by on 15/02/2024 358
Sorotan Utama |
|
Small Wonder Malaysia, The Seed, Johor, adalah sebuah sekolah prasekolah yang terkemuka yang memberikan pendidikan kanak-kanak awal yang luar biasa kepada keluarga dalam suasana kondominium tinggi yang selesa, dengan kepadatan penduduk yang rendah. Terletak di persekitaran yang selamat, Small Wonder at The Seed menawarkan pengalaman prasekolah yang mudah dan memperkaya, disertai dengan kemudahan ‘clubhouse’ yang lengkap. Dengan komitmen untuk menyediakan pendidikan berkualiti tinggi, memupuk pembangunan holistik serta rasa cinta terhadap pembelajaran, Small Wonder adalah pilihan ideal bagi ibu bapa yang ingin mencari prasekolah yang cemerlang untuk anak-anak mereka.
Lokasi prasekolah yang strategik ini memudahkan para ibu bapa untuk menghantar dan mengambil anak-anak mereka dari sekolah. Kemudahan yang lengkap pula memberi peluang untuk kanak-kanak melakukan pelbagai aktiviti fizikal yang dapat membantu mengembangkan kemahiran motor mereka. Persekitaran kondusif ini menyokong perkembangan anak-anak cilik, membina kreativiti, semangat ingin tahu, serta interaksi sosial dalam kalangan kanak-kanak. Tambahan lagi, The Seed merupakan komuniti berpagar dan berpengawal (gated and guarded), menjamin keselamatan kanak-kanak dan memberi ruang untuk mereka untuk belajar dan bermain.
Di Small Wonder Malaysia, The Seed, sukatan pelajaran tidak sahaja menekankan kecemerlangan akademik, tetapi juga pembangunan holistik. Guru-guru yang berpengalaman serta berdedikasi menggunakan pendekatan mengajar yang bertumpukan kanak-kanak, dari segi perkembangan mereka secara menyeluruh. Melalui kombinasi aktiviti berstruktur dan juga berlandaskan permainan, kanak-kanak digalakkan untuk membuat explorasi, bertanya soalan, dan menambah ilmu. Kurikulum yang direka khas ini akan membantu membina kemahiran hidup yang asas seperti pemikiran kritis, daya penyelesaian masalah, kreativiti, dan komunikasi secara efektif.
Small Wonder Malaysia, The Seed sedar bahawa pendidikan awal kanak-kanak amatlah penting, jadi mereka berusaha menerapkan rasa cinta terhadap pembelajaran dalam kalangan murid-murid sekolah. Dengan guru-guru yang berdedikasi, prasekolah ini mewujudkan suasana yang ramah dan mesra, yang mengalakkan kanak-kanak untuk mendalami minat masing-masing. Sukatan pelajaran yang menyeluruh merangkumi pelbagai subjek dan aktiviti, termasuklah pembelajaran bahasa, matematik, sains, muzik, seni, dan pendidikan jasmani.
Minat terhadap membaca diterap melalui program Readers Club, di mana murid-murid memperkayakan kemahiran membaca mereka dan memupuk rasa minat dalam kesasteraan. Program STEM pula membolehkan kanak-kanak belajar tentang dunia sains, teknologi, dan kejuruteraan. Dengan bimbingan pakar Mandarin, kanak-kanak juga dapat memperluaskan kemahiran bahasa mereka di samping belajar tentang budaya Cina. Program Music dan Movement (Muzik dan Pergerakan) menerapkan rasa cinta terhadap muzik dan memberi peluang untuk mengeskpresikan diri mereka secara kreatif. Tambahan lagi, kanak-kanak juga digalakkan untuk aktif dan mengerakkan badan mereka bagi meningkatkan koordinasi dan kesimbangan badan. Dengan semua pengalaman pembelajaran yang pelbagai ini, Small Wonder memupuk pembelajaran yang gembira dan menarik untuk setiap kanak-kanak.
Kejayaan Small Wonder Malaysia, The Seed, dalam memberi pendidikan berkualiti adalah atas berkat tenaga pengajarnya yang penuh semangat dan dedikasi. Prasekolah yang terkemuka ini sangat berbangga atas pasukan guru mereka yang bukan sahaja berkelayakan tinggi, tetati juga memiliki minat yang mendalam terhadap pembelajaran dan pendidikan awal kanak-kanak. Mereka juga sedar akan kepentingan semangat kerjasama yang utuh di antara guru dan ibu bap dalam memastikan kanak-kanak mempunyai alam persekolahan yang cerah. Komunikasi secara terbuka amatlah penting, dan mereka menekankan aspek ini melalui kemas kini yang kerap serta laporan kemajuan kanak-kanak kepada ibu bapa. Perjumpaan ibu bapa dan guru, sesi ‘workshop’ dan pelbagai aktiviti yang dianjurkan adalah untuk memupuk penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak mereka. Pendekatan yang kolaboratif ini memastikan ibu bapa sentiasa memainkan peranan yang aktif dalam perkembangan anak-anak.
Ibu bapa yang menjadikan Small Wonder Malaysia, The Seed sebagai pilihan boleh berasa senang hati kerana prasekolah ini sememangnya jenama yang boleh dipercayai, dan kanak-kanak yang belajar di sini akan menerima pendidikan awal yang menyediakan mereka untuk masa depan yang cerah dan berjaya.