by on 26/01/2023 776
Sorotan Utama |
|
Industri pendidikan awal boleh dikatakan sedang berkembang pesat di Johor, di mana terdapat banyak tadika yang ditubuhkan di seluruh negeri selatan itu. Ibu bapa di Johor yang melalui pengalaman membuat pilihan tadika untuk anak mereka pasti merasa bahawa ia tugas yang sukar - sehinggalah mereka menemui Tadika Sand & Stars, yang terletak secara strategik di Larkin, Johor Bahru. Kiddy123 baru-baru ini berpeluang bercakap dengan Encik Samuel dari Tadika Sand & Stars ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut segala yang menjadikan pusat pendidikan awal ini menonjol antara tadika-tadika yang lain.
Kita semua pernah mendengar mengenai pembelajaran tematik, namun apakah yang dimaksudkan sebenarnya dengan istilah tersebut, dan bagaimanakah ia dapat memanfaatkan kanak-kanak kecil? “Yang perlu kita pertimbangkan adalah, bagaimana minda muda berfungsi dan yang lebih penting lagi, bagaimana kanak-kanak membelajar. Sama ada kita sedar atau tidak, kanak-kanak paling banyak membelajar semasa mereka sedang bermain. Inilah sebabnya mengapa kanak-kanak di Sand & Stars dibimbing melalui permainan yang merangkumi mainan dan aktiviti yang membina minda serta tubuh badan,” Encik Samuel berkongsi. “Semuanya tergolong ke dalam pengajaran yang menjadikan pembelajaran lebih berimpak, bermakna dan berkesan. Pengajaran cara ini juga bermakna guru-guru tidak terlalu bergantung kepada papan tulis untuk mengajar. Cara lama, iaitu menghafal pelajaran dan juga menyalin tulisan guru di papan tulis telah ditinggalkan, begitu juga pembiasaan beralih ke pelajaran seterusnya tanpa mengira sama ada kanak-kanak yang diajar memahami pelajaran atau tidak.”
Kami mendapati daripada temu bual kami bahawa berkat perhatian para guru yang prihatin, bersemangat dan layak untuk pekerjaan masing-masing, setiap pelajar Sand & Stars mempunyai peluang yang sama untuk berkembang maju. Melalui pembelajaran tematik dan hands-on, kanak-kanak berumur antara 3 hingga 6 tahun di tadika ini dapat membina pengetahuan sambil mengasah kemahiran hidup abad ke-21 yang mustahak dengan cara yang menyeronokkan melalui penglibatan mereka dalam Muzik & Pergerakan, Bercerita, Pendidikan Jasmani, dan, sudah tentunya, dengan bermain di taman permainan tadika ini sendiri.
Dari segi akademik, pelajar-pelajar tadika ini diajar dan dibimbing supaya mencapai kecemerlangan dalam Matematik dan Sains, sambil membina penguasaan bahasa mereka dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan juga bahasa Mandarin. Di sini kami ingin menekankan juga bahawa Sand & Stars terkenal sebagai pilihan utama keluarga yang ingin mendaftarkan anak mereka ke Sekolah Rendah Cina, atau SRJK Cina.
Walaupun kebanyakan tadika dan prasekolah lain mengkategorikan kelas anak murid mereka dan membahagikan mereka semua kepada kumpulan berbeza yang terhadang dan ditutup daripada pandangan lain, konsep di Sand & Stars dengan bilik darjah terbuka merupakan deviasi daripada kebiasaan.” Semua pelajar, tidak mengira umur, berada dalam pandangan antara satu sama lain. Mereka juga boleh mendengar apa yang didengar oleh yang lain, yang dipelajari oleh yang lain, dan sebagainya. Perkara ini disengajakan supaya dapat melatih anak-anak kecil menumpukan perhatian dan memberi perhatian kepada tugasan mereka sendiri. Hasilnya ialah, dari usia yang muda lagi, kanak-kanak di sini akan mengajar diri sendiri untuk ‘membatalkan’ segala lain dalam pendengaran dan penglihatan mereka, dan memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang mereka lakukan, dan apa yang mereka diajar," jelas Encik Samuel kepada kami. Ini secara sendirinya merupakan kemahiran berguna yang akan memanfaatkan mereka dalam perjalanan persekolahan mereka, dan juga semasa alam dewasa kelak. "Pelajar kami juga dapat berjinak dengan budaya berkongsi ruang bersama orang lain, sambil belajar untuk menghormati sempadan yang diperuntukkan kepada diri mereka," tambahnya.
Salah satu daripada banyak ciri istimewa kelas konsep terbuka ialah keluasan ruangnya yang lebih nyata, di mana pelajar tidak perlu berasa terhadang daripada orang lain di tadika itu. Ia merupakan persekitaran yang pasti digemari oleh semua kanak-kanak. Ia juga sangat kondusif untuk belajar dan berkembang maju.
Untuk dipilih sebagai guru di Tadika Sand & Stars, seseorang calon perlu memiliki kelayakan sepenuhnya selain mempunyai semangat semula jadi untuk mendidik dan membimbing kanak-kanak. Guru-guru di Sand & Stars tidak akan membiarkan pelajar mereka sekadar duduk dan mendengar sahaja sambil mereka menulis di papan tulis di hadapan bilik darjah. Sebaliknya, pengajaran adalah secara ‘hands-on’, dan melibatkan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat lagi menyeronokkan.
Jika perlu, yang di luar bilik darjah mungkin akan beralih ke dalam, kerana seseorang guru di tadika ini tidak akan teragak-agak untuk membawa masuk objek-objek dari alam semula jadi untuk dikaji dan disiasat oleh pelajar untuk pengalaman yang lebih memperkaya dalam pendidikan awal mereka.
Guru Tadika Sand & Stars sentiasa bersedia untuk berusaha lebih daripada biasa untuk mendidik kanak-kanak supaya tampil sopan, sedia menolong orang lain, sentiasa menghormati orang, dan berwatak menawan. Lagipun, guru-guru tadika ini cukup memahami bahawa kanak-kanak tidak mewarisi nilai-nilai murni ini sejak lahir. Sebaliknya, mereka perlu diajar. Ini juga bermakna bahawa masa yang dihabiskan oleh kanak-kanak di Sand & Stars amat berbaloi, kerana kanak-kanak diajar lebih daripada sekadar apa yang mereka perlukan untuk memasuki sekolah rendah. Mereka dilengkapi dengan kemahiran hidup yang penting, dan bakat semula jadi mereka juga dipupuk.
Keseimbangan yang paling ideal antara belajar dan bermain dapat dicapai melalui projek dan aktiviti yang direka khas. Di samping itu juga, makanan yang dirancang dengan teliti disediakan oleh chef tadika sendiri untuk memastikan pelajar-pelajar menerima pemakanan yang betul untuk kesihatan fizikal dan mental mereka, serta pertumbuhan yang optimum. Tidak hairanlah bahawa Sand & Stars begitu menonjol sebagai tadika terpilih untuk keluarga yang arif yang mengambil berat tentang masa depan anak-anak mereka!