua kurikulum di sini mempunyai ijazah sarjana dalam psikologi pendidikan, dan guru yang lain pula mempunyai pengalaman mengajar lebih tiga dekad.
“Kebanyakan guru-guru kami sangat berpengalaman. Lebih pentingnya, mereka faham tentang setiap aspek kurikulum yang kami gunakan, dan apa yang diperlukan oleh ibubapa,” jelas Cik Lilian. “Kami amat menghargai hubungan antara ibubapa dan guru, kerana melalui car aini, kanak-kanak dapat menikmati suasana pembelajaran yang paling selamat dan gembira.”